Wednesday, 7 November 2012

Gee Mogok...! ayoyo..

Assalamualaikum n good morning princess..
Salam to u guys too...


Dearrr tido dear, pukul 1 dah ni, esok bawa u g jalan2 lagi yea, tido dulu, bom bom....Malam tadi dok pujuk lagi suruh tido. Ni bukan macam biasa punya pujuk suruh tido. Sekarang ni, semenjak ada wheel chair, u nak jalan jea, kalau tak bawa u jalan, malam tu memang u susah nak tido....pulakkk....Pening juga I ni bila ada wchair tu.

Sekarangkan musim hujan, biasanya petang2 hujan lebat so tak dapat la I nak bawa u g jalan2 kat taman ni. Jadi kita dok depan tv jea la..Tapi u macam tak puas hati, nak jalan2 gak.! Selagi tak berjalan2 selagi tu la u macam merajuk, bila merajuk u tak nak tido malam...ayoyo minachii, apa ini...Dear, takkan la nak bawa u g jalan2 dalam hujan, pakai payung pun basah nanti. Awak ni sekarang betul2 macam budak kecil dah..Budak kecik tu menangis kalau tak di bawa jalan2, awak tak nangis tapi awak akan 'MOGOK', tunjuk perasaan,, malam tak nak tido!! ( Panggil FRU bantai u kang! ) Bila malam u tak tido, u akan lelap bila siang,,masalahnya nanti nak mengemas or mandikan u payah pulak coz u tido siang, terbantut ler jadual I nanti.. Bila u tido tak boleh kacau, nanti mengamuk pulak..Tak mau la macam tu Dear, cian la sikit I ni...Pas ni tak mau cm tu lagi, mesti ikut jadual harian seperti biasa, sekiranya u tak tido malam,, tak de jalan2 ngan wchair lagi..!! Denda u...!

I perasan sikap u sebegitu sejak 3 hari kebelakangan ni. Bila tak berjalan2 petang, malam tu memang susah u nak tido, asyik keras2kan badan. Then bila I dukung u n letak kat wchair u senyap jea, siap meleleh2 air liur..eeee...Macam baby dah u ni..Sekiranya u nak tahu perkembangan u setakat ni macamana, macam ni la jawabnya. U and ur wchair..! Lepas pujuk dan beritau u kena denda tu, baru la u tido lena..Petang nanti I bawa u jalan2 yea...kalau tak hujan la..

Gee ni kalau tak cukup tido malam, dia akan demam, badan pun lagi cepat susut, sebab tu very the important pujuk Gee suruh tido malam..Keadaan Gee setakat ni seperti biasa, macam budak kecik..Ada, ada masanya seperti dia faham apa yg I katakan, namun kebiasaannya Gee tak tahu apa apa pun melainkan I sentuh dia...Dear, dear..tak pe la dear, selagi I ada ni, selagi tu la I akan jaga u elok elok..emmmm...Ok la, tak mau cita sedih2, nanti ramai pulak yang menangis kang...bila beri komen kang habis basah laptop I ni nanti...basah tu ok lagi, ni siap ada hingus!! cehh!.....Oh ya, sebelum I terlupa,,25hb ( Ahad ) ni di Astro Oasis channel 106( Entry Jameela ) tu, jam 7.30 malam, ada segmen I. Ni bukan live tetapi rakaman yang di buat sebelum ni..Ingat tak I pernah up date n3 pasal rakaman Astro sebelum ni..so 25hb nanti akan di tayangkan...Tu la dia info terkini lagi......Rasanya lepas ni dah tak de masuk masuk Tv lagi dah. Tu kira yang last la tu...Jangan lupa u guys, sebelum tonton nanti, Magrib dulu, pas tu g beli popcorn dan coke dok depan Tv....!

