Monday, 9 June 2014

Cap Boleh Pakai.!!

Assalammualaikum U guyss.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Dear, miss you.


"Bertaubat, bertaubat dan bertaubat.." "Itu la usaha wajib bagi kita, berusaha memohon jauhkan dari balasan yg sepatutnya kita tahu dah. Berusaha tanpa henti, sentiasa bertaubat moga Tuhan ampunkan, Tuhan tak murka dan semoga Rahmat ALLAH tak putus untuk kita atas kesalahan, kesilapan dan ketelanjuran kita." Gitu la jawapan dari soalan beberapa org dan juga peringatan buat I ni.

"En Abil,..saya dulu terlanjur sebelum berkahwin" "Abg Abil saya dah kawen tapi dulu saya terlanjur ngan org lain.!" "DIM, minta pandangan sikit, saya ni bla bla bla bla....." pun sama gak isi ceritanya. TERLANJUR!! .. Agak sensitif subjek kali ni. I minta u guys jgn la marah atau rasa I ni nak mengata. Sama sekali tidak. I just nak berikan pendapat peribadi I sahaja. Kita semua ni tak lepas dari dosa n kelalaian. Sekiranya ada silapnya pandangan/perkataan I, mohon sejuta kemaafan yea.

Bagi mereka2 yg dah berbuat DOSA sedemikian, ubatnya adalah TAUBAT yang harus di buat sentiasa. Dan di kemudian hari di dunia ini, pada waktu yg sesuai, sekira turunnya balasan maka bersabar lah dan lalui lah ia dengan keinsafan.Kerana balasan tu untuk kita fahami bahawa ALLAH itu Maha Adil. InsyALLAH balasan kat dunia ni juga mungkin untuk kita terlepas dari balasan "disana", balasan yg kekal!! ALLAH HU AKHBAR.!!

Bagi mereka yg berbuat cm tu sebelum berkahwin, dan kemudian kahwin pulak ngan org lain, tak perlu la kita menceritakan kesilapan kita tu sebab ianya boleh mendatangkan kemudaratan. (Dalam hukum pun gitu kaedahnya). Bagi yang sedia menerima kesilapan pasangan kita gitu, terima lah dia dengan redha dan ikhlas. Kemudian bentuk la pasangan kita tu pada arah yg sebaiknya, Ajarkan dia cara2 bermohon ampun dari Tuhan. Jangan lah kita menjadikan kesilapan dia sebagai 'senjata' untuk merendah2kan/menghina si dia/pasangan kita tu. Sekiranya kita dah terima maka terima lah sepenuh ikhlas yeaa..

Ini kadang2 I terima/dengar, mula2 tu terima pasangan kita gitu, tapi bila dah lama kita ungkit2 kisah silap dia. Kita tanya dan tanya kisah2 kesilapannya..TAK BOLEH bertanyakan hal sebegitu, dan pasangan kita tidak wajib menjawab soalan gitu. Mengapa setelah sekian lama tiba2 nak bertanya gitu, nak cari pasal tiba2 gitu.? Adakah anda sedang mencari alasan bagi menutup salah yg sedang anda lakukan sekarang ke?? Adakan anda mencari sebab untuk berbuat salah di belakang pasangan anda?? Atau anda rasa anda tak pernah buat dosa walaupun bukan dosa yg sama?? Mungkin dosa yg anda buat tu lebih besar dosanya dari pasangan anda tu tadi.!! Benda dah berlaku, jauhkan! lupakan! Focus, focus pada arah kebaikkan berdua.! Tu caranya yg betul, tu caranya yg ALLAh ajar. Mengungkit silap org, membangkitkan malu org, siapa yg ajar tu? Rasa betul gitu, rasa puas hati menyakiti hati org yg bertaubat dengan silapnya dahulu!!??. Al Quran ajar cara baik, kita pulak pandai pandai ikut cara kita!! Bahalol ke apa!! Jangan gituuu, bimbing la dia. Bentuk la dia pada kehendak hati kita yg baik. Berikan dia kekuatan. Sama sama mengaji Quran tiap hari, InsyALLAH, Tuhan akan lontarkan "the pure love" untuk both of you. Usaha tiap hari mengukuhkan perhubungan ceria both of u. InsyALLAH.

