Thursday, 1 March 2018

Moral of the Story..

Assalammualaikum U guys..
Assalammualiki Ya Fauziah, Cinta Hati Hamba.

2 april 2013 Gee meninggalkan saya, hampir 5 tahun dah, u know what U guys..rasa kasih kat Gee ni growing n keep on growing..hari ke hari rasa kasih rindu ni makin kuat..!!

" Seluas langit saya sayangkan awak, dan tiap kali klau awak nak bertanya saya ni syg kat awak lagi ke,,awak tgk langit tu, selagi ada langit selagi tu la saya Cintakan awak dan cintakan awak sampai bila2,,non stop.!!" tu antara kata2 saya pada Gee dulu.

" Yea laa tuuu.." jawab Gee sampai mengusap2 janggut saya ni.
Dan prnah Gee tanya saya " Darling, awak ni selalu peluk2 saya ni pasal syg ke gatal"?
"Dua2" jawab ringkas saya. ..."Emm" bunyi Gee. Klau gitu jawabnya tak puas hati la tu si Gee ni.

" Bukan ke pompuan?isteri ni senang jiwanya klau dapat peluk dek Suami selalu? Bukankah Isteri ni Fitrahnya gitu, sgt2 suka di manjakan Suaminya? Bukankah PELUK tu bukti dan tanda Suami tu kasih, Suami tu memujuk, Suami tu menghargai Isterinya?.....Dan bukankah peluk tu jua menandakan mlm ni mlm Jumaat?!! hehehe"...Tu yg saya jawab Dua2 awal tadi.

"Awak dah minum tongkat ali dah"? terus Gee bertanya sambil gelak2. Baru la puas hati dia bila saya menjawab gitu.

Suami Isteri ni tolooooong la amalkan "PELUK" tiap hari. Kang nak jelaskan manfaat Peluk ni, U guys lebih arif. Namun perbuatan nak berpeluk ni kureng U guys nak buat. Buat la.! Kiranya Suami kurang peluk, Isteri la g Peluk Suami tu selalu, jgn tunggu Suami buat,,kan Suami tu EGO sikit!!

Para Suami lak,, Peluk la bini tu selalu dan kerapkan memuji Isteri tuan tuan tu..Tu la bini kita sampai tua, dia la bini kita bila susah dan senang, Isteri tu la yg masak, siapkan keperluan Suami, teman tido suami, pendengar keluahan suami, tu la penghibur mata dan hati kita sampai kita ni para Suami berjumpa Malaikat IZRAIL..!! Jadi PELUK LA SELALU ISTERI KITA TU....Free jea tak yah pakai duit punnn..

Namun begitu, Ramadhan menjelang tiba, Hati2 Peluk bini tu kang mampus nak bayar denda lak!!
Bini kita ni lak takut kang bulan puasa kita peluk lebih lebih, dia pulak minta langsir baru, sofa baru, tilam tilam, tilam lama tukar baru....dan cincin diamond baru!!! hahahahahahahahah

Moral of the

story, BERPELUKKAN la sentiasa Suami Isteri



InsyaALLAH.