Thursday, 28 September 2017

Kunyit di tepi longkang

Assalammualikum U guys.
Assalammualiki Ya Fauziah..Cinta Hati Hamba.

Today, saya Abil Fikri Ahmad a.ka. DIM..nak tunjuk ajar n galakkan pada seeemua SUAMI U guys supaya berlaku CURANG..!!! yg U guys Isteri Isteri ni tolong foward kan citer ni kat HUBBY U guys....Nak adakan HARI CURANG SEMALAYA..!!!..ni citernya, Pada suatu hari duluuuuu.........

"Darling, hari ni awak blik Sban kan? ada kelas kat Pondok kan?" tanya arwah Gee, Isteri Kebanggaan hati saya tu.
"Yup." ringkas saya jawab pagi tu sebelum Gee g kerja.

Tiba2 Gee bersuara lembut tapi cmmm garang jea.."gi kelas belajar agama jea tau..jgn nk gatal2, awak tu dah kawen.".

"Lelaki ni Dear, tu la berahinya, tu la dosa yg kita lelaki ni suka buat, CURANG pada Isterinya Tapi tak la semuaaa, terutama Suami awak ni,hehehe." jawapan saya..Then seperti biasa saya peluk Gee. Gee diam jea.

So...Mlm tu semasa tgh solat Magrib sehingga selesai pengajian pondok saya kat Sban nun, cakap Gee tadi cm menggangu hati saya, "Gee tak percaya kat aku ke? Aku akan berlaku curang ke?.."Seronok ke Curangkan Isteri ni??..Tiba Tiba terasa Hati nk berlaku Curang..!! Nekad nk berlaku Curang...Dan malam tu saya CURANG.....Sapa kata Abil FIKRI ni baik..ada jahat saya oiii...

Masa ngan Gee dulu wsaap wsaap ni takde, guna SMS jea. Mlm tu saya tido umah Sban, Gee kat kl la, so takkan dia tahu saya nk Curang kann..Saya pun SMS seorg Pompuan niii...

"Hai, lama tak jumpa, u sehat ke"?..Sms say dibalas pompuan tadi.
."Haiiii..sehat..U tak tido lagi ke lewat mlm dah ni?
"Teringatkan u ,dok tido sorang2 ni..rasa cm rindu rindu gitu." pancing saya.
"Wife u mana?.dia"Wife outstation".saya

Bermula dari text cm tu meleret2 sampai text yg agak Lucah then meleret2 lagi melampaui batas..Tukar tukar gambar.!! (U guys faham2 sendiri la gambar2 yg cmana kannn..)

Berjam jam gak la dok SMS. Apa tak Seronoknya bila SMS curang2 gitu confirm2 bestt..Berahi rasanya..hehehe Punya la Seronok CURANG ni rupanya..LELAKI klau bab text2 Curang ni memang pakar.! Kena pulak siap anta pic pic lg tuu..perghhhhh ulala..Bila dah kawen tak nak pulak SUAMI ni text curang2 gitu ngan Isteri..ngan pompuan lain nak pulak dia text..kannnnn..Indah2 text dia, romentik2 text dia, romen2 text dia, lucah2 text dia, porn porn pic2 bertukar tangan...tapi ngan pompuan lain..KENAPA TAK BUAT SEMUA TU NGAN ISTERI SENDIRIII..!!!!!!!!!!!!

By the way pompuan yg saya sms tadi tu ISTERI saya sendiri..Saya alihkan sifat perbuatan CURANG tu pada ISTERI saya sendiri..RUPA2NYA,,lagi seronok rasanya..ISTERI saya pun mulanya dok terkejuk gak, tapi dia pun lagi seronok jiwanya bila Suaminya sendiri yg text sebegitu..

"Biar la saya berlaku Curang ngan awak sendiri Dear" jelas saya pd Gee.Kira sayaCurang pada pompuan lain maka perkataan SUAMI tu tidak layak saya guna. Tinggi "kedudukkan" SUAMI tu terus jatuh di dalam longkang..!! Dan kiranya ada Kunyit (tau kunyit tu apa??) di tepi longkang org buang, MAKA kunyit tu lebih MULIA dari saya yg Curang ngan pompuan selain dari ISTERI saya..

Apa yg cuba saya nyatakan di sini, Nasihat saya untuk diri saya terutamanya,,Kiranya nak berlaku CURANG, tolong la "ALIHKAN CURANG" tu pada ISTERI KITA SENDIRI..Sebagaimana Pelaku Curang tu buat maka buat la apa ISTERI kita sendiri..

