Wednesday, 11 April 2012

muka buku dana sinar Fauziah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa sangka .. sekelip mata serangan asma yang menyerang Fauziah dapati pada bulan Jun 2011 telah merubah segalanya..

Siapa sangka ..seorang wanita , anak , isteri yang dulunya ceria,rajin dan taat telah menjadi sedemikan rupa.
...
Kini penderitaannya ini ditanggung oleh suami tercinta Abil Fikri Ahmad yang telah berhenti kerja demi untuk menjaga isteri tersayang.

Bukan sedikit pengorbanan Abil Fikri ini. baik dari segi fizikal dan juga mental. Tambah lagi dengan kos penjagaan Fauziah yang meningkat .mana mungkin dapat ditanggung seorang diri oleh Abil Fikri.

Dengan ini. dengan rendah diri pihak admin ingin memohon sekiranya anda semua dapat dan sudi memberikan sumbangan dari segi sokongan moral dan juga kewangan untuk menampung kos perbelanjaan rawatan Fauziah.

Sebarang bantuan , bolehlah disalurkan ke : -


Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258
 

Sumbangan daripada anda semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih...hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.

66 comments:

  1. sy doakan agar isteri abg abil akan sembuh spt sediakala...setiap pengorbanan abg abil pasti akan ade gnjaran nya 1 ari nnti...amin..

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, terima kasih. Maaflah lambat reply. Sama2 lah kita berdoa.

    ReplyDelete
  3. beruah kak fauziah memiliki suami spt abg Abil..moga terus tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  4. moga awak kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan itu.. saya doakan ur wife cepat sembuh.. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aizamia..nanti teruskan baca blog kami yea..

      Delete
  5. Insaallah saya doakan isteri abg moga cepat sembuh....
    Sabarlah yea abg...mungkin ini semua dugaan utk abg agar lebih tabah...dan menguji keimanan abg,
    Sabar yea bang,,,sedih gak saya membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mselim atas doabuat kami berdua ni. Jangan sedih2, ujian Allah kita sambut dgn tabah. Kalau Allah tak uji cmana kita nak tahu kemampuan diri sendiri kan.Insyallah kita laksanakan ujianNya pasti Allah jaga kita, insyallah. btw ur blog, very nice. Cuba tambah berkaitan adab2 beribadat pulak boleh la kita semua belajar.

      Delete
  6. moga terus tabah ye! ada hikmah disebalik dugaan ini

    ReplyDelete
  7. abg abil saya mintak izin utk buat enty pasal kak gee di blog saya, semoga dpt membantu meringankan dugaan abang. saya sangat tersentuh.. :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat berterima kasih atas sokongan Mamalove..

      Delete
  8. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan untuk si suami yang berhati mulia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Allah..aminn. Dan semoga u all di berkati Allah jua hendaknya. amin.

      Delete
  9. Semoga isteri tuan sembuh dan semoga Allah murahkan rezeki. Aminnn...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum saudara Abil, saya tahan air mata dari menitis setelah membaca kisah dan pengorbanan anda. Dugaan yang Allah swt bagi kepada saudara sungguh berat, tahniah... ikhlas saya katakan anda seorang yang hebat. Anda nikahi dia dengan nama Allah dan anda terima amanah Allah utk menjaganya sehingga ke akhir hayat anda, insyaallah. Berapa banyak kah cinta sejati dan murni setulus ini pada zaman ini? Hanya Allah swt yg tahu. Tiada yang mustahil bagi Allah, walau pun kita tak pernah mengenali antara satu sama lain, saya berkongsi harapan dan doa insyaallah suatu hari Allah akan menyembuhkan isteri anda. Panjatkan doa, munajat dan sujud pada Allah setiap ketika, insyaallah masanya akan tiba suatu hari nanti. Firman Allah swt, "Berdoalah kepada Tuhan kamu, dia akan makbulkan bagi kamu". Saya akan menyumbang sedikit sebanyak kepada akaun anda. Semoga Allah tambahkan kesabaran dan ketabahan anda.Assalamualaikum,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm..Ini la dia di antara tanggungjawab yg mesti di laksanakan oleh setiap pasangan samada di waktu senang dan susah..Terima kasih byk atas sokongan dan doa buat kami berdua di sini yea. Terima kasih.

      Delete
  11. Ya allah... saya tak dpt menahan air mata ini dari jatuh! Masyaallah... hanya allah yg membalasnya! Saya benar2 kagum dengan kasih syang yg saudara berikan sampai ke saat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya seorang suami yg biasa2 jea..cuma menjalankan kewajiban sebagai seorang suami yg harus menjaga isteri...Terima kasih luangkan masa bersama blog ni yea..mlm nanti ada n3 baru nak saya postkan..tungguuu...

