Thursday, 28 May 2015

Simpan buat Jeruk.??!!


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Kekasih jiwa hamba.

" Salam Isteri sayaaa." saya sms Gee. Saja kacau Gee masa dia tgh sibuk kerja. 
"Wsalamm Suami saya" balas Gee.

"Namun membiarkan ingatan ku liput dari mengenangmu, itu sama sekali TAKKAN ku lakukan.." sms saya lagi pada Gee (rangkap lagu nyanyian M. Nasir)

"Gatal eh.!! saya tgh sibuk ni." jawab sms Gee. Kalau Gee jawab gitu dia tgh rasa malu la tu coz saya jiwang2 ngan dia. Tiap kali saya usik Gee jiwang2 gitu confirm muka dia merah, malu malu..hahahaha.

"Oh Isteriku, hari ni balik cepat yeaa..hehehehe" Usik saya lagi.
"Ok, bye!!". Gee end up sms, betul dia tgh sibuk la tu...Tu la kerja saya sesekali dok sms Gee n mengusik dia tiap kali dia tgh sibuk kerja...tapi kalau dia pulak usik saya bilamana saya tgh sibuk,,langsung saya tak jawab!! hahaha hehehe hohoho..

Rangkap lagu tadi tu memang kerap saya nyanyikan untuk Gee dulu. Kadang2 tgh makan, kadang2 tgh shopping depan org ramai saya nyanyikan rangkap tu kat Gee. "Malu la kat org" kata Gee..Org keliling senyum jea tgk kami gitu.

Nikmat "BERKASIH" ni secara otomatik ALLAH dah berikan setelah ijabkabul selesai dan sah bergelar SUAMI ISTERI. Kita ni saja kena praktikkan untuk merasa manisnya/sedapnya "Pemberian" TUHAN tu. Namun apa yg jadi, kian lama berkawen kian kita jauhkan "Pemberian" ALLAH ni. Kita simpan jea dlm hati, jauh di sudut hati la kata org tu..Tu yg kadang2 kita dgr kawan2 kita cakap bila ada masalah, atau tgh gaduh besar ke.."Tapi jauh di sudut hati, aku masih sygkan Isteri/Suami aku."..

Ko org simpan dalam hati (taknak praktikkan/zahirkan) nak buat apa "Pemberian" ALLAH tu??. Nak buat jeruk??!! Tu pasal ALLAH firman dlm Quran maksudNYA kita2 ni tak bersyukur. Esok sekiranya TUHAN tanya ko org kat "sana" nanti pasal apa tak bersyukur/praktikkan "PemberianNYA" masa jadi Suami Isteri, ko org nak jawab cmana??..TUHAN dah bagi, kita tak buat, cmana doa kita agar kasih kita berkekalan sehingga ke anak cucu dan sehingga jannah ALLAH nak makbulkan...Mabuk todi ko org ni.!!(Bukan U guys la, org lain.hehehe).

Nikmat kasih Suami Isteri ni ALLAH dah beri, jaga la elok elok. Kita jaga Pemberian TUHAN, TUHAN sendiri akan menjaga kita lebih n lebih lagi..InsyaALLAH.

Balik kerja kang g peluk pasangan kita tu..pasangan yg SAH SAHAJA!!!!! dan tolong kirimkan Salam saya pada pasangan U guys yea..

- Wssap talian 017 9395172 (cik Aida) untuk dapatkan buku Gee "Warkah Buat Isteri"...tqqqq...kau ada?? hahahahahahaha

AL FATIHAH


8 comments:

  1. tak pernah simpan buat jeruk pun abang... lontarkan ajer setiap hari dengan sepenuhnya...hik hik hik, rugi simpan-simpan ni... tak merasa nikmat kasih sayang tu...

    ReplyDelete
  2. lame tak singgah sini.. hari ni balik kerja suami ambil.. naik motor.. ok.. boleh peluk!~ hehe.. selalu bawak sendiri..

    ReplyDelete
  3. Yang halal..manfaatkan sebaik baiknya..yang belum halal..mesti behave..usahan untuk menjadi yang halal..

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah buat arwah .salam ukhwah dari kak ana .

    ReplyDelete
  5. alfatihah buat arwah kak g

    ReplyDelete
  6. Suami nun jauh dsana,..hujunh minggu bru leh bermesra2....huhuhu

    ReplyDelete
  7. Alftaihah. Cantik arwah nih....

    ReplyDelete


  8. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete