Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum u guys....
Cuti panjang lagi ler nampaknya u guys ni tambah pula cuti sekolah. Selamat bercuti pada semua n jaga diri n keluarga tu elok2 masa cuti cuti Msia ni, tambahan pula musim hujan ni, hati hati di jalanraya, di pantai, di tepi sungai ataupun di tepi longkang.!....Saya,..masih bekerja n belum ada cuti, cuti tahunan pun tak de, cuti sakit pun tak de. Kerja mesti di teruskan......But for u Dear, it's fine for me...
Past 2 days ni, I bawa u jalan2 with ur wchair tu sampai u penat, layan u tgk tv sampai u tertido sambil duduk kat bean bag tu...puas hati u kan.,tu yang tido lena, bangun pukul 4,5 petang!!..As long ur happy, me pun happy.....or am I really happy..?.I am happy la Dear, dont worry...Just a bit letih jea.
Ok guys Dear I tu dok bom bom lagi cm puteri sentubung n baru lepas susukan Gee...Mari kita bercerita cerinti..! Last n3 I kata nak beri cara yg sesuai untuk menambah isteri kan,,Fikir punya fikir punya fikir, tak jadi la nak share tajuk hangat ni n kemungkinan I bakal mendapat hadiah2 dari para kaum Hawa berupa, kayu beruti berukuran 2x4in yg akan singgah kat belakang badan I ni, pinggan mangkuk yg dah tak pakai lagi yg akan tercacak di kepala berkilat I ni,,dan kemungkinan kujungan2 ke rumah I ni dengan alunan bahasa2 yang manis2 yg bakal di lontarkan kat cuping telinga ni..!! Sungguh mengerunkan!! So tajuk tu tak jadi share la atas dasar keselamatan! hehehehehe.....Tapi n3 yg lepas ni,(Lapangkan hati isteri) I banyak mendapat komen melalui sms, minta pendapat I bagaimana nak meningkatkan agar si suami ni lebih rajin memuji si isteri...U guys (kaum Hawa la) suka rupanya sharing yg sebegitu yea...I rasa macam Prof. la pulak hehehehe..So kita sambung sedikit prihal kenapa suami, bukan boyfen yea,. Suami,,kenapa kurang sangat nak memuji isteri selalu. Boleh di katakan 75% suami yg berbuat demikian, kurang memuji ( Ini dari kajian I sendiri la selama 5 tahun kebalakangan ni ). Antara sebab utamanya, si suami ni sebenarnya berasa MALU hendak memuji isteri berbanding sewaktu bercinta/belum kawin dulu..Betull...Masa belum kawin atau kata org, belum dapat!( Dapat apa yea?hehehe ) memang betul, dulu belum kawin rajin gak dia memuji. Puji untuk mendapatkan si gadis tu menjadi teman hidup dia, Itu TUJUAN ASAL pujian di buat..Selepas menjadi isteri pujian tu secara automatik terkunci di kilang hati si suami. Bukannya bermaksud 'habis manis sepah di buang' bukannn...pujian tu hanya terkunci. Sedar atau tidak pujian yg terkunci di hati suami tu bukan dok diam jea, ianya membiak semakin banyak..! bertambah dan bertambah....Ramai yg tak sedar part ni.!
Di sebabkan ada lagi satu sifat yang di panggil EGO ni yg dok sorokkan kunci peti hati suami tu, maka suami tak dapat nak memuji. Kunci tak jumpa, cmana nak puji...Sayang sekali sekiranya si suami pulak tak nak mencari kuncinya..Contohnya cm ni...ni contoh saja tau.! Seorang suami yg tak mau mencari kunci tadi untuk melepaskan pujian yg sudah lama membiak tu, tiba tiba rasa menyesal, sesalan yg tak terhingga kerana tak memuji isterinya apabila isterinya telah di KAPANkan..Faham tak?....Masa tu la biasanya kita akan mendengar si pasangan ni merintih kehilangan org yg di sayangi selama ini, masa tu gak kita yg dok hidup sekelilingnya mendengar dia MEMUJI tak henti henti selama bila kisah arwah isterinya di sebut. Namun ianya sudah terlambat. EGO tadi akan memberikan kunci tu untuk di buka bila terjadinya perkara tersebut atau menjadi sakit seperti isteri saya tu. Ego si suami sekiranya suami tidak mengawalnya, ianya akan membawa padah, bukan sekadar pada kasih sayang, baik secara pergaulan umum, pekerjaan, mendidik anak2 etc etc...