Nak rasa sedapnya CURANG ngan Isteri sendiri,, cuba, try la (ngan Isteri sendiri yea) ..BRO,, wa ckp lu,,BESTTTTTT GILERRR!!! Percaya la!! Stim giler Bro. dan secara tak langsung ada beberapa "kemahuan pasangan yg tersembunyi" kita dapat tahu..Cuba la nanti U guys akan faham..nak citer lebih2 kat FB ni tak boleh..U guys cuba.

eh saya cm ada dgr org tanya apa bezanya..ada yg tanya ke??!!
Bezanyaaa,,tu Isteri kita,,HALAL di makan.
Bukan Isteri,,HARAMM ..Bahalol!!! tanya soalan bodoh tu la jawabnya. Bukan U guys ni yg tanya, Org luar kawasan rasa ni..hehehehe

So make sure NILAI kita ni lebih jauh tinggi dari "KUNYIT DI TEPI LONGKANG" tu tadi..(aaa ni peribahasa saya tau)..

InsyaALLAH..

Tuesday, 26 September 2017

Pakai Spender jerr...

Assalammualikum U guys.
Assalammualiki Ya Fauziah..penghibur nyawa hamba..

"Dearrr..saya boringgg.." jerit saya dari dalam bilik sambil baring bila mana Gee dok lipat baju sambil tgk tv kat ruang tamu..

"Awak lapar eh, jap saya masak sedap2." balas Gee.." Saya rasa boring la..bukan lapar!!" kata saya lg.."Apa punya bini ni, laki dia tgh boring dia tak pandai nak hiburkan saya!! arrhgg tuii.!" Usik saya lagi.

"Darlingg, awak nak saya buat apa ni, cuba ckp." berhenti Gee lipat baju.
"Ehh, awak ingat saya bisu ke?? tadi kan saya ckp!! awak pekak ehh??!!" usaha saya nak cari gaduh ngan bini kesayangan saya tu hehehe..memang tgh boring pun saya masa tu. Bila takde kerja tu la kerja saya usik Gee sampai dia marah..

"Aduhhh, laki aku ni, apa yg dia nak ni.." terdengar Gee membebel2 sorang..Thenn tiba tiba saya melompat keluar dari bilik berdepan ngan Gee....

Melompat saya hanya pakai "Spender" jea sambil joget ala Michael Jackson!!! depan Gee..punya la Gee ketawa sampai kuar airmata tgk perangai laki dia ni..kat fon saya dulu ada la lagu MJ tu, pasang lagu sambil joget cam Michael Jackson joget..!! hahaha..pakai Spender jea lak tu!! hahahahahahahaha

Ketawa terbahak2 Gee sambil tepuk2 tangan suka tgk Suaminya.." Nak kata laki aku ni gila kang berdosa,,layan jea la." sambil ketawa2 Gee bersuara..
Dah penat joget, terus saya baring kat peha Gee.."Ok, dah ilang boring dah saya. Sekarg awak ngaji lak saya nak dgr." ckp saya.

"Awak ni memang ada sewel cm ni ehh kadang2.? rasa nak terkentut2 saya ketawa tadi." sambil Gee usap2 janggut saya. Sambil Gee lipat baju, sambil saya baring kat peha Gee..yg masih berpakaian Spender jea..kami borak2..Menjadi satu keseronakkan kami berdua bilamana kita borak2 kosong gitu..

Dan Gee faham, gini la sekali sekala cara saya menghiburkan hati dia. Gini la sekali sekala cara saya ucapkan Terima Kasih pada Isteri,, ISTERI yg jaga pakaian saya, ISTERI yg menjaga lapar saya, ISTERI yg berkongsi masalah saya, ISTERI yg TAAT pada SUAMInya...Dan ISTERI yg sanggup menjadikan Nyawanya sebagai galang ganti untuk Suaminya..!!

ALLAH HU AKHBAR!!.Sungguh tinggi Nilai "KEBAHAGIAAN" Suami Isteri yg ALLAH berikan pada kita semua.

Wahai U guys U guys,, Gunakan la, Kebahagiaan, Keseronokkan, Senda Gurau,, semua GANJARAN ALLAH pada kita yg berumahtangga ni sebaik baiknya..

Jadikan la ia HUJAH kita yg baik baik di Hadapan Makahmah ALLAH yg maha AGUNG nanti..Dan jadikan la Isteri kita tu sebagai "Permaisuri hati" sebagaimana Isteri memandang Suami sebagai Raja di sudut hatinya..

InsyaALLAH.