Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum pada semua tidak kira dimana u guys berada...
Ni dah siap2kan perkakas untuk mengemas u Dear, bila masuk bilik jea, tu diaa,,ternganga u tido semula..Tadi elok jea celik mata, lepas hug2 u then I kata, "Jom kemas time" but elok pulak u sambung tido...aduhhh, kena tunggu u bangun la nampaknya...
Gee tido lagi, jom kita gosip gosipkan dia! .....Apa nak cita pasal my wife ni,,emm....Nak cita pasal taatnya Gee ni pada suami dia yg memang hen...sem ni, memang Gee taat la. Tak pernah pulak dia nak lawan cakap atau menangguh permintaan I ni, hanya Gee kadang2 bergurau2 jea lawan kata..U guys tau yg I panggil Gee, Dear..Gee pulak panggil I "Darling"!! tapi tiap kali dia panggil tu, Gee akan sengaukan suara dia. (cuba sebut darling dgn suara sengau), cm tu la bunyinya...I selalu kata kat Gee, "Panggil la ngan nama lain, teruk na bunyinya u sebut darling". Lagi I ckp cm u, Lagi la Gee suka panggil Darlingg, sampai I mengalah dah..Gee ni pun kuat gak bergurau ngan I. Lagi satu Gee ni suka peluk I dari belakang. Bila masa dia terasa nak buat, Gee tak kira tempat. Sometimes kat shopping compleks, tgh2 berjalan window2 shoping tiba2 jea Gee akan peluk dari belakang I!..Orang lalu lalang senyum jea tgk gelagat kita berdua ni..Kalau I kata I nak belanja beli kasut, emm lagi la dia peluk tak lepas2 sampai jalan terus ke kedai kasut. Gee ni memang sukaaaa beli kasut. Tiap2 minggu dia akan pastikan dapat beli kasut!! Bukan dia pakai selalu pun kasut tu, pakai sekali dua, pas tu Gee cakap, "Ok la kasut ni dah boleh anta kat Musium!" Cm ni dear, toke unta pun boleh muflis ooo! Isteri I kan, walaupun kadang2 tu I akan bebel n tegur Gee, I akan tetap juga belikan kasut untuk dia.........Tiap Minggu!!!!
Bag tangan pun cm tu gak. Bag tangan tu tak la tiap minggu but kerap juga la..Tak kira la mahal ke murah ke, asalkan Gee perkenan di hati, dia akan beli. Yang I ni pulak bila tgk hajat isteri I ni nak mendapatkan sesuatu tu, rasa tak sampai hati sekiranya I tak beri..Hajat org ni kalau boleh I akan penuhi semampu I n yang masuk akal laa....Kalau tiap2 minggu ajak I g beli keta tu mau I cekik jea! hehehehehe..Gee pun seperti wanita2 lain gak kan,, suka membeli n menshoping shoping bila ada masa terluang..Kalau baget kurang masa tu, kita shoping cermin jea lerrr...( window shoping la! )...Once a while, I akan tukar jadual shoping Gee ni, I akan kata pada Gee, hujung minggu ni I nak bawa u kat suatu tempat di mana tempat ni jarang jarang sekali I tgk pasangan akan ke sana. Tempat di mana u nak menjerit, u nak melompat, u nak jadi macam budak2,,orang sekeliling tak kan kisah...The best thing, semua perkara kerja, masalah, tension,,u akan terlupa sebentar....Gee tertanya2 la kat mana, kat mana..I kata tungguuuu.....Sampai harinya I bawa Gee ke Sogo lepas lunch n solat...tingkat atas sekali....yeaa betul tempat main game!! Alaaaaa ini tempaynya!! kata Gee.. I kata, nanti dulu, ikut jea apa I buat then u akan faham n u pula akan mengajak I ke sini selepas ni..So I pun tukar token dalam RM50. I ajak dia main game "tembak2 hantu". Pada mulanya tak nampak Gee suka sangat,,, selepas 5 minit, Gee pulak mengarahkan I tembak hantu tu cepat sikit sebab Gee tgh reload peluru...aaa nampak! u mula sukakan. Bukan kerana game tu sebenarnya, coz u dah mula fokus ngan hantu2 tu n u tak teringat dah benda2 lain. Keseronokkkan yg u tak pernah buat sebelum ni...Selepas 10 minit, token makin kurang, stage game banyak lagi, hantu hantu tu pun banyak lagi untuk di tembak, Gee mula ghairah nak habiskan dari satu stage ke satu stage. At last, sedar2 I dah habis RM150 tukar token!! Selesai main game tu, I nampak Muka Gee puas dan terus Gee kata "Minggu depan kita main lagi nak!?".....I senyum n kiss pipi Gee...
Dalam perjalanan balik Gee beritau I, baru dia faham apa yg I katakan sebelum kita ke sana..TETAPI jgn lakukan selalu, sesekali jeaa....See, ada masanya kita berpasangan ni kalau ada masa berdua, cuba cari sesuatu jadual yg jarang2 org lain buat. Tukar jadual biasa tu. Cm Gee I nak dia rasa relax n melupakan sebentar perkara2 lain, hanya sebentar...Waktu yg sebentar tu berjaya membuatkan Gee terasa lapang dada, terasa cm tiada masalah...minda tu relaxxx....Dan perkara tadi Gee tak pernah lakukan sebelum ini....She is very2 happy..............and,, Gee tak lupa sebelum keluar dari Sogo, Dia sempat jea beli sepasang kasut!!!! hahahahahahaha.... N that Is my WIFE!!..
Cuba kita pulak lepas ni cari sesuatu jadual sebegitu, BUT, ingat!, jgn lakukan selalu, sesekali sahaja...U guys cari la dan jgn beritau pasangan kita bila kita nak ke sana atau melakukan perkara yg u guys nak buat bersama nanti. ( Bukan, bukan perkara dalam kamar tidoo,,BUKANNN ).aduhhhhh....ehh, tak de kerja lain ke u all ni!!!!.................Sebelum nak melakukan jadual baru tu, u guys terangkan dulu motif dan hasilnya...U all cari la,, main snooker bersama ke, main konda kondi ke, g kubur malam2 tangkap hantu ke!! hehehehe...yg penting u cari jadual bersama yg jarang pasangan lain lakukan DAN tempatnya bukan di rumah!. Faham tak murid murid semuaaa..?
Tu dia, Gee dah bangun dah, nak mengemaskan Gee dulu, ok guys...alaaa lupa nak buat pengumuman la pulak, ada perkara nak info2 u guys,, pasal masuk2 TV lagi la Prof. Abil ni...tgk la, malam nanti atau selewat2nya esok I up date n salurkan info info..Sayanggg I datang sekarang niii....ok guys, kang Gee marah I kang......ooh, jangan ckp ngan Gee I gosipkan dia tadi tau,,,ssyhhhhh......bye bye,,syhhhh...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.