Salam sayangggg....
Salam u guysssss....
Lapar sungguh pagi tadi, maklum la org rumah I agak malas sikit nak masak asyik baringgg jea, weekend ni my mom pun tak balik Seremban dok tolong adik I berpindah rumah so beli bungkus jea nasi lemak (nasi lebih) berlaukkan ayam merah dan telur goreng....Dearrr, I dah mula bosan makan luar niii,,bangun ler, masak untuk iiii....I ni kalau nak masak sendiri agak malas sikit dan bukan pandai pun...Tapi ok gak beli makan kat kedai, anak dara yg kerja di kedai tu n toke nya lawa lawa!!! hahahahaha cuci mata sikit..
Ni Dear nak tunjuk u lampu tido bilik u yang baru I belikan di Ikea (minta tolong my sister belikan ngan my mom) cantikkk.....malam bila u nak tido I pasangkan,,romentik suasana bilik, kena pulak dengan warna cat dinding tu, pehhh....Nak upload gambar sekarang ni agak payah sikit la Dear, coz fon I ni rasanya dah "monopous", asyik hang jea pas tu bila ambil gambar, gambar tu tak de dalam galery,,ada hantu agaknya fon ni..Jap lagi I try to upload jika masih benggong gak memang fon ni akan makan dinding la jawabnya...
Back to cita lampu ni, bilik u tu tiap hari memang I pastikan kemas, bersih dan teratur. Raya lepas dah bercadang nak belikan lampu tido untuk u, biar u tido dalam suasana romantik. I pun dok asingkan budget sikit dalam tabung buluh tu, bila dah cukup baru la dapat beli minggu lepasss..Sebenarnya Dear, tak boleh gak kata lampu tu dari I sebaliknya dari pembaca2 blog u ni. Sumbangan yang di hulurkan dia org ni yang I dok asingkan sikit2...at last dapat la beli lampu....Terima Kasih u guys, moga ada keberkatan dan pahala yang Allah balaskan untuk u all semua yang banyak membantu kami berdua di sini...tq tq tq.....I ni suka tgk bilik u kemas n look nice. Nak u rasa keselesaan yang sempurna (semampu I ler). Tetamu yang datang ziarah u pun rasa selesa. Ni la dia nikmat nikmat dunia untuk u yang dapat I lakukan, supaya suatu hari nanti u akan kata betapa bertuahnya u bersuami kan Abil Fikri ini..InsyAllah..Dan suatu hari nanti jua la dapat I sendiri yang katakan " Saya telah membuat yang terbaik untuk isteri saya bila menghadapi ujian Allah dahulu." Semoga Allah memberikan kelulusanNya buat saya dan isteri, tidak lupa juga berkat dan pahala, bekalan di sana kelak, buat semua yang sentiasa berprihatin terhadap kami berdua di sini...amin amin amin Ya Allah.
Kita ni, mesti rajin2 kemas rumah, tak kira la bujang ke, dah kawin ke, atau status lain lain. (sila tik di kotak yg di sediakan, heheheheh)...Biar lantai tu nampak berkilat sentiasa, carpet tu kurangkan habuknya dari masa ke semasa, dinding rumah tu kena tegas sikit ngan anak2 jangan jadikan papan hitam cm kat tadika tu, habuk2 kat atas almari, belakg almari, habuk yg kat kipas tu, sawang sawang kat siling rumah, bawah katil, pastikan bersih sentiasa...Then sekurang2nya 3 bulan sekali tukar posisi ruang tamu, bilik tido, ruang tv,,nampak la kelainan sikit rumah kita...Kalau dah dok rumah kita 10 tahun, dan 10 tahun masih rumah tidak bertukar wajah seperti saranan di atas, tentu tentu kita rasa bosan. Isteri rasa bosan, suami rasa bosan, anak pun rasa bosan...asyikkk la pemandangan yg sama dalam rumah..boring oo...Dear, u guys,, tahu tak bila kita rajin mengemas dan mengatur barangan isi rumah tu,,Jin n syaitan ni tak suka duduk di rumah kita. Pening kepala bahlul bahlul tu..! Bila jin2 ni tak de, gangguan emosi kita berada di rumah pun kurang sangat2..Secara automatik aura dalaman kita bersemangat lebih, tenaga batin pun sihat walafiat...betulll, ni bukan cakap main2...Malam2 anak nak ke dapur pun langsung tak de rasa takut. U guys buat cm tu, ganggu dalam rumah pun tak de. Biar pun kita ni rajin beramal, mengaji (masa tu jin2 lari la kejap) tetapi rumah kita bersepah dan tak berapa nak bersih/teratur,,dia (jin) tu datang ler balik dok kat rumah tu semula sampai la bila2....Mudah la lagi jin2 yang jahat ni, tak kira islam (yg jahat) ke kafir, mudah sangat la dia mencari jalan nak porak perandakan kehidupan sesebuah kelurga tu apabila dia di dalam rumah, sebab dia dekat ngan kita, dia lebih nampak kelemahan kita, dia lebih dekat dan tahu macamana nak buat kita bergaduh, syak wasangka, anak2 jadi degil etc etc....So lepas ni kita jangan la beri alasan kerana keletihan bekerja, letih jaga anak2, letih jaga suami walaupun seronok!...sebab tu tak kesempatan nak jadikan rumah saya cm taman surga...! Tu namanya tanggungjawab Allah berikan apabila Allah bagi rezeki rumah untuk kita...Kemaskan rumah sentiasa dalam keadaan yang teratur. Alih alihkan kedudukan/pemandangan dalam rumah supaya kita yang tinggal dlm rumah tu tak rasa bosan....
