Tuesday, 3 December 2013

Luahkan...

Assalammualaikum U guys..
Assalammualaika Ya Fauziah, isteri kesayangan saya..


Sekali lagi lewat I update blog ni, biasa ler, agak sibuk sikit. Nak bercuti pun tak tau bila agaknya I ni. Keluarga I semua dah g bercuti sekarang ni so tinggal la I sorang2 kat sini, sepatutnya join sekali tetapi di sebabkan kerja yg belum selesai kena la I tangguhkan...aduhhhh..

Kalau u guys tengok blog ni tak update, u guys boleh ke FB 'dana sinar fauziah'. Sana pun adakalanya I update tapi I tak link kan kat blog ni. Kira update gak tu..Last week I di Penang membantu ex group I jalankan 'workshop' Preparing for retirement programme selama 3 hari untuk staff Petronas. Peserta ni datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan bersama pasangan masing2..Ada 9 modul berkaitan simpanan, pelaburan, insurance, hibah, wasiat dan farait...juga kerohanian. Dalam sama yg sama gak I selitkan isu perhubungan suami isteri lepas bersara nanti..part ni memang keluar airmata dia org, samada sedih atau pun geli hati..jadi meriah kelas!!

Amacam, Hen..sem??

Nak sentuh sikit (ulangkaji bersama) pasal suami isteri ni. Bak kata I sebelum sebelum ni. Eratkan perhubungan tu, mesrakan perjalanan hubungan tu, manja manjakan bersama pasangan kita ni. Jangan simpan apa2 dalam hati, luahkan pada pasangan kita tu. Suami kita kan, isteri kita kan, apa nak malu dan tak perlu simpan apa2..luahkan! (kalau perkara yg boleh mendatangkan kemudaratan, boleh la kita diamkan.)..Ini selalu I dengar, terutamanya dari para isteri kita, lebih suka memendam rasa!.. arghhhh tuiii!!! Memendam rasa konon!! ( Nak buat apa simpan? nak buat sambal tumis!!?).Jadi suami tu apa gunanya..?? Luahkan pada suami tu apa yg u guys rasa kurang senang atau ada masalah. Jangan la kau simpan dalam hati tu, tak selesai la masalah atau kekurangan tu. aduhhhh..Memang la betul ada segelintir suami bila u all sedang luahkan perasaan, suami pulak cm takde perasaan nak mendengar. Ego suami cm tu la gayanya. TETAPI suami tu sebenarnya mendengar n mengambil berat perkara yg isterinya sampaikan, percaya la.( I lelaki, I tau la.) Dalam diam suami akan mencuba menyelesaikan. Hanya luahkan sahaja pada suami atau suami juga luahkan pada isteri. Tak mau simpan simpan lagi lepas ni, tau!!

Nak cerita kesan memendam rasa ni, tak perlu kut. U guys masing2 dah besar, akal dah matang dah. Dan u guys tau kan, memedam rasa ni tak elok, jadi kenapa buat?!! Yang si suami ni pulak..dengar ni. Pompuan (Isteri kita la! bukan yg simpanan!!)..Isteri bila dia bercakap ngan kita, dia org suka sekiranya suami bukan setakat mendengar dengan muka yg serius aje, dia org suka sgt bila mata si suami tu memandang mata isteri.(kalau bawa keta pandang depan!) Dan sedang dalam luahan isteri tu, bertanya padanya hal tersebut. Nampakkan kita memang benar2 nak mendengar. Isteri yg punya suami "A good listener" dia takkan memendam rasa atau perkara yg di sorokkan dari suami!..Suami, jadi la "suami yg mendengar". Itu juga adalah salah satu tanggungjawab kita buat isteri. Listen listen listen..!! Sebenarnya juga, isteri2 kita ni bukan la nak membebankan kita untuk menyelesaikan masalahnya tu, isteri ni hanya ingin meluahkan rasa hati, itu jea. Sedangkan dia org sendiri mampu selesaikan apa yg terpendam. BUT they just WANT U TO LISTEN. That all. Seperti biasa, habis jea isteri tu membebel,,peluk la dia..kan senang tu. Tersentuh hati isteri, lapang hati isteri tu kann..Jadi kukuh la benteng perhubungan kita tuu..emmm.

