Saturday, 14 April 2012

I akan sentiasa di samping you..


Hari kelapan, I mendapat satu panggilan telefon dr hospital jam 4 pg.. I tgk no hospital appear on my mobile, my mind  jadi blank… mula la I pikir.. u know.. maybe berita yg I tak nak dengar… but yet I still answer the call.. the indian nurse dgn nada yg lembut told me that u have been moved from ICU to normal ward in level 6, punya lah lega bila I dpt berita tu… then I terus sambung tido…

Jam 9am, I tiba di ward 6 dan I terus cari u, the 1st thing I did I hug you then I cium dahi u, I cium pipi u, I cium dahi u, I cium pipi u.. hanya french kiss ajer I tak buat.. malu org ramai.. heheheh

Sejak itu dari 9 pg hingga 9 malam I bersama u di ward. Tidak pernah sehari pun I tinggal kan u…

I tak leh tido kat sana coz pihak hospital tak benar kan..atas alasan tu ward wanita. Laki tak leh tido kat situ.. hari demi hari I mengharapkan u sedar.. tapi tak der sedikit pun perubahan yg berlaku.. hari demi hari I bertanyakan pada doctor, adakah u akan sedar, .. hanya jwp I dpt dr doctor. Hurmmmm “semoga Allah izin kan”.. sepanjang tempoh u terlantar di hospital, I mula berlajar bagaimana menguruskan penjagaan u dari misi2 disana antaranya, bagaimana nak buat suction thru ur treky bagi susu via the  nose tiub, bagaimana nak menukar kan pampers dan banyak lagi lah… dan macm2 lagi la..nanti kemudian I cite lah….

U tau kan, dari umah kat bukit antarabangsa ke GH ampang tu selalu Jam Gila.. gila pun tak jam camtu.. so most of the time I bawak motor la.. motor scooter yg kecik yg pompuan selalu bawak tu… motor yg kita selalu naik bila kita jln2 petang dan u suka sgt peluk I bila I bawak motor.. ingat tak?

Seronok bawak motor.. cepat sampai.. tapi most of the time gak , petengahan jln nak pegi or balik I akan basah kuyup.. ujan lebat. Terutamanya pada bulan puasa thn lepas.. kan musim hujan…. So sometimes I bawak seluar and baju spare.. kalau I basah masa gi hospital I boleh lah  tukar …



Dear, selalunya bila I bawak motor tu, I selalu terbayang  muka u ajer.. I hayal bawak motor..kena pulak pd bulan puasa.. perut kosong hayal ajer la keje dia.. macam I hayal kan.. I hayal kan I sampai hospital u dah sedar.. u tgh duduk.. bila u Nampak I u nak I hug u….then both of us nangis syukur u dah sedar,.. I hayalkan I tak perlu bagi susu melalui tiub tu lagi… I nak sediakan makanan, minuman,, apa saja yg u mintak… I nak tgk u merasai nikmat dunia…. Hayalan tu terbayang-bayang  hingga I sampai kat hospital… dan hayalan itu akan terpadam bila I tgk u tak der apa2 perubahan..biasanya.. pekara yg I selalu buat bila I sampai di hospital.. I terus lap badan u.. I tukar pampers u, I selalu make sure u are clean and kemas sepanjang masa.. I ikat rambut u yg panjang tu. I ikat tinggi pony tail u.. then bila selesai itu semua.. I akan mengaji sehingga u tertido… by that time waktu u tertido tu dlm pukul 6 -7 petang,  then I kan duduk atas kerusi berhampiran kepala you sambil memegang  tangan u dan selalu nya pada waktu itu I menangis…. Begitulah rutin I sepanjang u di hospital selama hampir 2 bulan…

Pada suatu pagi waktu tu 2 minggu b4 raya, doctor  telah menasihatkan I membawa u keuar dari hospital ( discharge) bila I tny bila I boleh bawak kuar doctor kata kalau boleh dlm 2 – 3 hari ni.. I merayu pada doctor bagi lah I tempoh seminggu.. sebab I belum prepare anything for you, all those machine and equipment. Dlm tempoh 2 minggu terakhir di hospital tu, di dlm bulan puasa tu, dgn berbuka puasa pun tak tentu tempat, dgn rushing nak pegi tarawih, siang hari nak teman  and  jaga u, I kena pulak prepare barang2 utk u di seremban. Pada masa tu lah I terasa lonely again coz everything I rasa I kena buat sorang….. alhamdullilah, keresahan I ni, dpt dihidu oleh my family and my close friends, so diorg lah diantara org2 yg awal membantu i. semangat I meningkat balik so 5 hari sebelum raya.. I dah prepare membawa u keseremban pada masa yg sama doctor yg menjaga u, mungkin dia kesian tgk I, dia kata tak pe la..biar la pihak hospital jaga u hingga habis raya.. I ckp kat doctor tu, walau pun baru 2 th I bersama u, I tk kan tinggal kan u, terutama nya pada hari raya.. so dari dr GH ampang I bawak u ke seremban dlm pukul 3 petang, kita bertolak menaik St jhon ambulance…. Dlm ambulance ke seremban.. I tgk wajah u, Ibarat kan seperti org yg gembira utk balik ke rumah.. dan I pun terasa lebih selesa menjaga u nanti sebab24hrs I’ll be with u… setakat ini buat sementara update I, sebab I kena bagi susu skang ni.. kita sambung nanti..

18 comments:

  1. Bersama kita berdoa agar yang terbaik untuk beliau

    ReplyDelete
  2. thank you antusabun.. do follow my blog.. your support is highly appreciated.

    ReplyDelete
  3. Kami dari warga N.S.UNIGLOVES SDN BHD mendoakan semoga
    En Abil tabah dan sabar

    ReplyDelete
  4. thank you Anis.. doa dan sokongan dari kalian amat saya hargai

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ... Kami di sini sentiasa mendoakan Abil agar tabah menghadapi dugaan ini.Kami juga merasa sedih yang teramat sangat dan masih lg terbayang keramahan,kemesraan dan kemeriahan semasa bersama-sama beliau. Kami berharap Abil jangan berputus asa dengan dugaan ini.Dari... Sairi dan Keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bro. Sorry lambat balas comment. Teruskan membaca blog ni. Salam kepada semua di sana.

      Delete
  6. Abil.......u are such a very very loving hubby of a lucky Fauziah...Be strong friend!!! Ganjaran u amat besar.....InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. menangis baca entry ni. saya doakan seikhlas hati semoga isteri Encik Abil kembali sediakala. Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  8. salam..menitik air mata sy bace kisah abg abil..sy bygkan bgaimana jika saya berada ditempat k.gee,,ya Allah,kau sembuhkanla k.gee,semoga semua penderitaan yang ditanggung tidak terbeban lagi..

    ReplyDelete
  9. Wsalam..jaga2 titikan airmata tuu, jgn di buat minum!! batal puasaa,,,hehehehehe

    ReplyDelete
  10. Sy bru nmpk blog ni, sy doa kn isteri abg kembali sihat mcm biasa. Aminnnnn...

    ReplyDelete
  11. Kaamu mmg seorg llki yg tbh bro,,,smga smuanya akn d prmudahkn,,,,sbgai seorg llki,,sy amt kgum dgn ktabhn kamu,,x smua llki blh buat mcm kamu,,,,thniah bro,,,smg wfe kmu cpt smbh,,,amin,,,,

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar..semoga kamu terus tabah n sabar ...
    semoga yg terbaik hanya untuk kamu dan isteri..
    mengalir air mata melihat pengorbanan kamu..

    ReplyDelete
  13. sedey baca blog u abil.........

    ReplyDelete