Salam kembali Dear, ..yang masih tak nak tido ni..!! aduhhhh..
Salam kembali u guys...yg juga masih belum tido sebab u guys kerja kan..?..
Allah Hu Akhbar...Berdoa kita semua moga Allah melindungi Saudara kita di Palestin dan moga Allah menghancurkan kekejaman Israel yang di laknat Allah....AL FATIHAH.
Mari kita sambung perbincangan Menantu - Mertua tadi.....Dear, u tido! jangan campur hal org2 tua nak mengulang kaji ni..tido, tido!! aa,aa,aa tak habis2 si Gee, isteri saya sorang ni....I pun no jalan n no road, nak buat u tido Dear....
Ok, berkaitan menantu n mertua tadi..Memang betul masih ada lagi ujud permasaalahan di mana kadang2 menantu perempuan ni rasa tertekan bila mendapat Mak Mertua yang berkelakuan tegas atau dalam gambaran si menantu, mertua dia ni umpama mencari kesalahan saja.(mungkin tak banyak tapi masih ada la kut ) Akibatnya, menantu rasa tak senang hati, nak ngadu kat suami prihal mak mertua pulak rasa serba salah, jiwa akan tertekan bila berkunjung ke rumah mertua dan macam2 rasa di mana semuanya menuju ke arah suasana hati yg kurang senang bila berdepan mertua. Mertua pulak, agak kusam muka bila menantu ada, bila nak suruh menantu buat kerja pun, bunyi cm arahan dari komando pejuang Hamas, atau bunyi cm sindir2 jea.... Tambahan pula si menantunya berjaya 'mencuri' anak Lelaki kesayangan mertau ni tadi, emmmm lagi la.....Ada sesetengah kes serupa ni masih berlarutan bertahun tahun....Sebab apa jadi macam ni.? Mana silapnya.? apa penyelesaiannya.?....apa macam, ada bunyi macam prof. tak intro subjek ni..!? hahahahaha.....Mari kita ulangkaji sama sama...
Sebab tu la dalam n3 I yg lepas2 ada I tekan kan sebelum kawin dulu kita cari keburukkan bakal pasangan kita. Sekiranya keburukkan tu kita boleh terima dan ubahkan masa depan teruskan hubungan itu, tetapi sekiranya tidak boleh terimaaa, sendiri mau ingat la...Bukan bermaksud mencari keburukkan tu untuk bergaduh,,ianya untuk kelancaran hidup akan datang. Tengok buruk pasangan kita, tgk pula keluarganya.. Bila dah nampak, fikir sendiri, boleh tak kita hidup ngan sifat2 sebegitu, kalau boleh, cari jalan bagaimana nak mengatasinya dari awal2 lagi...Itu sepatutnya di lakukan masa awal2 dulu sebelum menerima pasangan kita sebagai teman hidup...Ingat, sekali kita dah terima, selama kita hidup la kita akan mengharunginya...Ini pesanan bagi mereka2 yang berboyfren gilfren...Kira ada niat nak kawin ler, kalau setakat kawan2 jea it's ok, tak perlu g siasat secara detail keluarga kawan2 kita tu...
Bagi yang dah kawin pulak, dan mendapat situasi seperti di atas.....Relaxxxx...jangan sakit2 hati, jangan rasa tertekan sangat...kita cuba cari penyelesaiannya...Kita semua kena BACK TO BASIC. Mak Mertua kita ni kan WANITA jantinanya...So kita kena la sentuh hati dia..Pertama, apa yg kita perlu ambil tahu, adalah umurnya berapa dahulu...Sebab umur ni akan menentukan bagaimana kita perlu atau mana kuncinya untuk kita memujuk mertua kita agar lebih berlembut mahupun agar lebih menyanyangi kita...Contoh, sekiranya umur mertua tu dalam 58 tahun ke atas, perlu la kita lebih menyentuh hatinya. Kalau kita dok ngan mertua, pagi2 kita siapkan sarapan Mertua kita ni dengan tertib. maksudnya, biar la sarapan tu nampak berhias cm kat masterchef tu, dan biarkan nampak berbeza sikit persembahan sarapan untuk mertua kita tu dari yang lain. Kan tersentuh hatinya nanti bila mertua tu terasa dia la yg paling di hormati dan dia yg special dalam kelurga tu. Tambahan pula, kita bersarapan bersama mertua kita sambil kita mendengar cerita dia, walaupun dah 6000 kali dia dok ulang cita yang sama, dgr dengan khusyuk! Bila dah nak g kerja tu, selalukan cium pipi mertua kita. Buat tiap2 hari, kalau tak pernah buat, mulakan dari sekarang..Mungkin pada mulanya, mertua kita tu rasa pelik atau ingat kita ni saja2 nak bodek dia tetapi lama kelamaan dia akan terasa sangat rindu pada kita kalau satu hari kita tak cium pipinya...aaaa, percaya la ngan kaedah ni...
Then kita ambil tahu apa perhiasan yg mertua kita suka, atau kita paling suka..Contoh lagi satu, Biasanya kita kalau pakai beg tangan ni, lebih mahal dari mertua kita pakai, betul tak? Bila kita memakai sesuatu perhisan lebih dari Mertua kita, dia akan terasa bahawa anak lelakinya tadi melebihkan isteri dari ibu nya sendiri..jadi ketidakpuasan hati tu akan di lepaskan pada menantunya nanti....Nampak tak?..Bukan nak suruh selekeh jea bila jumpa mertua tu tetapi cuba sesekali kita hadiahkan, kita belikan beg tangan yg sama harga untuk mertua kita tu. Pas tu kita minta dia gunakan beg tangan tu tiap kali kita bawa mertua kita g jalan2 atau bercuti sama2...Bawa mertua kita g jalan2 cuti2...katakan ngan mertua tu.."Mak, jom kita g cuti nak. Lama kita tak bercuti sama mak, lagipun ada beberapa perkara nak minta nasihat mak la...jom la mak..!"...Bila org tua ni dengar pasal cuti, dia mula suka la, kena pulak dia dengar kita nak minta nasihat atau pandangan dia,,lagi la dia tak menolak dan tak sabar nak borak2 ngan kita....COMMUNICATION is very very important!! Kebanyakkan masalah boleh di atas dengan kita berbual sahaja. Namun harus ingat, sekiranya kita ingin menjalinkan hubungan yg lebaik baik ngan mertua tadi, kita harus banyakkan memohon maaf pada dia. Biar kita low down sikit..Sambil borak2 tu kita pegang la tangan dia..Wanita atau org tua ni, kalau kita sentuh hati dia, lemah dia ngan kita ni....Menantu perempuan ni sepatutnya lebih arif menangani Mertua yg cm ni, coz jantina kan sama, so u guys tahu kan apa yg wanita suka.....Tu antara contoh2 yg boleh di praktikkan bagi memenangi hati Mertua, yang lain2 tu u guys cari la kunci tu sendiri...harap contoh2 di atas dapat membuka idea2 u guys nanti....Banyak lagi contoh yg boleh di berikn, tapi nanti n3 ni panjg menjela pulak...Yang penting, SENTUH HATI MERTUA KITA TU.....InsyAllah selesai masalah....
Dan sebagai amalan tambahan pula, amalkan yg ni,(bagi yg nak mengamalkan la yea)...Rasanya I dah berikan amalan ni, tak pe sekali lagi.....Tiap malam Jumaat, sebelum tido atau sebelum ehem ehem...(ciannn I, setahun lebih dah)....ambil sekeping roti, tulis ngan jari nama Allah yg ke 29 mengikut turutan Asma Ul Husna, (nak sebut dlm rumi I tak reti, u guys buka kitab Asma Ul Husna tu, tgk sendiri)...AL ADL kalau tak silap ejaan dalm rumi,..lepas tulis tu makan roti tu...Sebelum tu fatihah sekali hadiah untuk Nabi s.a.w. then niat......Amalan ni kalau kita amal kan rajin2, apa yg kita cakap, org lain suka mendengar n akan mengikut kata...InsyAllah..(kata2 yg baik tau).....amalkan...
Cukup tak sharing kita ni, ada byk nak kata tapi tak suka la kalau n3 yg panjg2, nanti ada yg bosan kan kan...Harap kita ni ambil langkah yg bernas bila berdepan mertua kita. Jadikan diri kita ni anak menantu kesayangan dia..usaha dan teruskan usaha..Hebatnya kalau mertua kita sayangggg sgt kat kita, en. suami tu tak de can langsung la nak bercurang2an atau tambah2,,,sure kena basuh ngan mak dia sendiri nanti..hahahahahahahaha.....Yg sedang menghadapi situasi Mertua VS Menantu..sabar n relaxxx...cari jalan yg baik yea....
sampai di sini dulu la rancangan Warkah Buat Isteri..InsyAllah akan ke udara apabila dah up date lagi nanti...so guysss, see u soon...n Dear.... TIDO !!!!........
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.