      Delete
  12. Ya Allah...sembuhkanlah penyakit fauziah, isteri Abil Fikri Ahmad. Sesungguhnya engkau Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... dengan berkat kesungguhan dan ketekunan suaminya menjaganya... engkau berikanlah sinar cahaya kepada pasangan ini Ya Allah.... moga kehidupan mereka kembali ceria seperti dulu Ya Allah dan tabahkanlah hati si suami dlm menerima ujian dr Mu ya Allah....
    amin...
    ***sentiasa ingati Allah sedang menguji kita***

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Hu Akhbar, Amin amin amin...tqq hafizul, tq v much.

      Delete
  13. Azali bin Hj.Ismail,

    Semoga cepat pulih dengan izin Allah jua dan utk abil jgn berputus asa berdoalah, moga dipermudahkan dalam semua urusan
    Ujian itu amat besar

    ReplyDelete
  14. semoga kak gee cepat sembuh dan en abil terus tabah menghadapi ujian ini.Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuannya.Pastinya ganjaran hebat utk orang2 yang bersabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar Allah beri ujian atas kemampuan diri masing2, persoalannya kenapa masih ada yg lari dari UjianNya?..pelik.

      Delete
  15. Alhamdulilah kak Gee dapat suami cam ni..saya doakan Allah akan bg 1 keajaiban utk kak Gee dan sembuh cam dulu.Allah Maha berkuasa insyallah dengan doa2 orang islam,Kak Gee akan sembuh..
    Semoga abg sentiasa sabar dan tabah,orang yg paling kuat dan beriman adalah orang yang sabar dan redho bila Allah memberikan ujian dan dugaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah n syukur saya kerana Allah berikan Gee sebagai isteri saya...tq MasLieNa

      Delete
  16. semoga isteri uncle cepat sembuh spt dlu...t;haru ble bce blog uncle...

    ReplyDelete
  17. Mengalir airmata saya bc kisah en abil..ada lg suami mcm ni kat dunia...ni lah namanya syurga dunia buat istri..semoga dia lekas sembuh dan mengetahui walau ilg nikmat dunia dia dpt suami yg betul2 mithali dr allah sebagai ganti kekurgnnya itu..semoga sabar dan tabah..kami yg sihat di luar ni pun tidak dpt layanan sebegini hebat ..tahniah utk anda ya en abil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah, masih ada ramai lagi suami2 yg jauh lebih baik di luar sana..

      Delete
  18. 1st time saya singgah ke sini. Tears on my cheeks. Ada lagi rupanya lelaki sehebat abang. Semoga Kak Gee cepat sembuh. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat lerr,,hanya menjalankan tanggunjawab sebagai seorang suami jea nii...

      Delete
  19. Semoga ALLAH memberkati kehidupan anda berdua..dan fauziah dpt pulih seperti sediakala... amin ~

    ReplyDelete
  20. semoga kak fauziah sembuh seperti sediakala....untuk abg abil tahniah kerana menjdi suami yg tabah dalam menguruskan seorang isteri...bukan semua lelaki sanggup berkorban dikala isteri terlantar di katil....semoga allah memberkati abg suami isteri...

    ReplyDelete
  21. menangis sy tgk kisah encik abil ni kat mhi semalam... teringat ayah saya jaga mak saya yg kene kanser, tapi masa tu usia perkahwinan ayah saya dh lebih 30tahun, mungkin rasa cinta tu dh bertaut... saya mmg respect encik abil sangat2 sbb walaupun baru je rasa cinta tu bertaut, tapi encik abil setia menjaga puan gee... semoga 1 hari nnt puan gee sembuh, tapi kalau allah lebih sayangkan puan gee, semoga encik abil redha dengan ketentuan-Nya, semoga bertemu semula di akhirat nnt... teruskan kesetiaan encik abil terhadap isteri tercinta, susahnya nak cari lelaki sesetia, setabah encik abil ni... hanya allah je yg bagi ganjaran pada encik abil sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama la kita berdoa untuk yg terbaik..InsyAllah.

      Delete
  22. Salam...smoga k.gee cpt smbuh....

    ReplyDelete
  23. Salam En. Abil...

    Saya doakan yg terbaik buat En. Abil dan isteri... InsyaAllah Gee akan sembuh satu hari nanti... Ameen.

