Sunday, 17 August 2014

Kesilapan...kesilapan..

Assalammualikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad.


Pesanan untuk arwah Gee dulu "Dear, adakah saya selalu berlaku baik terhadap awak?" tanya saya.
"Baik." ringkas Gee.
Sekiranya satu hari nanti ada sedikit kesilapan yg saya buat, jangan lah awak menitik beratkan sangat kesilapan saya tu. Bandingkan lah dengan kebaikkan yg ada yea."..Terus arwah Gee ni tersenyum dan suruh saya baring di pangkuan dia "Baring sini, nak cari rambut gatal." katanya.

Kita ni kebiasaannya berbuat baik contohnya 10 kali, hanya suku kali jea (tak sampai 1 punn) buat kesilapan, namun org lain akan menitik beratkan yg 1 tu berbanding 10 tadi. Yang suku tu la org lain akan dok ingattt, dok persoalkan, kadang kadang makan setahun org lain persoalkan. Adakah cara gini tindakkan yg bijak? adakah cara gini boleh mendatangkan manfaat pada hati tu? Adakah cara dok menitik beratkan yg suku tu tadi boleh melapangkan perasaan??..Kalau boleh U guys teruskan lah.!

Kadang kadang yg kita perhatikan, itu lah ANTARA perkara yg membuatkan sesuatu hubungan itu jadi renggang, jadi malap pertalian kita. Walaupun sudah meminta maaf dan di maafkan tapi bila berlaku kesilapan baru kesilapan lama yg kita dah maafkan tu di tindihkan semula!! Kesilapan yg kecil itu tadi dah jadi BESAR! sebab kita tindihkan kesilapan kesilapan lepas, yg pihak buat silap tadi pun mula lah mengunkit kesilapan kita pulak...jadinya, tiada org yg nak mengalah. Masing masing nak menegakkan kesilapan masing2.Menegakkan benang yg basah bak kata pepatah..Kesilapan tak boleh menang atau tegak dea! Bertambah bodohnya pulak, kita buat kesilapan yg baru atas alasan " dia boleh buat, aku pun boleh buat gak.!"...Sampai lah one fine day masing masing menyesalllll....menyesal yg sudah terlambat kebiasaannya..Baru la kita sedar yg kita ni sudah tersilap buat keputusan, baru la sedar bahawa kesilapan kita tidak mendatangkan kebaikkan langsung, sampai kesudah hati kita "murung" dek kesilapan kesilapan tadi..

Pesan I, Semua sifat ALLAH dah sediakan dalam hati kita ni, jadi 'Pilih la sifat sifat yg baik'. agar kita lebih matang dan cerdik. Cari jalan yg baik untuk mengekalkan hubungan sesama kita. Jangan la cuba nak menegakkan benang yg basah tadi...Tegakkan benda yg boleh menghiburkan hati!! ..kan lebih seronok tu. ( otak jgn kuning sgt!!)

Selamat hari raya sekali dan maaf zahir batin......see U guys later.


Semoga Gee dapat memaafkan saya di atas kesilapan kesilapan saya yg daif ini..

14 comments:

  1. Syaitan dan iblis sentiasa menyediakan vitamin hasutan untuk kita menemaninya di neraka yang pedih..terserah pada kita bagaimana untuk menidakkannya..ingat..mengapa kita perlu tunduk pada hasutannya sedangkan syaitan dan iblis juga tunduk pada Allah..kembali pada fitrah manusia yang suka pada kebaikkan..pandang kecantikkan..tapi tidak sesekali memandang rendah pada kekurangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yg baik jea..jgn pandang rendah juga hasutan iblis tu..Kita bukan maksum kann..

      Delete
  2. bayangkan perasaan org yg hidup dgn rasa dia tidak dimaafkan...sakitnya Allah je yang tahu...jadi selagi hidup salinglah memaafkan..bukan sekadar niat atau kata2 tetapi perbuatan...kasihan kalau ada diantara kita yang mati dengan rasa dirinya tidak dimaafkan saudaranya...kasihan...bukti kemaafan adalah apabila disusuli dengan perlakuan....islam itu sempurna...selebihnya saya setuju 200% dengan apa yg di sampaikan abil..perkongsian yang baik..terima kasih...

    ReplyDelete
  3. abang abil, ramai je manusia mcm tu. Kite buat baik beratus kali dilupakan camtu je disebabkan kite buat slh sekali. Nasib la sy x mcm tu (wah, angkat bakul sndiri nih! hihii).. sy cepat je marah tp cepat jgk memaafkan kalau benda tu tak berlarutan. Jgn jatuh dgn hasutan syaitan. Bersihkan hati cepat2 sebelum syaitan terus hasut & hasut...

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. Moga roh beliau dicucuri rahmat amiin

    ReplyDelete
  5. kacak betul butang baju melayu en DIM ;) samping pun cantik

    ReplyDelete
  6. kacak betul butang baju melayu en DIM ;) samping pun cantik

    ReplyDelete
  7. Namanya pun manusia DIM.... hati tgh panas , memasing tengah muda, salah yg sikit pun boleh jadi besar....eleh lelakilah yg selalunya ego....menci tau!huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau tak ego bukan lah lelaki namanya..atau di gelar Ayah.

      Delete
  8. "Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad" tambah lah lagi ayat selepasnya seperti selalu hehehe "Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad cinta hati hamba" jgn marah yee~ sbb sweet sgt panggilan tu disertakan dengan panggilan manja hihihi baca pun sedap je~

    ReplyDelete