Untuk yg berbuat dosa gitu dulu, nampak tak kesannya suatu hari nanti. (seperti berlakunya di atas). Jangan mengeluh, tu la dia balasan yg ringan. Balasan yg perlu dihadapi (SEKIRAnya berlaku), sabar, cari penyelesaian yg baik. Dah buat silap, pasti la ada balasnya, (sapa suruh buat salah.!) Sebab tu la mula2 tadi I kata "Bertaubat, bertaubat dan bertaubat." InsyALLAH Tuhan bantu nanti sekiranya turunnya balasanNYA. 

Ingat!! jangan kita letakkan diri kita di mata org bahawa kita kita murahan, boleh "pakai" kalau nak "pakai". Lepas "pakai" boleh buang tepi longkang!! Jangan sampai bila kita jumpa org, org pun gelak gelakkan kita. "Alaa, dia ni ok jea kalau bawak sana sini, ok jea kalau nak main!." Nak ke org tengok dan nilai kita gitu?? Suka ke?? Itu ke nilai yg kita nak letak atas kepala kita ni?? Itukah "Brand" kita?? Brand  Boleh Pakai cap ayam.!! Nak gitu?!

So, jangan la kita berbuat gitu. Mana yg sedang hidup gitu, BERHENTI.!! Ingat kata I ni..BalasanNYA akan kita terima pada waktu kita masih lalai dan di waktu yg sesuai..!! Jangan cabar balasanNYA. Dan rajin rajin lah solat Taubat dari masa ke semasa...InsyALLAH. Allah tu Maha Pengampun. Mintak ampun, Tuhan akan ampunkan kita, InsyALLAH.

I juga mohon maaf pada u guys semua sekiranya ada terkasar bahasa atau terkasar pandangan I. Maafkan I. Hanya sekadar menegur dan juga teguran buat diri I yg daif ini. Walau apa pun sayangi lah diri kita dan pasangan masing masing. Sehingga berjumpa lagi.....I LOVE U GUYSS....tapi I love GEE MORE!! hahahahahahahahahahahahaha hehehehe dan hohohoho.



Antara Penceramah paling Hen..sem. !! hahahahaha





24 comments:

  1. Penceramah hen...sem bila bersuara memang terbaik...
    semoga kita semua senantiasa diberikan kesedaran dan hidayah dari Allah.

    ReplyDelete
  2. fitrah wanita dikata penggoda...lelaki di kata memperdaya...insyallah selagi menjaga batasan keinginan dunia selagi tu harga diri terjaga..semoga allah melindunggi kita semua dari godaan neraka...barakallah

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas nasihat .DIM..semoga Allah swt menerima taubat kita semua. Aminnn

    ReplyDelete
  4. Pintu taubat itu sentiasa terbuka luas untuk kita..asalkan hati bersedia untuk kearah itu..doa moga Allah sentiasa lembutkan hati kita agar ingin sentiasa bertaubat..

    ReplyDelete
  5. makin heybat lalink ai skang ni ^_^ Alhamdullilah...

    ReplyDelete
  6. sharing yg bagus..mudah2an ramai yg sedar..amin
    Taubat,taubat dan taubat

    ReplyDelete
  7. taubat, selagi masih ada nyawa. kan abang abil...moga kak fauziah ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  8. waaaa.... hebat posting kali nih... mohon pendapatan kanda... hehehe... tentang manusia yg suke mnyibuk kan hal org lain dan suka menghbahkan keaiban org lain pada org kampung.... mohon pencerahan di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo..org gitu kita tak usah ambil 'pot' langsung. Hanya org kurang akal jea melayan org gitu..Tiada apa2 manfaat bercampur gaul org gitu. Doakan moga dia berubah baik.

      Delete
  9. Owhhh... Mcm tu... USEDLESS la ye... Hmm... Lpas ni kne buat donno je la dgn mereka2 ni... X mendatangkan faedah... Mudah2an MEREKA2 ni sedarkan dri.. Dan dinda pon mudh2an tidak terjebak mcm mereka2 tu...

    ReplyDelete
  10. napa saya nak gi direct ke abil4fauziah.blogspot.com x boleh ya en. abil?

    ReplyDelete
  11. Dah khatam 2x time sek dlu.tp tu lah lepas khatam jarang nak ngadap alquran sbb makin kita dewasa makin sbuk dengan tugas2.huhu semoga bulan yg baik ni kita sama2 dapat tumpukan pada ibadah kita kn

    ReplyDelete