Biasa tengok tak, tuala mandi lepas di pakai di gantung sana sini, biasa tengok? Pantang jea tgk kerusi, dia gantung kat kerusi, nampak tombol pintu, dia gantung kat tombol pintu!!,,ni yg di namakan tidak teratur...muka cantik/hensem..baju mahal di gosok kemas bila g kerja, percakapan hebat...tapi sayang,, bila kita g rumah dia,,sawang tu dah berusia belasan tahun, boleh buat herba ubat kuat, ubat tahan lama!! atas katil bukan setakat ada bantal jea, tuala mandi pagi tadi, kain sarung, underwear minggu lepas yg kata nak basuh dari hari ke hari tu masih ada kat situ,,agaknya kalau di amati betul2, atas katil tu jugak ada kunyit, batu lesung....Pasal tu la orang2 cerdik pandai dulu dulu ada kan kiasan/peribahasa...Indah Khabar Dari RUPA!!
Dalam kereta pun cm tu gak, dengan tisu atas lantai, bau susu anak, radio tu nak tekan play tak dapat coz penuh ngan habuk!..(bukan u guys laa, org lain..).......Tak mau la cm tu, sepertimana kita sendiri nak kelihatan kemas dan cantik, begitu la RUMAH kita termasuk la kereta kita.....Nasihat org konon si Abil ni, dia pun sepah gak kadang2 hehehehehe...pasal tu la I katakan, i bukan mengajar tetapi mengulangkaji sama u guysss....Nasihat pada diri sendiri n sharing2 bersama u guys....Gee tak perlu kemas rumah, sebab I tak bagi dia pegang penyapu pun,,,bab kemas2 rumah tanggungjawab I. I suka kemas rumah dari duluuuu lagi, mak I yang didik cm tu..Gee tugas dia masak n lipat baju, yang lain kerja rumah I buat...Baru la namanya CINTA kan isteri.....Suami2 ingattt....DONT TAKE THINGS FOR GRANTED....! Buat kerja rumah sama sama, ada anak tu heret sekali tolong kemas rumah...hukum anak2 kalau buat sepah, tegas sikit, esok2 dah besar jadi pengemas la anak2 tu....Cuti hujung hujung tahun ni mari kita mencantikan dan tukar2 posisi..( Aduhhh...tukar posisi sofa, tukar posisi bilik tido etc etc...bukan tukar "posisi" cm tu!!..aduhhh)...Rumah kita Surga Kita....hahahaha cm iklan la pulak...
Eh eh, dah, dah...cukup sampai sini jea..nak mandikan isteri tercinta di lubuk hati saya tu...OH!! Gee, cinta hati ku!!...jom sayang, time to mandi manda bersama Prof. Abil a.k.a Husband u...Ada siapa yang nak join mandi sekali..ada..?! I boleh tunjukkan cara cara mandi yang berhekmah..hehehehehe ...oiii. jantan tak boleh...yang belum kawin jea!!! hahahahahahahahha heheheheheheh hohohohohohohoho....sesekali gatal gatalan apa salahnyaaa........Opssss..Kalau Gee dah sedar, perenggan ni ke padam...kalau takkkk.....ok guys see u soon....Coming Dearrrr...!.............Sorry gambar lampu tido Gee tak dapat nak up load, fon dah rosak..esok esok I up loadkan pinjam fon adik nanti....byeee...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.