Thursday, 28 August 2014

(PT 2) Pusat sampai lutut dah...aduhhhh.

Sambungan nyaa...sampai mana..ooo..ok 

Kadang2 I g window shoping, I perhatikan gadis2, wanita2, makcik2 dan ..dan..dan. Dia org ni dok belek belek kain yg di sarongkan kat patung tu, memang la nampak cantik coz patung tu BERSENAM !! Yg dok belek belk ni 3 kali ganda saiz dari patung tu!. Lepas puas belek punya belek, dia org pun beliiii,, dah jahit jadi baju baru dia org sedar yg patung tu pakai lebih cantik dan sexy dari dia org yg pakai!! hahaha hehehe hohoho..Dia org tak puas hati,  keesokkan harinya, dia org g belek belek lagi kain yg lain..yg di sarong dek patung jugak!!..Para suami, para kaum sejantina saya,,Sekarg lu org tahu la kenapa pasangan kita selalu komplain.." Abggg, syg dah takde baju lagi untuk di pakaiii.!!" walaupun almari dalam bilik kita tu 95% dek baju dia jea..hahahahahahaha..(kaki kencing gak dia org ni yea!!) Sebagai suami kita sabar jea la..

Bukan nak suruh U guys berbadan cm patung tu tadi..nak galakkan bersenam 3 kali seminggu. Wajibkan diri bersenam, cukup la U guys bagi berbagai alasan coz di belakang hari nanti U guys gak yg rugi. Cari jalan cmana nak mula atau nk g bersenam. Bila dah mula bersenam nanti U guys pasti nampak kesan2 luaran n dalaman U guys..Lama kelamaan pasangan U guys pun tersenyum manjang..Nakkan pasangan U guys terasa cemburu tak?? (cemburu yg baik)..U guys bersenam, nanti U guys akan nampak perubahan pasangan u all..Buat la dulu, baru faham apa yg I sampaikan ni..Ni belum buat, bertanyaaaa jea kerja dia!! BERSENAM jea dulu.

Cm I, dari umur 12 tahun sampai la 45 ni, I masih wajibkan diri bersenam gitu. Dalam senaman tu juga I amalkan aturan zikir2 gini..(zikir pelan2 jea suara tu) bila mula kita niat la senaman keran ALLAH. Then Fatihah sekali. zikir bermula dengan sebutan YA ALLAH ( angaran100 kali ) then Iqhtifar sberapa byk yg mampu, sambil beriqthifar, bayangkan segala penyakit, sihir org, sifat2 yg tidak baik kita ni gugur dari badan ikut peluh dan hembusan nafas..Sesiapa yg biasanya bila nak tido ada senggal sendi, InsyaALLAH akan hilang nanti senggal2 tu. then bila nak habis senaman, Selawat la seberapa byk yg mampu..Dah habis, sebelum balik doa la apa hajat di hati..InsyaALLAH...Baru la zahir n batin kita kuat!! Bagi I batin tu yg penting!! hahahaha heheheheh hohohohoho....Selain dari itu juga, kesan kesan ubat yg berlebihan dalam badan pun senang terbuang nanti ( g jamban nanti la). Baru la ubatan/suppliment yg kita ambil selepas tu cepat berkesan kemudiannya..Faham??

So, U guys, BERSENAM, BERSENAM dan BERSENAM..baik untuk fizikal, baik untuk mental dan baik untuk Malam Jumaat!!!!!!! hahahahahaha Sampai di sini DIM membebel, InsyaALLAH,, ada kederat tenaga batin..eh, eh silap, silap.. ada kederat sehat, I akan update lagi....bye bye..muahhhh.


Jangan kurus sgt yea dik.. 

dan jangan emmm..oh kakak kakak, jgn lupa bersenam.
(semua tu pembaca2 blog n Fb I n Gee)

Pusat sampai lutut dah!! aduhhh (PT 1)

Assalammualaikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Siti Esah....siapa ni u guys??


Ada masanya I dok lepak ngan sahabat2 lama, sahabat2 sekolah dulu. Seronok la sesekali borak2 kisah2 kita muda muda dulu, kisah2 nakal n kisah2 cinta cinta monyet dulu dulu..Masa sekolah/bujang dulu semuanya comel2 belaka, sexy sexy belaka...tu duluuuuuuu.....sekarang ni I tgk sesetengah sahabat ni naik takut pun ada!! ( ada kawan2 berat badan hampir mencecah 1 tan!! aduhhh..ngeriii!!) Sampai I tanya dia org, "Kau org ni bersenam tak?"