Pada yg nak kawen tu, pilih la pasangan yg punya ciri "Mendengar". Jangan pilih atas dasar cinta semata mata tau! Tengok kan solat dia, mengaji dia, hukum fekah dia, juga matang fikirannya..ada asas yg sebegitu, baru la ajak kawen..Ni nasihat jea dari I,,bukan I nak mengajar..nasihattt...

eh, ok la..nak mengemas rumah sekejap then nak ke kubur Isteri kesayangan I tu..( Oh my darling, I'm coming Dear..hehehehehe..) Petang nanti ke KL semula. Dan ada lagi nak update nanti..see u guys later then..bye bye..


43 comments:

  1. perkongsian yang bagus..Tapi kalau suami tu susah nak dengar luahan hati isteri,kalau diluahkan,suami yang melenting dan jadi pergaduhan macam mana sedangkan memang perlu diluahkan dan dibincang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya lelaki gitu, masa yg sesuai dan tempat yg sesuai menjadi aspek penting..juga nada isteri pun penting..

      Delete
    2. kalau suami tu sentiasa angin satu badan,cakap elok-elok pun melenting n menengking isteri,macam mana tu?

      Delete
    3. Takkan la teruk sampai gitu kut suami tu..Yang isterinya pun sepatutnya lebih faham suami kan..

      Delete
    4. mmg ada jgk kan tahap teruk mcm tu..kalau suami tu termalu sendiri pun,marah pada isteri sampai hampir nk tendang terajang.
      isteri mmg faham sbb tu hnya memendam di hati..xnak hbgn jadi keruh disebabkan perangai suami yg mcm tu

      Delete
    5. terus memendam meski hati terus terguris

      Delete
    6. Sekiranya gitu, tu yg saya katakan tadi..sekiranya boleh mendatangkan kemudaratan, diam jea la..Doa pada Tuhan. Yakin pada Tuhan..InsyAllah.

      Delete
    7. Dan lagi satu..Kita kalau mempunyai tahap keyakinan yg tinggi pada ALLAH..maka hati kita takkan terguris walaupun sedikit kerana ALLAH sentiasa menemani kita..Allah sentiasa menjadi penghibur hati kita..

      Delete
    8. Abil Thanks kerna berkongsi pengalaman di kala duka..memang sedih dgr kisah Abil. Tapi yg lucu sangat2 kisah G STRING.. hehehe...

      Saya ialah salah seorang isteri perserta program retirement that day...

      Delete
    9. oo Pn Raytini..hahaha seronok dapat menyertai Program u guys di Penang tu..InsyAllah kita bertemu lagi nanti..

      Delete
  2. Ramai isteri yang memendam rasa sebab alasan2 seperti yang Nabilah Hasan tuliskan. Kalau semua isteri meluahkan tetapi suaminya tak dapat terima, melenting, mendera... lebih baik mereka pendamkan dan terus berdoa agar suami mereka akan berubah menjadi seorang suami yang soleh suatu hari nanti.
    Situasi ini ada di mana2. Wanita profesional atau tidak, wanita Islam mahupun bangsa lain. Sepanjang saya membesar, saya dah dengar berbagai2 ragam suami yang isteri pendamkan. On the other way round, ada juga suami yang memendam rasa pada isteri yang tak sempurna. Semua ada bahagian dan tanggungjawab masing2. Pasangan yang sempurna ini lah diamanahkan untuk melengkapi pasangannya.

    Nak melayan seorang suami, semua isteri ada tips dan caranya. Nak tarik rambut dari tepung, rambut tak nak putus, tepung jangan berselerak. Bersyukurlah isteri2 yang ada suami yang soleh. Bersyukurlah suami2 yang ada isteri solehah. Namun, tak semestinya hari ini isteri berendam air mata, tak ada sinar mentari untuk dia di akhir jalan. Allah Maha Mengasihi. Allah Maha Adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa betul kata kata Aziela ni..Cari la jalan dan cara yg sesuai untuk luahan ni..Ingat, perkahwinan tu panjang usianya..

      Delete
    2. setuju dengan pendapat aziela. ^__^

      Delete
    3. Yeah...cik pon setuju dengan aziela..

