Sunday, 30 November 2014

Maafkan la Isteri..


Assalamualaikum U guys.
Assalamualaiki Ya Fauziah, penyejuk hati saya..

Meh DIM nak citer sikit ni.. Saya ni kalau tak mengusik arwah Gee sampai merajuk maka bukan Abil Fikri nama saya.

Pernah 1 malam tu saya dok usikkkk Gee sampai dia merajuk dan marah pada saya, terus dia masuk bilik n kunci bilik. Bila dah agak lama tu saya pun nak masuk tido la dan ketuk la pintu. Gee buat bodohhh tak nak bukak pintu.!

"Dear, saya nak tido ni, bukak la pintu." .." awak jangan nak marah Suami awak ni, nanti Malaikat semua marah kat awak nanti. Takkan la saya nak tido luar, ciannn saya." pujuk saya kat Gee dulu.

Tiba tiba Gee bersuara "Awak tido la ngan Malaikat kat luar!!".. terus saya gelak terbahak2, terguling2 atas lantai keluar airmata geli hati mendengar kata2 Gee tu..

Mendengar saya gelak gitu, Gee pun keluar bilik n tanya ngan rasa pelik, "Kenapa awak gelak?!".. "Dear, Isteri kesayangan saya,,selama hidup saya tak pernah saya dengar kata2 gitu..kelakar giler!..Tido ngan Malaikat ehh!!?" hahahahaha sambung gelak. Gee pun gelak sama lepas tgk saya gitu..Last2 Kami berdua tido luar depan tv sama2..gelak sampai subuh!!


Setiap hari dalam doa saya merayu agar jangan ALLAH dan Malaikat marahkan Isteri saya sekiranya ada kesalahan Gee pada saya sebab saya sentiasa saja memaafkan dia. Dan sekiranya ada kelemahan Gee pada saya maka itu juga kekurangan diri saya sebagai Suami mendidiknya.

Para Suami sekelian, jgn la kita selalu ada perasaan marah, perasaan dendam atau tidak puas hati pada Isteri kita tu ( sekiranya Isteri ada kesalahan2 biasa), kerana kemarahan kita2 Suami ni di sertai ngan kemarahan Malaikat pada Isteri..ciannnn dia org,,

Sentiasa la memaafkan dia org ni (Isteri) coz kesalahan dia org adalah kekurangan kita sebagai Suami mendidknya..

( pic di bawah tu muka Gee merajuk dulu kena usik dek saya!)

- sapa yg dah baca entry ni, g cium pipi pasangan masing2..!!-


8 comments:

  1. salam Abil...saya yg membaca jawapan Gee pun turut tergelak ni..

    ReplyDelete
  2. Hehe..bernas jawapan kak gee..dalam pada tegas ada lucunya..Al Fatihah untuk kak gee..

    ReplyDelete
  3. Abang dah pergi kerja waktu kakcik baca catatan ni...

    Nanti je la kakcik cium pipi dia...hehehe

    ReplyDelete
  4. Dalam lucu, saya berkongsi rasa sayu...

    ReplyDelete
  5. This was a lovvely blog post

    ReplyDelete