Tetapi ego ni memang sentiasa ada pada seorang lelaki, ada masa, ego ni baik ada masa ego ni menyakiti hati org lain, sebab itu kerjan dia.. kena pulak ego di bantu oleh hasutan syaitan laknat. Sifat ego ni akan menutup pujian tadi dengan rasa Malu pulak. Sebab tu bila suami tak memuji, suami ni rasa cm tak bersalah apa apa, atau rasa "ok la tak puji isteri aku sebab dalam hati aku sentiasa memujinya..'.Pandaikan syaitan ni. Syaitan berusaha merosakkan rumahtangga ni tanpa kita sedari..So suami2 di luar sana terutamanya saya yg cap ayam jea ni, sama2 la kita berhati2 n sama2 la kita mengawal ego ni ke arah yang lebih baik.Buka la peti tu sesekali n lepaskan sedikit pujian tu buat isteri, jangan la malu2 dan jangan la kedekut sangat.......Buat isteri jea tau bro pujian tu..!! hehehe nanti jadi 80-20 pulak....( tak faham baca la n3 yg ada kisah 80-20 ni)
Jadi para isteri pula, jgn la ambil hati pada kami suami2 ni. Bukan salah kami., tu, tu, ego tu yang jahat...kita ni para suami memang baik2 belaka..!hehehehe...Para isteri jgn jadikan alasan berkecil hati atau merajuk terlalu sangat kerana suami tak selalu memuji u all. Sebenarnya di hati suami u all tu terlalu penuh dengan pujian terhadap isterinya, hanya suami tu rasa malu jea nak luahkan BUT..dengan kawan2 dia, selalu dia memuji isterinya sebab si suami tak berasa malu ngan kawan2 dia...Tu yang kadang2 bila kawan2 suami bertandang kat rumah, kita dengar dia org kata.."dengarnya awak ni sedap masak" atau.."betul la kata kau bro, bini kau ni memang terror masak la, rumah kau pun kemas jea."...betulkan kan...Sekali lagi, para isteri jgn berasa hati ngan suami tu tau, mereka (suami) ni amat amat menyanyangi u all...percaya la..kadang2 tu terlambat nak memuji saja (seperti contoh di atas).....Saya sebagai seorang lelaki n suami, mengalakkan sangat2 para suami ni ambil insatif sikit memuji isteri kita ni,,Ingat,,hadiah Allah ni jaga la baik2, lapang2kan hati isteri kita yg sentiasa tertanya tanya 'betapa hebatkah cinta suami aku ni kat aku..? "adakah aku ni masih di hargai?"...DONT TAKE THINGS FOR GRANTED bro...Puji la isteri kita., Antara.kekuatan isteri terletak pada pujian suaminya.....
Ok la tak nak cita panjang2 lagi dah, cukup la tu sampai di sini.. Me n Gee n Syg, eh eh silap ckp pulak hehehe, harap apa yg di kongsikan ni ada sikitttttttt manfaatnya buat ramai yang dok bertanya melalui sms tempoh hari....Gee pun dah bangun tu, I dah nak sambung lagi kerja2 mengemas Gee.....Jumpa lagi di siaran yang akan datang.....TATA TITI TUTU.........GAGA GIGI GUGU...........HAHA HIHI HUHU.........ok bai!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.