Friday, 22 June 2012

22nd June..

Assalamualaikum dear..


22 Jun.....Tarikh yang mungkin payah I nak lupakan. Tarikh serangan asma u yg kritikal. Tarikh I kehilangan belaian kasih seorang isteri. 22 jun bermulanya tarikh I mengharapkan u sembuh sepenuhnya. Bermulanya tarikh I menjaga u sepenuh masa. Tarikh yang menduga hati seorang suami....


Today genap setahun u terlantar sakit akibat brain damage. Dah setahun dear u bersama I dengan keadaan begini. Dalam setahun ni I menjaga u dengan penuh kasih sayang, kesabaran berusaha to bring u back.. U masih terlantar lagi. Sometimes I terfikir, berjaya tak nanti segala usaha I?. Adakah u berpuas hati dengan penjagaan I? Cukup ke curahan kasih suami ni pada isterinya? Allah beri ke kelulusan dugaan Nya pada kita? Semua jawapan tu I sendiri tak boleh jawap hanya Allah saja yang tau dear..


Selepas subuh n beri ur susu, I dok sebelah u memerhatikan wajah isteri saya ni yg sedang tidur. Memerhatikan seorang insan yang di pilih untuk menjadi isteri kesayangan saya. Setiap kali bila I perhatikan u dengan perasaan kasih yg teramat sangat pasti airmata menitis. Pada I, itu airmata kerinduan. Betapa rindunya saya pada awak ni. Kasih dan rindu ni makin menebal setiap hari walaupun keadaan n rupa paras u sudah jauh berbeza di bandingkan waktu u sihat dahulu. Pada I perubahan tu tidak dapat mengubah pangkat u sebagai isteri I. Selagi u masih di sisi I dan selagi u masih isteri I, selagi itu la I akan teruskan tanggungjawab I sebagai suami..Nothing can change that...InsyAllah....Hanya I nak memberitau u betapa I sayang n betapa I rindukan belaian u sebagai isteri I.. Ye la dear, baru 2 tahun kita dok syok jadi suami isteri, u pun sakit terlantar dah. Rasa belum puas n tak kan lupus kepuasan tu bila bersama u. Kadang kala hiba rasa di hati tenguk u yang masih terlantar dan tak tau apa pun yg berlaku. U kehilangan nikmat dunia. Seekor nyamuk yg menghisap darah u, pun u tak mampu menghalaunya..cmana tak sedih rasa hati I ni. Tapi nyamuk u tak kan terlepas dari I la, jangan kata nyamuk sekor tu jea, keluarga, sedara mara, sahabat handai nyamuk tu pun tak kan terlepas dari I!! Sapa suruh ganggu isteri saya, berani dia isap darah isteri saya aa!


Dear, walaupun sudah setahun usaha I belum berjaya lagi, jangan u marah I yea dan bersabar dear, InsyAllah Tuhan tu lebih mengetahui perancangan Nya. Dan I tak kan tinggalkan u keseorangan n akan terus berusaha dan tetap menyayangi u setiap masa. My love will be with u always..always.



63 comments:

  1. Replies
    1. InsyAllah Bui, sy akan tetap tabahkan hati ni.

      Delete
  2. Mengalir airmata kakcik baca catatan ini.

    Doa kakcik semoga Allah mengurniakan kalian limpah kasihnya dan dengan itu kalian sama sekali tidak merasa tersisih. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik tgk la Gee ni, sy dah siap2 nak mandikan dia,,dia tidooo semula..Rasa nak cekik pun ada ni..hahahaha

      Delete
    2. Heppppppp!!!!! U cekik dia....kitorang ramai2 cekik u pulak!!!!

      Delete
    3. Alamak Gee ada ramai bodyguard rupanya..hehehehe tak la mana ada nak cekik2 hehehe sayanggg Gee sayangg Choc Eyes the bodyguard..hehehehe

      Delete
    4. Tau takottttt........Jaga Gee sebaik menjaga nyawa mu Abil....she's your soul!!.....Cekik dia Kitorang tumbok u laju2

      Delete
  3. uhuk2.. nanak nangis laa bila baca entry nie.. sabar laa abg abil.... inyallah Suatu hari Allah pasti akan makbulkan doa abg... inyallah kami sume akan terus doakan kak gee cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la nangis Siti, biar abg jea yg nangis..uhuk2 ( cm tu ke bunyi nangis? )

      Delete
  4. smoga tabah...sy jadikan ketabahan saudara sebagai panduan sy hidup berumah tangga...smoga sy juga tabah dalam hidup ini. Pasti ada hikmah disebalik smua ini...doa sy slalu bersama saudara.

