At last dapat dah up load gambar lampu tido u yang romentik nii...tapi rasa cm gambar lampu tu jauh sangat la pulak...kira ok la tu, asalkan boleh tgk kan....cantik tak..? Jangan kata tak cantik, penat kumpul duit kat tabung buluh ni nak belikan u lampu tu Dear....Nampak tu cmana u tido kalau dah dapat jalan2 ptg ngan ur wheel chair..Ni namanya tido yang memuaskan hati u, ternganga jea....(gambar ambil waktu siang, bila malam lagi cantik suasana bilik Gee).
Keadaan kesihatan u mantain jea, graf u tak naik n tak turun...Hope for the best..Dan hope u suka ngan lampu tido u tu. I know Dear, u kalau I kemas2 bilik tido selalunya u akan rasa happy sangat, kejap2 u akan masuk bilik baring2...dulu la, sekarang ni u baring jea...tak pe Dear, anggap u rehat2 panjang jea la yea...I ada, u jangan rasa sedih sedih tau. I tak kan tinggalkan u Dear....
Suami2 ni kena rajin rajin lapangkan hati isteri kita ni..Jangan buat isteri ni sempit hati. Perempuan tak boleh bersempit hati, sebab hidup dia banyak perasaan kan...ada 9 perasaan.Sebab tu kalau kita perhatikan wanita ni (contoh ) sekiranya dia mula marah, marah betul dia, lepas dia reda, dia tak marah, marah tu berpindah menjadi merajuk, lepas tu dia jadi sedikit murung, pas tu dia jadi T REX !!...Sampai la yg ke 9 baru la dia ok sepenuhnya dari kemarahan tadi. Dan wanita ni tidak akan lupa langsung apa2 peristiwa atau sejarah kehidupannya, dia boleh ingat secara detail walaupun perkara tu dah berlalu 20 tahun lepas, sebab apa..? Sebab akalnya ada 1...9 perasaan, 1 akal itu la Wanita atau isteri2 kita...Biar pun ada 1 akal berbanding lelaki ada 9 akal, wanita ni amat cenderung kalau membuat satu satu kerja yg di berikan. Focus sungguh dia org ni..Sebab tu lagi kalau kita perasaan, perempuan ni kita cadangkan 1 perniagaan padanya, asalkan dia nampak boleh buat keuntungan, terus di lakukan, berjaya atau tidak itu dia akan tgk kemudian setelah kerja tu di lakukan...cuba kita cadangkan pada seorang lelaki pulak....mula mula sekali lelaki ni akan kaji keburukkan cadangan tu dulu, then dia pulak cadangkan supaya cadangan asal tadi di ubahsuai sedikit, then dia tentukan bagaimana pasaran cadangan itu tadi, then lagi dia bla bla bla, then bla bla bla lagi....by the time dia bla bla bla yang perempuan yg lakukan cadangan tadi tanpa byk bla bala bla nya dah mula mengutip hasil cadangan tu...........9 akal 1 perasaan, itu lelaki.....( Mesti ramai lelaki yg agak marah bila membaca statement saya ni kan..)...
Bukannya saya ingin menjatuhkan sifat kelakian, saya pun lelaki juga...apa yg cuba saya katakan di sini, dalam waktu sekarang ni / zaman sekarang ni, kita kena lebihkan kerja dari kita banyak memikir bagaimana kerja tu nak di buat. Kalau kita tak lakukan jea kerja tu, mana datangnya idea untuk meningkatkan kerja tu...faham tak..? Cadangan yg baik, kerja yg baik, kita buat jea. Jangan lupa rezeki kita bukan datangnya dari kerja yg kita buat, Rezeki Allah yg beri,,kerja tu sebagai satu penyebab jea untuk Allah beri rezeki...Biasakan kita tgk, kita buat kerja2 A, contoh la...tiba tiba rezeki kita dapat tak de kena mengena pun dengan kerja A yg sedang kita lakukan...biasa perasan tak..? See, Allah nak tgk kita buat kerja jea, nanti DIA akan beri hadiah....So lepas ni ada kerja yg halal,buat jea jangan nak fikir banyak..buat dulu baru tahu berjaya atau tidaknya.......Ehhh apa la yang I merepek ni...kalau memaksa akal ni mengeluarkan idea, ni jadinya,,dok merepekkk jea si Abil ni....Sorry la guys, dok merepek ni...
Nak cita sikit pasal u Dear sewaktu sehat dulu..I dulu suka puji puji u ni. Waktu awal2 perkahwinan bila i memuji, u rasa itu hanya satu pujian biasa yg selalu di lakukan oleh semua org...Untuk membuktikan I benar2 memuji, I tak kan puji u sekali tu jea dalam sehari,....Contohnya, satu pagi tu, u dah bersiap untuk g kerja, I baru lepas mandi, then I tgk u, ada kelainan sedikit, lebih cantik dari biasa, so I pun kata.."Cantik u hari ni, baju u pakai ni sesuai sangat ngan kecantikkan u."..pompuan biasa la, dia akan jawab..."Yela tuuu" sambil senyum...Dalam perjalanan ke tempat kerja, I ulang balik kata2 pujian u tadi...kali ni u jawab.."Mana ada darling, biasa jea la.." I kata " I tau u ni memang lawa, tapi today u nampak lebih lawa pulak, betul la Dear.."
"Ye ke?" u jawab...Selepas tu, bila lunch time I call u nak ulang lagi kata2 pujian tadi...kali ni u jawab ngan suara manja malu malu..." U niii,," Petang bila menjemput u, I akan berikan satu tenungan ngan senyuman, pandang lama sikit wajah u sebelum I hidupkan enjin keta n balik rumah, U mula rasa sedikit malu tetapi bangga, coz u tahu I akan ulang sekali lagi pujian ikhlas tu.....Malam tu bila kita nak tido, U tanya, " Awak suka tgk saya macam tadi yea, lawa cm tu, hehehehe.." Mesti la Dear, today u really look wonderful".....Terus u hug me dengan penuh kasih sayang seorang isteri untuk suaminya...dan kita.........(ala, keyboard ni rosak pulak....)...
Puji isteri kita ni biar berulang, isteri akan suka dan dia akan benar2 tahu yang suaminya memang ikhlas memujinya..lapang hati isteri kita nanti...Suami pun akan berlapang hati bila isterinya nanti akan memberikan layanan yg agak luar biasa pada hari tu....Sesekali puji la isteri kita tu, tak susah untuk kita menyentuh hati isteri.....Tu isteri saya pun baru bangun, kena cayang cayang dia dulu sebelum kemas2kan Gee...INGAT !, u guys, sementara pasangan kita ni masih sihat, jaga la perasaan dan jaga la diri pasangan kita tu elok elok...Yang ni I benar benar ingin mengingatkan jea....Ikhlas dari Me n Gee ni tau....
So Dear, u guys..selamat berhujung minggu, Bagi yg baru berumahtangga tu, Selamat Berbahagia hendaknya...i kan update lagi dalam 2,3 hari nanti....bersubjekkan bagaimana hendak kahwin 4 dengan kerelaan dan senyuman kesukaan isteri kita..!!! tunggukan siri hangat ini akan datang!!!!!........hahahahahaha heheheheheheeh hohohohohohoho.........cau cin cau campur lai che kang!! hahahahahahaha
P/S..to Anne.....YEA NA SERINGEA...!?