    ReplyDelete
  24. Semoga kak cpt sembuh.terharu baca kisah abg..sy harap
    Abg tabah

    ReplyDelete
  25. Teruskan usaha mulia Mu sahabat, Allah akan memberi ganjaranNya

    ReplyDelete
  26. semoga apa yang dilakukan akab dibalas Allah kelak...Hope semua lelaki yang terbaca blog nie mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku....susah senang bersama..saya doakan akak cepat2 sembuh...amin..tuk abg, moga menjadi semakin tabah dalam menghadapi ujian ini...=)

    ReplyDelete
  27. Air mata mula menitis bila saya membaca rencana encik abil dalam ruangan star. Berasa sungguh terharu....i hope the miracle will happen...be strong Mr Abil.....all the very best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan la sedih2 cm tu..InsyAllah, miracle will be there..

      Delete
  28. All the best Mr. Abil..you're definitely the best husband ever..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yea..but I am just a husband like other..

      Delete
  29. assalamualaikum abg abil dan isteri.....
    Terharu membaca blog seorg suami yg ditujukan khas buat isteri tercinta. May Allah always be with both of u.....sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah disebalik ujian dan dugaan ini...
    I pray for your best of health and miracle will come thru one fine day.....aamiiiinn

    Love,
    Fidza Ismail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm Fidza, tqq luangkan masa membaca blog ni yea..semoga doa yg di kirim di restui Allah..aminn

      Delete
  30. As salam adik abil,

    Akak baru baca blog adik n i feel really, really touch. Your wife is the luckiest woman in the planet to have a hsband like u?? Untuk pengetahuan adik, akak telah makan ikut tube dari tahn 2008. Tp tube akan tu sambung kat perut, bukn melalui hidung. So, makanan akak terdiri daripda susu ensure, serbuk beras perang, roti gardenia, semuanya blend together. lpstu masukkan melalui tube...alhumdulillah akak sihat dan maintain berat badan. Perhaps u can ask the doctor? Tube tu dipanggil PEG tube...

    Moga adik tabah menempuh ujian Allah ini...

    Salam sayang dari akak...

    ReplyDelete
  31. salam abg abil,
    smoga tabah,allah tahu abg abil boleh lalui dugaan yg Dia beri.
    klau saya ditempat abg pon blum tntu saya bleh jdi setabah abg.
    jgn putus harapan.
    insyaallah kbahagian yg diimpi akan jdi milik abg smula

    ReplyDelete
  32. Di zaman ini , mungkin tiada lagi insan sepertimu , Abil . Akak menangis membaca artikel ini . Ketabahanmu , kesetiaanmu dan keprihatinanmu buat isteri tercinta . Semoga Abil tabah dan kuatkanlah kesabaranmu Abil . Asalamualaikum ...

    ReplyDelete
  33. setelah beberapa hari, baru dpt khatam dr belakang..sbb bz ngan keje n tugasan seharian..sampai shut down pc opis ne..nasib x meletup..

    utk en abil, moga segala apa ujian daripadaNYa dapat dilalui dengan tabah..berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..

    moga kak gee cepat sembuh ya..sian kat dia taw kak gee..

    ReplyDelete
  34. Salam abang.. first of all, kin finally habis bace almost every entry abang. bangga bile kin lihat abang tabah menjaga wife abang. and kin betul2 paham situation abang sekarang disebabkan adik kandung kin pun sedang dalam situasi same mcm wife abang.

    adik kin menghidap SLE.. september last year, dea koma. exactly same mcm doctor wife abang ckp, adik kin bakal sedar dlm mase 3-5 hari..unfortunately, hingga hari ni..adik kin masih terlantar.

    Alhamdulillah kedua parents kin kuat utk menjaga adik kin. kin harap abang terus tabah menghadapi ujian tuhan. kin doakan kak gee cepat sembuh.. and abang terus kuat dan tabah mengharapi hari2 mendatang. insyallah, there is a miracle waiting for us. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm..sebenarnya bila saya tahu ada yg sakit seperti Gee ni, sure hati ni akan rasa terlalu hiba..sebab kita tahukan bagaimana keadaannya, terutama yg masih muda lagi,,Allah Hu Akhbar..

      Sama2 kita berdoa agar Allah berikan keputusan yg terbaik buat kita2 ni..InsyAllah,,

      Delete
  35. Salam...sy baru mengikuti blog ini..tersentuh hati mmbcanyer..semoga saudara tabah menghadapinyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm norizan..tq sudi meluangkan masa di blog ni yea..tq

      Delete
  36. hanya Allah saja mampu mmbalas budi en abil pada isteri..ayu doakan yg terbaik..

    ReplyDelete
  37. Insyallah kesabaran dan keikhlasan akan dibalas,semoga akak cpt sembuh..amin

    ReplyDelete