      Delete
    4. lagi sorg setuju... 101%....

      Delete
  3. perkongsian yang sgt baik dr abg abil...tp kan abg abil mcm mana kalau suami yg betul2 x suka nak dengar luahan hati isteri? abg abil ckp suami ada ego. nmpk mcm x amik berat tp sebaliknya...macam mana abg abil kalau suami betul2 x amik tahu sehingga isteri terpaksa selesaikan sendiri setelah berkali2 isteri luahkan perkara tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm..cuba teliti semula, ada tak masa yg kita luah tu sesuai atau tempatnya..kalau semuanya ok dan suami ego cm tu gak lagi..sabar la dan jgn putus asa..nanti nak update kaedah suami yg ego cm ni..tunggu..

      Delete
  4. listen... listen... listen... listen.. listen... (abeslaaaa)

    ReplyDelete
  5. kadang2 je sy pendam rasa...tp jarang sgt la nk pendam2 ni.lebih suka luahkan pastu rasa lega,suami pun suka dan kasih syg lebih berganda2 jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan elok gitu..kalau semua pasangan ikut contoh inazamri kan bagus..

      Delete
  6. ha btul tu...sya jenis suka luahkan...so far alhamdulillah.. Suami pun paham. Sbbtu dlm rumahtangga nie komunikasi tu penting kan DIM hihihi...

    ReplyDelete
  7. Pengisian yg bagus..senyum jer sambil bc... walaupun sy berstatus single tp andai ditakdir Allah swt sy beroleh psngan satu hari nnt..wajib akan dimanfaatkan...sebaliknya klu terusan single, boleh jd penasihat pd yg lain.... :)

    ReplyDelete
  8. alahai mr DIM nih... busy bebenau.... baru dpt bce entry.... huhuhuh...dinda pon xdpt nak update blog... bru lpas acdnt... jri ni xtau pth or terseliuh... entry kanda kali ni nk bagi en suami bace... nk printkan utk die.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xcdnt kt rumah... jtuh bilik mandi mase cuci lntai... lntai licin.... jari terkepit pintu.... xtau la pth ke... terseliuh ke... sakit sgt.... mkn pon pkai sudu je...

      Delete
    2. Aduhhh dinda oiiii..g hospital check!! jgn degil..!

      Delete
    3. baik boss... balik ni ajak en suami p x-ray.... mudh2an xde pape la...

      Delete
  9. Adakalanya isteri tak mahu keruhkan keadaan atau malas bergaduh panjang. Maka diam adalah sebaik-baiknya. Lagipun, lebih baik diam jika tiada perkara baik untuk disampaikan. Hehehe.. Dalam diam itu ada hikmahnya -- bagi yang mahu memikirkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya selesa berdiam diri then should be ok..

      Delete
  10. tq berkongsi ilmu & tips yer !

    ReplyDelete
  11. Suami yang tak mau pandang ke mata isteri apabila bercakap dengan isteri atau apabila mendengar isteri bercakap. Camana tu? Adakah dia sedang berbohong? Atau sedang menyembunyikan sesuatu? Atau benci? Atau low self esteem? Atau takut pada isteri? Atau... pemalu? hehe...

    ReplyDelete
  12. hemmm rindunya nak baca n3 (ini luahan ni) ... n3 luahan kan?? hikhik ...Apabila suami isteri meletakkan Mujahadah cintanya kerana Allah.. insyallah bahagia..hemmm romentiknya...cinta saya sekarang sedang bertasbih kepada Allah...agar getarannya terasa walau tanpa bicara...chewahhhh - Miss Luah hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan setiap cinta kerana Allah pasti di uji mutunya..

      Delete
    2. masyaallah hebatnya jawapan... maka khanah kesabaran adalah peneman ujian & mendahulukan cintaNYA adalah penawar - Miss Sabar

      Delete
  13. ada isteri yang malu.. ada suami yang malu.. kalau salah sorang malu susahla.. apalagi kalau dua2 malu.. luahkan.. jangan pendam. Suami isteri kena bersahabat, jadi kawan yang baik barulah tiada pendam memendam atau rahis berrrrahsia..

    ReplyDelete