    ReplyDelete
  5. kagum dengan pengorbanan yang x berbelah bahagi terhadap seorang isteri, kasih sayang seperti ini sukar untuk kita jumpa,,,semoga saudara terus tabah, Allah sentiasa kasihkan umatnya...saya pun mendoakan agar suami saya akan jadi setabah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun seperti suami2 yg lain. Hanya pengorbanan itu sahaja yg berbeza2 mengikut keadaan masing2..Suami u all semuanya hebat2 belaka.

      Delete
  6. akak pun baca kisah ni beberapa kali dan setiap kali baca, akak berasa bangga dan tertanya2 ada lagi manusia semulia ini di dunia ni, semoga saudara terus tabah dan cekal menghadapi dugaan dan ikhlas, sukar nak mencari walau sebutir 'permata' seperti saudara,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Hu Akhbar..!! Doakan kan kami di sini yea aimaniman.

      Delete
  7. knorsewangicempaka22 June 2012 at 22:33

    abel yg hensem n gee yg cantik...kami doakan kalian sejahtera..cepat sembuh gee..wahua syifaa u lima fissuduur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam knorsewangicempaka yg baik hati, tq doakan kami di sini yea.Teruskan ngan warkah sy ni yea.

      Delete
  8. TQ sudi singgah blog saya ABIL...berdoa la selalu dan bersangka baik pada Allah bila kita berdoa. Saya harap Abil dapatkan sebeberapa banyak air zam zam dan sapukan pada seluruh badan isteri apabila hendak lap sambil berdoa. Dan suapkan kan jugak dia air zam zam. InsyaAllah akan sembuh dia nanti. Percayalah. Saya telah nampak dengan mata saya sendiri kebenaran dan kekuatan pada air zam zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Papa-Ntiq, Actualy sy masih menggunakan air zam zam sehingga hari ni. Insyallah, ada keizinan Tuhan, pulih la isteri saya ni.

      Delete
  9. Assalamulaikum..

    Saya doakan agar isteri kamu sembuh seperti sedikala..Jangan putus asa..jgn berhenti mengharap..Tiada apa yang mustahil dengan izinNya..Moga kamu sabar dan terus tabah hadapi ujian dariNya yang maha hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Dhaniya. Tq for t doa and ur support. Kami hargainya, terima kasih yea.

      Delete
  10. teringat lagu Antara 2 cinta - The zikr.

    muga dia bahagia di sana...

    ReplyDelete
  11. Saya ada tempat untuk ikhtiar jika nak. Tempatnya dia gombak. Urut refleks. Jika ingin mencuba, saya boleh tolong tanyakan pakcik tu. Mana tau dengan ururt refleks brain akan boleh berfungsi semula.

    ReplyDelete
  12. salam en abil,

    saya percaya memang dah banyak ikhtiar en abil buat, percayalah bila membaca kepayahan kerungsingan en abil ramai yg boleh faham dan org macam saya turut merasa bagaimana hendak pulihkan gee cepat ni. bermula dgn doa di depan multazam. ada yg saya nampak doa yg segera Allah makbulkan, Alhamdulillah, tapi lepas balik umrah, terbaca pula entry en abil, progress gee tak cukup bagus... maybe saya salah doa. saya doa pulihkan...tak specific sedarkan dia dari vegetative state dia :yaAllah dan pulihkan seprti sediakala sekiranya itu yang baik utk dirinya, suaminya dan keuarganya. so saya rasa bagus juga cadangan urut dan sapu atau minum air zam zam. cuma saya rasa en abil maybe dah pernah try? kalau tak kena update kami yang turut bersemangat nak cari idea tolong ni...

    saya ada jumpa beberapa article tapi jenuh saya cuba paste dari pagi kat ipad ni tak boleh pula. mungkin en abil boleh berjumpa dgn neurologist di malaysia saya dengar tak silap pantai ada satu bagus. utk tanya pendapat dia pasal sleeping ambien yang boleh wake up vegetative patient. maybe dia boleh huraikan lagi.

    saya terbaca jjuga pasal flu pill tapi yg banyak ambien.

    cuba google sam goddard , my daughter woke up after given ambien, dan so on. mungkin en abil dah tahu pun agaknya. cuma tough baca blog ni and not try to chip in something esp bila baca rsa bersalah, rasa nak give up, frustrated etc. semua tu normal utk care taker patient macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, encik anonymous. boleh saya tanye lebih lanjut pasal sleeping ambien @ zolpidem? tanpa preskripsi doktor bleh beli di farmasi ke? saye mmg penah baca patient dlm keadaan vege sedar dlm masa 5 minit lepas parents dia bg zolpidem di barat.. (adianne_4@yahoo.com.my)

      Delete
    2. Salam aidaina..berkaitan ubat tu lebih baik dapatkan pandangan doctor dahulu..Di barat mungkin agak berbeza keadaan patient walaupun penyakit yg sama, antara factor yg membezakan, 1. cara pemakanan harian mereka 2. cuaca. Jadi dos ubat yg di ambil dan keserasian penerimaan badan apabila ubat di ambil mungkin tidak sama so sebaiknya tanya pakar perubatan dahulu.

