Friday, 21 October 2016

ILMU PENUNDUK..!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualiki Ya Fauziah, Kasih hati hamba.


"Today apa gosip kat ofis Dear.?" soalan yg kerap saya tanya arwah Gee dulu dan dia selalu share ngan saya. Agar saya tahu tahap mana domba2 Isteri saya tu supaya tak melampaui batas..pompuan kannn....emmm

"Awak nak tau..bla bla bla bla.." beriya iya Gee citer hari tu, Pasal ilmu penunduk yg dok kena kat rakan ofis dia..
"Apa buat kerja tak semunggah cm tu, buat dosa jea!!" jelas saya.
" Emm Suami dia pun melampau sgt, " jawab Gee.

"Klau yea pun, buat la cara lain, ini cari dosa..banggang apa." jelas saya lagi. . Gee terdiam sekejap, then Gee tanya..
" Cmana pulak kalau saya nak menundukkan awak, ada kaedah yg tak dosa?..

Saya pandang Gee atas bawah.."Habis semua RAHSIA saya awak nak tahu,,teruk la saya nanti."..senyum menjawab soalan Isteri Kesayangan saya tu..Dan Gee tahu saya takkan menolak hajat dia. Saya hanya diam kan saja dan beralih pada subjek lain,,subjek Mlm Jumaat.!! hahaha hehehe hohoho..

Habis Magrib bersama, Gee g masak dinner, saya dok sambung mengaji. Selesai mengaji, saya panggil Gee yg pun selesai masak.
"Dear, come here girl." "Meh duduk sebelah saya jap." Gee pun masuk bilik dok sebelah saya..

"Tiap kali kiranya kita bergaduh, dan awak nak MENANG dan nak "TUNDUKkan" saya, buat la apa yg saya suka ni." Sambil saya tunjukkan Al Quran depan saya. Eh ada 2, 3 kali kita gaduh besar tau..kes kes cemburu la, apa lagi..Saya tak nak kalah, Gee pun tak nak low down. Gee dengar jea tak jawab apa, cm faham dah apa yg saya ajarkan tu...

Then pada suatu hari Kita Gaduhhhh...Dua dua tak bercakap, dua2 hati panas time gaduh. Gaduh2 pun Gee tak pernah sekali meninggi suara, hanya text ngan sms jea.! menjela jela dia text, saya jawab dia text lagi..gitu la cara saya n Gee gaduh. Malam tu saya masuk bilik sebelah, dia masuk bilik sebelah..

Dalam kul 2 am gitu saya dengar Gee MENGAJI.!! Terus saya dok depan pintu bilik Gee yg berkunci mendengar Gee ngaji..tersenyum2 saya dok dengar," byk lagi kena belajar ngaji ni " bisik hati saya, namun gitu...
"RUNTUH" jiwa panas saya, "HANCUR" marah saya pada Gee. "TERLERAI" ego jantan saya...Habis Gee ngaji, dia Kuar bilik nak g toilet..saya terus peluk Gee n said, "Dear, Im sorry". terperanjat gak Gee tgk saya depan pintu n peluk dia..tak ckp apa Gee.

Hanya balasan peluk saya di balas baik Gee..Dan berakhir la pergaduhan kita malam tu..hanya kita berdua sambung dgn "Gaduh" yg dapat pahala..hahahahahahahahahahaha

Nak "menundukkan" pasangan kita ni, tak yah la susah2 nak g jumpa bomoh2 ke atau pakai tangkal bagai, buang masa jea. U guys sepatutnya yg lebih terror mengenal pasangan masing2..U guys patutnya tahu mana kelemahan, kekuatan pasangan masing2, Kalau tak tau tanya terus pada Suami, tanya kat Isteri.

Yg si SUAMI ni lak, cakap la kat bini tu..
" Syg kalau abg tengah marah buat cm ni..bla bla bla"
"Isteriku tercinta, kiranya saya nampak ego bodoh/ angkuh bangang, buat gini dan gitu.."..Ajar la Isteri tu. Kita ni SUAMI, kita ni Pendidik,Guru buat Isteri kita tu.Tugas kita mendidik, untuk kebaikkan kita gak kan..

Dan ILMU PENUNDUK untuk Isteri kita pulak,,emmm senang sgt sgt.."LUAHkan Cinta" kita(suami) padanya,Kerap katakan dia(Isteri) nampak "CANTIK"dan "SEXY".. "PELUK" Isteri tiap tiap hari. "PUJUK PUJUK" Isteri bila merajuk DANNNN senang2kn lidah tu say "SORRY" walaupun bukan salah kita ni ara SUAMI..Senang kann, bukan kuar duit punnnn...

Nanti kita akan nampak betapa TAAT dan SETIAnya Isteri kita tu nanti...Silap silap, untung nasib kita baik,, Isteri rela sign borang untuk kita pasang 1 lagi..!!!!!!!! hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha

I LOVE my late wife..Do u guys LOVE ur WIFE???



InsyaALLAH.

7 comments:

  1. I love my late husband too...

    ReplyDelete
  2. tak pernah tak suka baca entry abg abil.

    ReplyDelete
  3. Isteri saya juga Gee nama panggilan. Juga dah arwah.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan. Mmg inspirasi saya tuan ni. Muga Allah balas pengorbanan tuan di dunia dan di akhirat. Agak susah utk nak saya bayangkan apa yg tuan lalui. You are an awesome and kind person. All the best sir. Wassalam. Izuan Jb

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan. Mmg inspirasi saya tuan ni. Muga Allah balas pengorbanan tuan di dunia dan di akhirat. Agak susah utk nak saya bayangkan apa yg tuan lalui. You are an awesome and kind person. All the best sir. Wassalam. Izuan Jb

    ReplyDelete
  6. smg arwah dipelihara dari azab kubur dan neraka.sy nk tny bgaimana nak ajak suami utk solat berjemaah, mengaji al quran? mmg sgt jarang solat berjemaah sejak thun keempat kahwin.suami mmg tak pernah mengaji al quran selain baca surah yasin

    ReplyDelete
  7. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC there website is https://ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete