Assalamualaikum isteri sayaaa....
Assalamualaikum u guys u guys semua....
Dah 5 hari tak up date yea...ambil cuti la Dear. Spend more time ngan u dan blogwalking,,singgah n spend time gak kat semua blog kawan2, walaupun sebagai silent reader tapi yang pasti I jenguk pada semua blog, siasat apa cerita cerinti kawan2 ni.....N of course, 5 hari lepas juga I lebihkan masa bermanja2 ngan u ler Dear, training lagi, gurau2 lagi cm gambar kat atas tu, konon2 kita naik motor Harley Davidson jalan2,,pakai bendena lagi, tak main la pakai helmet,,sapa nak saman!! King n Queen naik motor jalan2 tepi pantai nii...kononnya laaa....Dua2 muka serious, sebab angin kuat sangat!!
Ni namanya tak de kerja kita berdua ni. Actually, sebelum kita naik motor tu, memang I selalu duduk di belakang u atas bean bag coz nak urut2 kepala u, belakang u, buat facial sikit sambil2 borak ngan u tgk tv..Waktu siang 1 jam, malam 1 jam. Tak leh lama sangat nanti u letih. Tanda2 u letih dah bila I dudukkan u, kepala u akan terlentuk2 ke belakang atau u TIDO!! sambil duduk.Kadang2 tu bila I borak, u senyappp jea, rupa rupanya u TIDO! I ni macam bercakap ngan dinding rasanya.....Semalam I tunjukkan gambar2 masa u sihat n terlebih berat sikit hehehehe I kata kat u, "Cepat Dear sembuh nanti leh kita jalan2 jauh jauh. Ni tgk gambar u dulu, cantikkk.."U dengar jea bebelan I..Hope u faham la. Pas ni n3 akan datang I akan upload gambar u ni yea Dear..Sekarang ni tak dapat coz handfon ni kadang2 datang gila dia tak boleh nak tranfer pulak,,jap lagi I g repair jap, ok sayang...U guys tunggu laaa...tenguk betapa classic nya rupa wajah isteri saya ni..Wanita yg mampu mengugat menambat hati Abil Fikri ni,eemmmm..kau ada!! hehehehehehe uuwekkkk (jelir lidah la tu)...
Oo yea, semalam dear ada 2 pertubuhan Madrasah buat majlis membaca Yassin untuk u ( Terima kasih banyak2 yea )..dan ada juga yang minta I memberi taklimat motivasi terutamanya pada pasangan suami isteri di sekitar Bangi, Kuala Lumpur, Melaka n Johor Baharu. I kata,,InsyAllah. Kalau yang dekat2 tu boleh ler tapi sekiranya jauh, buat masa sekarang ni mungkin tak dapat la nak penuhi hajat. I ni tak boleh jauh ngan u la Dear, masa di Tv Alhijrah pun cepat2 I balik coz terasa tersangat la rindunya pada u...ni kan pula kalau lagi jauh jaraknya, mau tengah2 bagi motivasi I cabut balik rumah hahahaha...Masa u sihat pun I jarang sekali jauh dari u, masa u sakit ni, lagi la I tak boleh. Sedang I menjawab soalan2 pengacara Tv Alhijrah tu pun, hati I tertanya2, U tgh buat apa sekarang, aunty I dah bagi susu belum kat u, U tercari cari I ke, U dah tido ke...macam macam I fikir.....so, cmana Dear, U rasa boleh tak I g buat ceramah motivasi tu?..Sekiranya u ok, I akan proceed la ngan offer ni but yang mana jaraknya tidak jauh....Tentang siapa yg akan jaga u bila I tak de, dont worry I akan arrange kan. Sesekali tu boleh la minta tolong org, selalu tu payah la ...Hajat orang ni I memang payah sikit nak tolak Dear, tambahan pula mereka pun banyak doakan kita...Tak pe la nanti I fikir2 kan...
Sebenarnya kita ni pun cm belangkas gak, asyik nak berkepitttt jea kan..yea la nama pun suami isteri a.k.a. King n Queen..Macam my father n mother ni..Sometimes bila mak I hilang dari pandangan my father, habis semua anak2 my father tanya mana g mak kau org ni. Semua akan cari, mana mak...rupanya mak kat jamban! hahahahaha kalam kabut org tua tu cari bini dia hahahahha...Romentik my parents ni, kadang2 saturday night my parents hilang tak cakap ngan anak2 mana dia org pergi..Bila siasat punya siasat, dia org g PD jalan2 tepi pantai sambil pegang2 tangannn....Dia org balik jea memang muak la kena usik ngan anak2 ! Begitu la kita ni suami isteri kena kekalkan keromantikkan hubungan tu..kena buat selalu. Jangan ada 1 hari pun tak romantik..Buat la apa2 pun yg u guys rasa romantik....( aduhhh!! Romantik la, ROMANTIK..bukan romen!! tu lainnn,, aduhhhh..) Sesekali tu, kalau tgh tgk tv ke atau terdengar lagu jiwang2 yg sedap tu, ajak pasangan tu slow dance. Tapi kat rumah laa, jangan pulak kat kedai mamak u all buat hal cm tu,,menggangu ketenteraman awam namanya tu..Ingattt I, satu hari tu I ada buat silap sikit kat rumah so Gee ni membebel n merajuk..tengah2 dia membebel tu I pun pasang lagu, then terus peluk pinggang dia dan ajak dia slow dance..terus hilang bebelan dia...katanya, "pandai awak nak pujuk saya yea, ni rasuah ngan slow dance yea!" I kata kat dia, "I ni kan suami awak, mesti la I faham awak cmana". Slow dance 2 lagu, terus kita masuk tidoo..ehem ehem....( Apa!! kahak la kat tekak I ni..)...
Pasangan kita ni kena cari satu cara beromantik, di mana cara tu menjadi "trade mark" kita..Trade mark yg akan jadi bualan anak2 sampai cucu kita. InsyAllah, nanti anak2 akan ikut jejak baik ni bila dia org berumahtangga pulak..Trade mark ni akan mengurangkan pergaduhan pasangan, trade mark ni juga akan senantiasa melahirkan rasa rindu dan trade mark ni juga akan mengekalkan ingatan pada pasangan masing2 pada bila2 waktu.....InsyAllah...Me n Gee pun ada trade mark kitaaa...rahsiaaa...( nak tau!? hahahaha sorry morry! hahahaha)...Lu org cari la trade mark sendiri, yang dah ada tu, kekalkan..
Eh dah pukul 12 lebih dah! dah, dah, dah..Prof. Abil a.k.a surirumah nak jemur baju2 tu, kang tak kering kang Me n Gee takde apa nak pakai nanti!! hehehehehe...Pas ni n3 akan datang I akan up load gambar2 u yea Dear....nak selesaikan jemuran ni, mandi, sembahyang, ngaji sikit then kita slow dance ok Dear...
Ok dear, ok guys.....ccc uuuu laterrr,, u aligator...calculator...escalator...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.