      Delete
  13. Lagi 1 cuba beri dia minum minyak black seed habatus sauda. Saya tak pasti ada jual kat sini ke tak. Tapi yang lasti ibu saya ada beli sewaktu mengerjakan haji 2 tahun lepas. Sambil minum sambil sapu di umbum2 kepalanya. X pun cuba urut dengan minyak jerselin. Mana tau dengan izin ALLAH gee akan sedar dan pulih seperti sedia kala. Semua tu datang dari allah! Jika DIA berkehendakkan pasti akan terjadi. Saya pasti semua pembacq akan membantu ikhtiar mana yang mampu. Selebihnya adalah ketentuanNYA. Wallah hu alam........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sazmie, air zam zam n habatus sauda memang kami amalkan sehingga sekarg. Walaupun belum pulih lagi isteri sy keberkatan dan kemuliaan air zam zam n habatus sauda tu tetap ada. Allah belum nak sembuhkan lagi so sy teruskan usaha sy ni. DIA yg lebih tau perancanganNya. Terima kasih sazmie. Tq very much. Doa2kan kami di sini yea.

      Delete
    2. Tak pe. Usaha lagi. Mungkin ALLAH nak uji sejauh mana kasih sayang abg abil terhadap isteri. Hanya ALLAH yg maha mengetahui segala perancangannya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Hanya insa terpilih sahaja yang mampu sabar. Dan insan itu adalah abg abil dan kak gee. Doa saya sentiasa untuk kalian. Oh ya, ada cuba minyak black seed tak?

      Delete
  14. continue sbb ipad ni meragam... Allah knows best, maybe ini yang bagus kita tak tahu. tapi kita juga kena cari jalan ikhtiar...sorry kasi komen panjang sgt. cuma caretaker pun kena diberi semangat kalau tak nanti dia pun boleh blink blink...

    hanis.

    saya maksudkan kat atas tu dalam banyak2 doa saya buat depan multam ada yang nampak makbul tapi ada juga yang belum. tu bila saya balik baca enty en abil, aghhh gunah gulana saya..Allah knows best Allah knows why.


    take care. hanis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanis..berbanyak terima kasih mendoakan isteri saya ni.Benar2 menghargai usaha doa hanis tu.Insyallah doa hanis tu Tuhan terima, hanya kita tunggu sahaja keputusan Allah.

      Delete
  15. mcm sya cakap abg abil ni lelaki terbaek yang sememangnya seorang suami yg susah nak cari..sya doakan kak gee akan pulih..ameen

    ReplyDelete
  16. Tak terbaek lagi coz Gee lum sembuh lagi..uhuk uhuk uhuk...anyway thanks mrs velentine

    ReplyDelete
  17. semoga en abil takkan penat berusaha... dana doakan yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sy akan lakukan yg terbaik norhidana.

      Delete
  18. Abil, semoga u tabah. Catatan harian ni psti akn mnjadi memori trindah bila wife u sembuh nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Gee dah sembuh boleh la dia bc warkah ni. thanks cinta misteri.

      Delete
  19. sebak pulak baca catatan abil kali ni.. baru 2 tahun menganyam kasih, dah diuji dengan ujian yang sungguh berat..semoga abil dan fauziah sentiasa berada dalam peliharaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq anaa, pas ni baca masterchef sure tak sebak..

      Delete
  20. Seorang suami yg sgt tabah..sy sgt kagum dgn en..semoga doa tak lengkang dr sume org..sy doakan wife en kembali sperti biase..
    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya menjalankan tanggungjawab yg di amanahkan Allah pada saya. Tq yea mrs.azman

      Delete
  21. kagum sy membaca ketabahan seorang suami mcm awak dan talib...semoga awak kekal tabah dan banyak2 bersabar...sentiasa berdoa semoga fauziah pulih seperti biasa...Insyaallah,adew ganjaran yang dijanjikan bg org2 yang sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, semoga Allah permudahkan urusan org2 seperti kami ini. tERIMA KASIH mendoakan kami yea Anggun.