Dear, nanti kita tonton bersama sama yea...Bila masuk Tv ni nanti ramai ler yang doakan u dear, tu yang penting. U guys, doakan Gee yea, moga Allah berikan isteri I ni keputusan yang terbaik buat Gee and me juga dalam masa yang terdekat ni yea...Then bagi mereka mereka yang menyatakan I ni dah kaya dan famous cm artis bila tersebarnya cita me n Gee ni,,Ni jawapannya...Kaya? langsung tak kaya. Jangan ingat masuk Tv ni org bayar kita ribu2, atau banyak dapat sumbangan..lagipun bila no ac yg terpampang kat Tv3 sebelum ni mungkin ada kesilapan teknikal, no ac tu salah, jadi jangan la ingat saya ni dah kaya atau meminta minta nak jadi kaya atau ambil kesempatan atas isteri saya yang sakit ni....Bagi mereka2 yg berkenaan, ni saya nak beritau,,Kaya saya ni terletak di hati dan saya akan rasa kaya apabila isteri saya sembuh,,Itu kaya saya...Bukan la saya katakan wang ringgit tu tak bermakna, saya memang memerlukannya dan sekiranya saya katakan tak bermakna, bermaksud saya menolak rezeki Allah pada saya dan isteri....Biar la Allah sahaja yang menentukan kayanya saya, jangan kita pulak yg tentukan, itu merampas Hak Allah namanya..Dan saya dan isteri bukannya cm artis pun..Saya hanya seorang suami yang sedang menjalankan tanggungjawab yang di berikan Nya, itu sahaja. Sekiranya ada contoh yang baik, boleh anda mempelajari nya, sekiranya ada yang buruk, anda boleh menegur, tetapi jangan mengutuk atau memperli, itu sangat tidak baik. Rasa rasanya, kalau saya mengadu pada Allah, Allah dengar dan makbul tak doa golongan2 orang2 seperti saya ni...Anda pula (mereka2 yg berkaitan) kena pandai la cari peluang, tahukan doa2 golongan yg sedang di uji Allah, Allah lebih mendengar,, g cari, ziarah mereka ni, then mohon jasa baik golongan ni supaya mendoakan anda,,kan lebih baik begini, anda juga yang beruntung, betul tak?...Tidakkah golongan2 yg sedang di uji adalah antara jalan2 terbaik bagi anda mencari peluang kebaikkan..?....Kita ni kalau nak pandang sesuatu, pandang la dengan mata hati sekali..baru la bijak namanya mengunakan kelebihan yang Allah berikan pada kita. Kalau tak faham gak, bertanya..Harap anda2 yang tertentu berpuas hati ngan jawapan yang di berikan ni..Rasa2 tak cukup gak jawapan tu, boleh ziarah saya dan Gee di sini. Datang la...

Cm tu la Dear antara golongan golongan yang I hadapi, tak ramai ler, segelintir sahaja....Yang ramainya, yang sentiasa mendoakan kebaikkan u dan memberikan keprihatinan pada u, itu paling ramai..Dan ramai juga yang menjadi "Bodyguard" u...Kalau I marah2 u, dia org tegur I, kalau I kata nak babab u, dia org ramai2 nak belasah I..! Memang tak de can ler nak dera2 u ni hahahaha..ramai na bodyguard Gee......Thank you guys coz jaga Gee bersama sama..Pada I dear, whatever keputusan Allah nanti, ianya adalah kerjasama dan usaha dari semua pembaca pembaca blog u ni...U should thank them, dear...Thank you guys,,thank you...ooo lagi satu, gambar Gee n lampu tidonya masih belum dapat upload lagi dari fon sewel I ni, harap bersabar,,bodyguard2 sekelian jangan belasah  I, bukan salah I, salahkan fon ni!! fon ni yang jahat!...hehehehe

All right, setakat ni dulu, I nak g mandi dan keluar sekejap dapatkan barangan keperluan Gee, sementara Gee masih tido ni....apa! ooo ketiak I memang setiasa wangiii...ehh betul la, kang suruh ciumdan bau kang u guys ghairah pulak!....percaya la kata kata I ni, KETIAK I WANGIIII.......dah, dah, dah, yang dok tengah kerja tu g sambung kerja,,curi tulang baca blog aa!! Boss, Boss, tengok ni, semua tak buat kerja, asyik baca blog org jea ni..Rotan dia Boss!!......hahahaha pandan muka, tak malu kena marah.......ok bai...


Followers