"Rasa hati tu nak bersenam tapi sibuk kerja." "Nak bersenam payah sikit coz jaga anak2 ni." "Rasa tu ada, hanya sampai waktu nak bersenam, malas la pulak." Sebahagian dari alasan dan jawapan dari dia org.

U guys jgn ambil mudah Bersenam ni, 3 kali seminggu, 20 minit sekali jadi lah. Terutama yg dah berkahwin, ada anak dan yg mula mencecah umur 30an ni. Nak nasihat lebih2 pasal bersenam ni, U guys lagi hebat hebat info nya. Persoalan sekarang, U guys BERSENAM tak?????! Org yg rajin bersenam ni kurang panas baran, org yg bersenam lebih baik cara pemikirannya, cepat matang. Badan tu InsyaALLAH la sehat. Dan org yg bersenam ni penyabar orgnya..kebiasaannya. Sebab, bersenam ni secara tak langsung ia membuang sifat sifat kurang baik tu melalui peluh dan hembusan nafas ketika sedang bersenam. Sebab tu juga selesai bersenam sahaja kita rasa badan ringan, rasa kurang tekanan hati/perasaan atau stress dan rasa letih selepas bersenam tu menyegarkan badan. Berbeza dgn berpeluh dari bekerja, ianya tak sama dgn bersenam. Bersenam ringan badan tapi berpeluh kerja, sakit2 badan, masa tu terasa di hati..:Klau dapat urut badan ni,,perghhh!"..Selalu I ingatkan kawan2, jgn samakan kerja rumah tu dgn bersenam coz ianya jauh berbeza.

Bersenam ni juga ANTARA usaha dlm menjauhkan penyakit, sekiranya dapat juga, kira puas hati gak la. Kita dah usaha tapi sakit. Berbanding dari tak bersenam, PEMALAS!! then jatuh sakit..emmm jgn mengeluh yea. Sendiri mau ingat! Tu yg i kata kat sahabat2 I tu, " Kau org kena bersenam, wajibkan diri tu. 
kau org nak makan apa makan la tapi senaman jgn tinggal." Cuba tgk badan masing2..tengok lah!!..Lemak tepi pinggang tu 2 gengam! tu,tu, perut tu..pusat dah hampir cecah lutut dah!! Lemak punggung tu dah boleh perah macam kain!!..lemak bawah lengan tu jgn cakap la,,boleh buat buaian anak!! Sexy ke cm tu??

Ko org takyah sebut la "Laki aku suka." "pasangan kita kena la terima seadanya." (kalau sebelum dah selepas kawen gitu boleh ckp "terima seadanya".) "Suami I tak kisahh.." Betul ke pasangan masing2 suka, tak kisah..terima seadanya?? Dan sekiranya lepas ni pasangan kita dok pandang punggung org lain, U guys jgn marah atau cemburu yea. Atau pasangan kita senyap2 buka laptop malam2 tgk model2 cantik..U guysss,, DONT TAKE THINGS FOR GRANTED!!!!! Fahami maksud layanan yg baik untuk pasangan kita tu betul2. Ada sebab Nabi s.a.w. galakkan bersenam, dan galakkan tu juga datangnya terus dari ALLAH s.w.t.

Ehh panjang dah menaip ni..I sambung kat entry lepas ni la..I sendiri pun malas nk baca taipan menjela jela..

..Bersambung...



Wednesday, 27 August 2014

DIM dtg nak meminangggg...

Assalammualikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba.

DIM sendiri yg masuk merisik!! kau mampu!? hahaha hehehe hohoho..

Tapi bukan untuk saya, untuk org lain lerr. Hajat keluarga sahabat minta saya jadi "juru risik" bagi pihak keluarga lelaki , last Sunday di Senawang Seremban. Wakil pompuan 4 org, saya sorang jea yg bercakap. 4 lawan 1.!! (simpanan semua cedera.)

Alhamdulillah semua berjalan sgt lancar dan mudah. Semoga bakal pengantin kekal dalam perancangan baik mereka nanti, InsyaALLAH.

Pesanan: bakal pengantin rajin2 zikir AL WADUD tiap hari. InsyaALLAH, nanti loving loving forever n ever ..


Tuesday, 19 August 2014

mencari pengedar..

Assalammualaikum U guys yg di hormati.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Muhamad.

Saya sedang mencari Pengedar Buku untuk memperluaskan lagi edaran buku saya n arwah Gee ni "WARKAH BUAT ISTERI". Sekiranya ada yg berminat boleh la berbincang/call En. Yazid di talian 012 6707974 (bagi pihak saya).

Buat sementara ni U guys boleh dapatkan buku Warkah Buat Isteri di kedai buku MPH, Popular dan Kedai buku 1 Msia. Sabah Serawak belum sampai lagi. Terus terang I katakan, ni di antara usaha I untuk mendapatkan doa/Al Fatihah yg berterusan untuk arwah Gee kesayangan saya selagi saya masih bernyawa ni,, selain dari I mencari rezeki juga.

So, saya di sini I mohon sokongan U guys yea....Tqqqq darling darling semua. n Tqq tuan tuan juga!!






Sunday, 17 August 2014

Kesilapan...kesilapan..

Assalammualikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhamad.


Pesanan untuk arwah Gee dulu "Dear, adakah saya selalu berlaku baik terhadap awak?" tanya saya.
"Baik." ringkas Gee.
Sekiranya satu hari nanti ada sedikit kesilapan yg saya buat, jangan lah awak menitik beratkan sangat kesilapan saya tu. Bandingkan lah dengan kebaikkan yg ada yea."..Terus arwah Gee ni tersenyum dan suruh saya baring di pangkuan dia "Baring sini, nak cari rambut gatal." katanya.

Kita ni kebiasaannya berbuat baik contohnya 10 kali, hanya suku kali jea (tak sampai 1 punn) buat kesilapan, namun org lain akan menitik beratkan yg 1 tu berbanding 10 tadi. Yang suku tu la org lain akan dok ingattt, dok persoalkan, kadang kadang makan setahun org lain persoalkan. Adakah cara gini tindakkan yg bijak? adakah cara gini boleh mendatangkan manfaat pada hati tu? Adakah cara dok menitik beratkan yg suku tu tadi boleh melapangkan perasaan??..Kalau boleh U guys teruskan lah.!

Kadang kadang yg kita perhatikan, itu lah ANTARA perkara yg membuatkan sesuatu hubungan itu jadi renggang, jadi malap pertalian kita. Walaupun sudah meminta maaf dan di maafkan tapi bila berlaku kesilapan baru kesilapan lama yg kita dah maafkan tu di tindihkan semula!! Kesilapan yg kecil itu tadi dah jadi BESAR! sebab kita tindihkan kesilapan kesilapan lepas, yg pihak buat silap tadi pun mula lah mengunkit kesilapan kita pulak...jadinya, tiada org yg nak mengalah. Masing masing nak menegakkan kesilapan masing2.Menegakkan benang yg basah bak kata pepatah..Kesilapan tak boleh menang atau tegak dea! Bertambah bodohnya pulak, kita buat kesilapan yg baru atas alasan " dia boleh buat, aku pun boleh buat gak.!"...Sampai lah one fine day masing masing menyesalllll....menyesal yg sudah terlambat kebiasaannya..Baru la kita sedar yg kita ni sudah tersilap buat keputusan, baru la sedar bahawa kesilapan kita tidak mendatangkan kebaikkan langsung, sampai kesudah hati kita "murung" dek kesilapan kesilapan tadi..

Pesan I, Semua sifat ALLAH dah sediakan dalam hati kita ni, jadi 'Pilih la sifat sifat yg baik'. agar kita lebih matang dan cerdik. Cari jalan yg baik untuk mengekalkan hubungan sesama kita. Jangan la cuba nak menegakkan benang yg basah tadi...Tegakkan benda yg boleh menghiburkan hati!! ..kan lebih seronok tu. ( otak jgn kuning sgt!!)

Selamat hari raya sekali dan maaf zahir batin......see U guys later.


Semoga Gee dapat memaafkan saya di atas kesilapan kesilapan saya yg daif ini..

Thursday, 14 August 2014

Merajuk dah!


Assalamualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah bt Muhamad..

Hari ni, saya boleh pulak rasa merajuk ngan Gee.!! Kawan baik call kata dia mimpi Gee, "cantikkkkkkk sangat Gee" katanya. Adik beradik saya pun dapat mimpi Gee sebelum ni..
Adik ipar saya pun dapat mimpi."Kak Gee cantik, dia bawa sedulang buah buahan sambil tersenyum" 

Yang saya ni tak dapat pun mimpi semenjak Gee 'pergi'. Semasa dia sakit dulu dapat la mimpi dia..sekarang lum pernah, org lain dapat gak mimpi Gee...

"Dear, saya merajuk dah ni!!"..(Moga ALLAH pertemukan, InsyALLAH)

Thursday, 7 August 2014

RENEW...

Assalammualaikum U guys...Salam Syawal.
Assalammualaiki Ya Fauziah..my Darling maling!


Ni nak citer sikit, citer dulu dulu ngan arwah Gee...

Sebelum kawen dulu I ada ckp ngan Gee.."Dear, bila kita dah kawen, awak jangan risau pasal gaduh2, salah faham, tak puas hati dah perkara2 yg sewaktu dengannya tau, sebab ianya PASTI berlaku (IsyALLAH)."

"Habis tu cmana??". Gee tanya dengan suara yg I masih rindukan tu...aduhhhhh,,Dearrrr ku sayanggg..(iklan, iklan. hehehe)..
"Ya Umairah,,bila berlaku nanti, awak ingat kata2 saya tu dan kita kena hadap dengan bijak, cuba kawal marah dan cari penyelesaiannya dengan SABAR.".. " Sekiranya saya tgh marah, awak diam jea dulu, jangan melawan cakap, berikan saya masa nak redakan kemarahan saya dulu, takut takut kemarahan saya nanti akan melampaui batasnya!!" sambung I pada Gee dulu..Kebiasaannya Lelaki ni marah tak lama..

TUHAN nak kita (Suami Isteri) belajar menyelesaikan masalah dan TUHAN nak berikan TAMBAHAN Cinta / RENEW (cm roadtax) Cinta kita la tuu.. Tambahan dan renew Cinta agar kita sentiasa merasakan kasih yg seronok tiap masa dengan pasangan kita..jua dengan keluarga dan org sekeliling..supaya hidup kita kat dunia ni tak la selalu rasa BORINGGGG memanjang..!! 

Para Isteri ni,, bila dah tengok suami kita tu dah reda kemarahan dia, U guys cuba hias diri sikit biar nampak sexy depan suami tu (Tips ni.) sambil tu buatkan air minum dia yg dah di zikirkan dengan "AL WADUD" dan masa tu tanya akan permasalah yg berlaku,,(hanya u guys kena jaga sikit Bebelan tu!!)..Cuba buat, tengok hasilnya nanti...(Tu yg buat I rindu nak bergaduh ngan Gee dulu!)..

Ini I tgk, bila bergaduh dia bercakap, bini pun bercakap waktu yg sama,,entah apa intipati cakap2 tu tak tau!!.Suara Suami mula keras, suara Isteri mula lantang cm langsuir!. Isteri tanya, Suami cuba menjawab, belum habis lagi suami ckp Isteri potong cakap Suami dan tanya soalan lagi dari jawapan separuh suami tu tadi. Suami mula hati panas, Isteri masih tak puas hati dgn jawapan Suami yg belum sempat kawan tu jawab habis..Dan akhirnya dalam bab ni, si Suami pun mengHadiahkan pelempang yang jarang jarang sekali si Isteri dapat rasakan kepedihannya!!..Sekiranya si Isteri membebel lagi, si Suami berikan lagi "hadiah" lain pulak yg merupakan side kick and back kick!!..Baru la senyap suasana....sementara jea .........Suka gaduh gini ke??!
Tu pasal kita di ajar cara yg betul, cara yg terbaik..SABAR, BIJAK menangani, Jaga Mulut, BERFIKIR dengan baik mendapatkan penyelesaian...OOOOOOO takkkk, malas nak ikut cara tu (Bukan U guys la, org lain!)..Nak ikut cara tadi, nak ikut nafsu sebab nak menang!! sebab nak puaskan hati,, konon! tu cara Bodoh namanya..!! Dah besar panjang dah (usia tu la!!!), akal tu dah matang, jangan la hadap masalah rumahtangga yg PASTI berlaku (InsyALLAH) tu mengikutkan nafsu. Cari la jalan yg sebaik mungkin. Nak nasihat lebih2, U guys lebih arif, lebih bijak, so lakukan jea dengan kebijaksaan yg ada tu..

Ehhh, penat dah menaip ni, sampai sini jea dulu citer untuk hari ni, esok esok kalau I terasa nak citer lagi, I taip..ok..Jumpa lagi di masa yg lain. Bye bye anddd.........french kiss sikit!! hahahaha hehehehe hohohoho......


Tinggi dah daun tu, elok subur jea..Al Fatihah..