      Delete
  22. salam abang abil.. jaa terjumpa blog abg abil di blog ini http://miera301.blogspot.com/2012/06/kasih-sayang-suami.html

    air mata saya mengalir semahunya, sume entry jaa baca. tak tahu nak cakap apa. jaa simpati sgt. jaa hnya mampu berdoa dan buat entry berkenaan abg abil semoga ada yang baca nanti dan akan ada yg membantu abg dan kak gee... ni entry jaa itu :

    http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/2012/06/warkah-buat-isteri.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalan jaakechik, Terima kasih membantu kami di sini, terima kasih memperpanjangkan blog saya ni..Terima kasih jaa.Semoga Allah membalas baik jasa jaakechik dan blogers2 yg lain di luar sana..Betul2 tersentuh hati saya mendapat sokongan dari u all.

      Delete
  23. Assalam,

    Sebagai seorang lelaki saya kagum dengan semangat kental en. Abil. Syukur en. abil dikurniakan semangat dari-Nya untuk terus tabah dan kental disamping mencari inisiatif merawat isteri. Saya doakan En. Abil akan terus tabah dan segalanya akan dipermudahkan olehNya... Teruskan usaha, teruskan zikir, teruskan berdoa, teruskan istiqamah solat sunat tengah malam dan meminta la kepada Nya agar segala kesulitan ini akan berakhir dengan kesudahan yang sempurna.. Ingatlah bahawa segala ujian yang diturunkan kepada kita pasti ada hikmah yang tersirat.. banyakkan bersabar sahabat... Semoga rakan blog yang lain akan terus memberi sokongan kepada tuan untuk terus cekal menghadapi dugaan ini. Insyaalah evrthing pasti akan back to normal.. Saya kagum dengan smangat dan kasih tuan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam maza, Insyallah saya akan teruskan usaha untuk kesejahteraan isteri sy ni. Benar2 terima kasih kami di sini ucapkan pada maza n semua di luar sana, Terima kasih.

      Delete
  24. Abg abil.....saya sebak sgt bila baca blog abg....tak henti2 air mata ni keluar.... Saya sgt terharu kerana ada suami macam ab ni......abg sana2 penyabar dan seoran y sgt kuat....sedangkan saya pon sedih baca cerita ni...tapi abg sangat kuat....abg...teruskan yea abg...usaha abg tu....kuat yea abg...dan terus kuat....sy doakan abg kuat dan kak gee cepat pulih...dan sembuh seperti sedia kala....abg......saya tak kaya untuk support abg dengan wang ringgit...tapi izinkan saya mendoakan kesejahteraan kak gee dan doakan suapaya kak gee cepat sembuh.....abg....teruskan kekuatan abg....dan saYa akan teruskan doa untuk kak gee..... :'(

    ReplyDelete
  25. Permata Ratu jangan la nangis2 bc warkah ni yea. Insyallah abg akan teruskan semangat ni untuk my wife kesayangan abg ni..tq doakan kami disini yea. Dah tak mau nangis lagi. Nanti abg up date lagi.

    ReplyDelete
  26. Hi..
    First time singgah blog ni..

    Sedih baca blog u.. apa yg u buat tu sgt menyentuh hati..
    isteri adalah amanah dan tanggungjawab suami yang diberi oleh Allah yang Maha Mengetahui..

    Semoga isteri u cepat sembuh ye.. Amin!

    ReplyDelete
  27. salam encik abil,,,semoga tabah dengan dugaan diberi ni...Allah x kan bagi ujian yang hamabaNYA tak mampu tanggung,,,,lagi besar ujian tu lagi besar ganjaran,,,mungkin kita tak nampak ganjarannya di dunia,,,tapi di akhirat kelak kita akan terbalas semua apa yang dilakukan,,.,,teruskan berdoa and doa .....

    saya cadangkan cuba rawatan islam sama...cam jumpa ustaz harun din ker at darussyifa' atau pun tuan haji lokman dekan suifa' hidayah kat gombak...mana taw dengan izin ALLAH dan bantuan mereka ur wife akan sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..Dari mula sakit hingga la sekarg, saya masih mengamalkan rawatan syifa n juga rawatan hospital. Masih belum di izinkan Allah lagi.Apa jua keputusan Allah saya terima dengan redha, InsyAllah.

