Tuesday, 4 August 2015

Me, Gee n Motor..


Assalammulaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhammad, Forever in my heart.

Satu ptg saya jemput Gee lepas kerja naik motor. Tak bercakap, malahan dah 2 hari tak bercakap..(Gaduh la, apa lagi.) Tiba2 saya brek, kononnya nak elak sesuatu la, Gee terus peluk saya, terperanjat. Dan masih tak bercakap.

Kejap tu saya brek lagi, sekali lagi Gee peluk dan Gee tanya "Kenapa brek?" Terus saya jawab "Nak memujuk awak la ni main brek brek."..Kali ni Gee peluk tak lepas2..Apa lagi main brek memanjang la saya lepas tu.!!Terima Kasih ALLAH, dan terima kasih motor! dlm hati saya berkata.

Antara kaedah/peralatan saya gunakan bilamana nak memujuk atau "intro" nak minta maaf kat bini..motor tu la, Sebelum saya nak mohon maaf kat Gee saya suka mulakan dgn intro, coz pada pendapat saya, memulakan dng intro2 sebegitu mudah sikit Isteri kesayangan saya ni nak terima maaf saya. Dan ianya sgt berkesan..Pas tu bila selesai bagi salam solat Magrib, lepas 3 kali Iqtifar tu, saya suruh Gee duduk sebelah saya (Kami berdua biasa solat sekali).."Dear, awak maafkan saya yea." mohon saya, Gee terus salam n cium tangan..Dah settleee..Mudah rupanya minta maaf ni kan..

Kebiasaannya lelaki ni payah sikit nak dengar dia minta maaf kat Isteri ni, maklum la Ego kann, tapi di hatinya memang sungguh nak mohon maaf. Nak menyebut "I'M sorry" tu punya la berat nak mampus coz of ego pun yea, coz of malu punya iya (termasuk la saya ni)..Eksen konon!!..sebab tu la saya akan memulakan dgn "intro" kemaafan tadi..bila saya rasa Gee pun dah bersedia maafkan saya, then saya akan sebut cm lepas solat tadi..Dan waktu selesai solat gitu la waktu yg terbaik nak minta maaf, kerana Hati kita biasanya dah tenang tiap kali habis solat..

Yg pompuan ni pun ada "Kreko" gak, kadang2 bila Suami minta maaf, dia pulak yg jeling muka, Isteri ni pulak nak tokok tambah merajuknya pulak, kononnya seperti nak suruh Suami tu merayu2 mohon maaf!!..Jgn la cm tu, terima la elok2 pas tu peluk terus Suami tu..kan "ghairah" buat gitu,,eh eh, silap taip hehehe,,kan baik buat cm tu bila Suami dah minta maaf..Mudahkan proses memaafkan tu, make it simple n nice..

Kalau rasa malu/ego nak terus minta maaf, cari la kaedah2 "Intro" seperti contoh citer di atas tadi..buat la dulu nanti U guys akan nampak kesannya..besttttt...

so U guys,, bila nak bergaduh laki bini lagi?? hahahaha Jgn gaduh2 besar yea, gaduh gaduh manja sudah laa....InsyaALLAH.


Motor yg banyak berjasa..sapa la yg nak duduk kat belakang ni lagi??..-



10 comments:

  1. alhamdulillah entry simle tp amat bmakna. Sy doakan insyallah akan ada peneman yg duduk kat motor tu nanti. hihi

    salam ukhuwah utk abg abil :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik juga jenis yang tak akan bercakap bila merajuk/marah/sakit hati dan sebagainya. Dululah...masa masih muda. Dah tua2 ni - lantak kau lah...

    ReplyDelete
  3. terbaikla abang abil..moga arwah kak gee sentiasa dlm lindungan allah swt

    ReplyDelete
  4. Terima kasih En Abil kerana sentiasa berkongsi tips2 yg baik. Saya juga doakan yg TERBAIK untuk En Abil. Dulu selalu gak gaduh yg smpi tahap sakit hati malas nak cakap..skrang dah macam tak kisah...dah kebal..hahaha..terasa mmg terasa tapi habis masa tu jugak. Cakap terus terang..tapi kalau hati tgh panas..buat deekkk jer la dulu..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  5. Intro ye..kira macam pembuka kata atau pengenalan la..ke nak test respond..huhuhuhu..suami isteri gaduh atau merajuk macam mana satu je..JANGAN sampai berasingan tempat tidur..insha Allah ok..bertolak ansur la sebaiknya..

    ReplyDelete
  6. memang tips yg bagus utk minta maaf kalau ada rsa ego kan hehe :)

    ReplyDelete
  7. HEHEHEH.. sy kalu merajuk terus terang ckp... "saya merajuk.. sy tak nak ckp dgn awk.." gitewww

    ReplyDelete
  8. salam jumaat almubarak..entry sweet tp rasa sayu jer..sob sob

    ReplyDelete

  9. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete