Friday, 2 November 2012

Cekak Pinggang !!!

Salam isteri saya yang bucuk bucuk..
Salam pada u guys.....


Pagi ni sayang, u tgh tido lena I kacau u, kiss kiss hug hug, u buka mata kejap jea n senyum pas u u tido balik. U tido tu macam laa letih sangat2.. Cayang cayang bini saya nii...Then I keluar g beli roti canai 2 keping for breakfast...Dok tunggu roti tu siap, I baca akhbar Utusan, tu diaaa, muka depan kes kemalangan, 4 beranak terkorban..Allah Hu Akhbar! (Al Fatihah)....Kadang2 kita berhati2, yang langgar kita tu tidak, atau sebaliknya....Kita ni kena la berhati hati lebih sikit bila memandu tu...

Gee tido lagi, mari kita kutuk Gee,,yahooooo...Nak cita pasal Gee masa dia sehat dulu.. Gee ni kalau dia memandu keta, selagi meter tu tak cecah 1500 kilometer sejam, tak sempurna hidup dia hari tu,,laju! Tapi bila I dok sebelah, dia pandu keta,,mak oii! punya la displin, boleh dapat pingat Pemandu Malaysia paling berhekmah!! dengat sifat zuhud diaa,,semua berlakon jea tu. Selalu I tegur Gee, "Dear, jangan laju sangat, nanti kena saman buat penat jea kerja, cukup bulan dapat gaji bagi kat Jabatan Polis trafik, bayar saman."..Gee kata " Mana ada saya bawa laju, biasa jea.." Bukan I marah, I ingatkan jea. U nak bawa laju tu, bolehh tetapi berhati2 yea. Selalunya Gee senyum jea bila I tegur. Namum begitu, Gee ni cekap mengendalikan keta, itu I akui, memang terror dia. Selama ngan I tak pernah dia alami kemalangan, Alhamdulillah...Memandangkan kegemaran dia bawa keta laju bila I tak de, dan memandangkan Gee sejak sejak tu rajin amalkan Asma UL Husna, I pun berikan Gee 1 lagi amalan. "Dear, kita ni kalau tak nak mati atau dapat kecelakaan di jalanraya, mati lemas, mati terbakar atau seumpamanya, u baca nama Allah ni..AL WAKIL (wali ) nama yg ke 52 mengikut turutan kitab Asma Ul Husna tu". Baca berualang ulang kali bila memandu or bila senang2. InsyAllah.

Dengan kaum Hawa ni, suami jangan cakap keras2 atau tengking2 dia bila beri nasihat,,tak jalannn...Cakap lembut sikit dan beri dia sebab sebab yg masuk akal. Cm tadi, I tak kata, kalau bawa laju nanti eksiden. Alasan cm tu pompuan ni dah tau pun akibat bawa laju so tak payah nasihat dia cm tu, dalam hati dia kata " Cm la aku tak tau.." Sebab tu I kata ngan Gee nanti sia sia dapat gaji, dok bayar saman..So Gee ni akan lebih waspada bila memandu dan Gee terima alasan I tu..Semenjak tu juga rajin gak Gee baca amalan yg I berikan..Then lagi satu, suami sekiranya nak berikan apa apa amalan pada si isteri ni, cuba beri yang ringkas2 jea dan senang si isteri amalkan..Yang panjang2 ni kerja si suami....( Kenapa senyum..!?, amalan2 yg panjang2 laaa !!) I beritau ni sekadar cadangan saja, kalau nak ikut ok, tak ikut pun ok gak..sharing2 jea.

Sebab tu la I selalu tekankan pada Gee amalan Nama2 Allah tu, coz ianya senang di hafal, senang di sebut bila2 waktu, ringkas dan ianya antara zikir2 yang di cintai Allah. Kadang2 doa2 ni bukan semua org yang hafal, so cari yg ringkas dan mudah untuk isteri2 kita ni. Sambil buat kerja leh zikir, sambil bawa keta pun boleh,,sambil dgr lagu pun boleh....Nanti I berikan satu lagi zikir ringkas bagi isteri baca, satu hari nanti isteri kita tanya kita  " Abang,abng,,abg tak teringin ke berikan saya MADU sorang, Best la bermadu ni tauu, bila abg outstation MADU saya tu boleh la teman2kan saya g shoping shopingggg (dengan nada manja lagi tu )..".. NAK tak zikir tu!!?? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha... Agaknya sekarang ni kalau I ada berdekatan isteri2 tuan tuan, mau I kena tumbuk, flying kick, karate, smack down (cm gusti tu) dan berbagai bagai tindakkan yg sewaktu dengannya..!! hahahahahahaha.....Pompuan, pompuan,,Dia org ni memang pemurah, lembut hatinya, suka tolong menolong, bertanggungjawab, taat pada suami, kuat bersedekah...TETAPI kalau suaminya ada cubaan atau cukup ngan dia dapat bau jea si suami berniat tambah 1 lagi,, kesemua sifat2 terpuji dan yg bersopan santun tadi tu akan bertukar menjadi  RIMAU!! kalau masa tu ada seekor harimau depan dia pun, nescaya harimau tu pun sekali kena tengking, tak cukup tanah harimau tu lari..! Hebat isteri kita ni kan.....Maka dengan itu sayangi la isteri isteri yang sedia ada niii...

Then satu lagi perangai Gee yang selalu I tegur ialah...bercekak pinggang..masa bergambar kadang2 Gee cekak pinggang, borak2 dia cekak pinggang, masak pun cekak pinggang (kadang2 la)..Tu memang I tegur agak keras sedikit. " Fauziah, jgn cekak pinggang!". Kalau I membahasakan nama ngan Gee, dia tahu itu satu teguran yang mesti dia ikut pada masa tu juga. Gee takkan tanya kenapa, bila I menegur membahasakan nama dia coz dia tahu itu satu perbuatan yg sangat2 tidak baik dan suminya ni tidak suka sama sekali walaupun nampak remeh atau perkara biasa yg ramai org pun lakukan. Gee tahu I akan menjelaskan kenapa, bila selesai beri salam solat Magrib nanti. Sekiranya ada satu perkara penting I nak beritau Gee atau perkara yg perlu sangat I nak tegur Gee, I akan akan tegur dia selepas beri salam solat Magrib. I akan minta Gee duduk sebelah I selesai solat n I tegur/beritau, pas tu baru I berdoa sama2..Itu cara I. Berkaitan cekak pinggang ni, Jangan di buat walaupun sesekali, tak elok sungguh. Allah benci, rezeki susah nak singgah, hati jadi riak, rasa diri tu pandai sangat walaupun bodoh bergelombang, aib kita senang nampak dek org lain, bila tiba kesusahan payah kita nak selesaikan..aaa tu dia akibat kalau suka cekak pinggang!. Lagi satu, ilmu susah nak lekat kat hati. Ini la perkara yang selalu kita buat tapi kita tak tahu atau tak ambil kisah kesan2 bercekak pinggang ni...G tanya mana2 Ulama", elok ke bercekak pinggang,? betul ke kata si Abil ? yang hanya ada sijil SPM jea, tu pun gred 3, cukup2 makan nak lulus jea...Susah nak tanya Ulama", g masjid kediaman u all, tanya imam tu pulak...Ingat! lepas ni jangan cekak2 pinggang lagi walaupun sebelah tangan jea!....Tu sifat Iblis yang kena Laknat jea buat cm tu, jangan di ikut langsung!. Rasa2 nak susah hidup sila la buat......Ooiii kerasnya si Abil tegur...( Siapa suruh baca! )....Gee tu kalau kena tegur bab2 cm ni memang I tegas sedikit, supaya Gee tahu ini adalah satu perbuatan/perkara yg mesti di hentikan dia buat/ulangi lagi.

Lepas ni kita berlatih sama2 supaya tak cekak pinggang, boleh murid murid?....Sekali lagi saya ingatkan, saya bukan mengajar tetapi kita ulangkaji bersama2 yeaa...Ada pulak kang pihak2 tertentu nak tangkap saya pulak. Sekarang ni mengajar mesti ada sijil kan..kita ni SPM jea, hanya berdasarkan pembelajaran di pondok dan pengalaman hidup seharian jea...Jangan tangkap tau, nanti ciannn isteri saya tak de org nak jaga...Ulangkaji bersama2 pembaca2 blog jea, tiada langsung niat untuk mengajar..

Nampaknya Gee pun dah bangun, jadi sampai di sini saja ler dulu. Prof. Abil ada tugasan yang lebih penting bersama Prof. Gee. Banyak experiment kita perlu buat bersama sekarang ni terutamanya experiment "pampers" Prof. Gee. (kena tukar pampers bini la.). Semoga kita bersua lagi, me n Gee mengucapkan selamat berhujung minggu dan Selamat Pengantin Baru......ehem ehem, hujan hujan ni....

Followers