      Delete
  28. Alhamdulillah Abg Abil mmg sgt3x tabah orgnya. sy baru bukak blog ni, sy dah habis baca sume story.he he he.abg abil jgn sedih tau. abg abil adalah org yg terpilih dikalangan umat2 manusia ni. ternyata abg abil masih kuat mengharungi saat2 ini. jika jadi kt saya? sy pn masih terfikir2 mampukah saya??? sedangkan nk mejaga anak2 kecil ( sy ibu kepada 2 anak, baru berusia 28 thn) sy cepat baran inikan pula menjaga org sakit. semoga Allah beri saya kekuatan sekiranya saya di ketika itu. :). semoga kekuatan abg abil smakin bertambah hari ke hari. dan semoga Allah turunkan rezeki xterhingga pada Abang Abil n Kak Gee. Allah pasti akan membantu hamba2 di jalannya.Ya Allah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam irma..Ujian Tuhan kalau dah di turunkan, jgn kita fikir boleh ke tidak kita harungi, itu bukan keputusan kita, kita harus lalui ujian Tuhan tanpa byk songgeh. InsyAllah Allah pasti bantu kita. Terima kasih irma doakan kami di sini...lajunya irma baca semua tajuk! insyallah nanti nak up date lg.

      Delete
  29. haaa laju sungguh. updatela lg. :). sambil2 baca smabil2 ambil ilmu kan :) . hehehe xla sebenarnya adala 2-3 post yg sy xbaca lg. tp bole kata sy da review semua dah. :). sy bkn apa bnyk baca blog2 mcm ni menyedarkan siri sniri dan org lain jgk kn. insyaAllah2x sy bantu yg terdaya. insyaAllah sy dah sebarkan blog dan Dana Sinar Fauziah abang abil& kak gee di fbook2 sy. insyaAllah Allah pasti membantu.

    ReplyDelete
  30. salam ukwah.
    bila baca blog abg abil.
    baru sy tersedar.
    ada org lain yg susah @berhadapan dgn dugaan yg besar.
    semoga mendapat sinar kebahgian bersama isteri walau dia sakit.
    tak semua lelaki dpt melakukan.
    sy pun xtau klu sy jd mcm tu,adakah suami sy akan menjaga sebagaimana abg abil menjaga isteri abg..
    abg abil org terpilih untuk menikmati dugaan ini.
    harapan sy smoga abg tabah menghadapi smua dugaan dan bersabar.
    itu yg dpt kita bt kan..sabar dan trus sabar...
    sy pun trus sabar menjaga anak saya walau suami tiada di sisi.(kami berjauhan atas tuntutan kerja).
    ksabaran abg menjd pencetus smgt utnk tdk berputus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Lela, tq coz singgah n baca warkah ni. Sama2 la kita berdoa moga Allah mempermudahkan dan sentiasa menolong kita mengharungi kehidupan harian kita ni. InsyAllah saya akan teruskan usaha menjaga Gee dgn baik...

      Delete
  31. Assalam..sayu rs hati..ermm actlly sy prnah jg mghrungi detik bgini(walaupn xsama..) hsband sy pn penah lumpuh coz strok..punca stroke doc ckp x jmpa..pndrhan otak sebesar telur ayam..suami koma sebulan sdg kami pn br 2 thn lbh kawin ms tu..ms tu doc ckp mmg dh xda harapan..first mmg down sgt2..nangis je..smpai 1 tahap sy bangun dan trus berusaha dan berdoa..mcm2 ikhtiar sy buat dan selebihnya sy berserah kepada Allah..alhmdlh suami sy sedar dr koma..ckup sebln di hosp suami sy bw blk ke rumah dlm kdaan lumpuh..mula bw ke kg..dekat 3 bln jg sy x keja coz jg suami..nasib bos baik x kisah sgt..lps abis cuti sy blk ke tmpat keja tp xleh nk keja coz ingt suami so abis keja sy blk smla ke kg n pastu wak blk umah kami..(puas hati ada dkt ngan kita..) puas jg ikhtiar dlm 4 bln lps tu suami blh gerak n brjaln ala budak2 kecik tp syukur sgt2..kini suami dh pulih tp kesannya ttp ada..cm sy mcm trauma bl tiba besday sy coz ms kejadian suami cm smpat wish bsday n pastu trus x sdar diri..walaubpn kini dh 4 thn kejadian tu brlaku namun kesaoitan tu msh trasa.. Sabar ye en abil..sgghnya Allah kasih kan umatnya yg diduga.. Besar pahala jika kita hadapi ujian ini dgn sabar dan ikhlas..

    ReplyDelete
  32. tergenang pulak air mata bace entry ni... semoga kita semua akan lulus dlm segala dugaanNya...amin ya rabbal`alamin.....

    ReplyDelete
  33. insyaallah jangan putus berdoa..moga 1 hari nanti k.gee akan sembuh ya..

    ReplyDelete