Tuesday 23 February 2016

Curang ehh..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta hati hamba.


"Dear, come here girl." panggil Gee satu ketika duluuu. Gee nak basuh pinggan lepas siapkan dinner untuk saya.
"Nak basuh pinggan semua ni, jap.." suara gee dari dapur.
" Eh Suami awak ni panggil mesti datang terus! Saya King!! " terus Gee hadap saya.."Yeaaaa darrlinggg king kong"..katanya.

"King kong nenek ipar awak!!..meh sini, duduk kat peha saya ni, suapkan saya makan ni, king nak santap. Kang biar saya basuh pinggan tu." arah saya pada Gee.
"eee..ni bukan king. ni cm org kurang upaya jea tak boleh suap sendiri.!" jawab Gee yg dok kat peha saya sambil suapkan saya makan..

"Alaa, sesekali nk beromen...tik bukan selalu. Kang saya suruh pompuan lain suap, awak marah." Terus Gee tonyoh nasi kat mulut saya n said " Berani buat la.!!"..hehehe tersengih saya.(bukan takut bini,,sayanggg..)

"InsyaALLAH, saya tak curang kat awak laa..Awak kan ISTERI kesayangan saya, cukup sexy n sangat sangat lawa Isteri saya ni..Lagipun buat apa nak curang curang gitu. Orang yg curang ni adalah org yg "kurang akalnya" bahasa kasarnya..BODOH.!
Sebab bila dah mula curang, dia dah hilang akal baiknya, akalnya akan mula menajamkan skill untuk MENIPU, kat semua org dia kan mula menipu. Hati dia pulak mula dah tertutup ngan hakikat kebenaran. Hati dia akan jadi geng baik ngan Nafsu Jahat.

Mata dia pulak akan mula mencari kesalahan pasangan dia, mencari kekurangan pasangan dia untuk menampung sebab membenarkan dia berlaku curang. Dan ada masanya dia sendiri mencipta Kesalahan/kekurangan pasangannya, padahal takde apa pun salah pasangannya tu. Dia hanya nampak yg pasangan dia yg "Jahat"..dan tak menyenangkan hidup dia. Dan dah mula tak suka mendengar apa2 soalan dari pasangannya. Coz dia takut pasangan dia tanya prihal CURANGnya, sedangkan pasangan lum tahu lagi pun dia curang. Dia mula ABAIKAN TANGGUNGJAWAB, NAFKAH dan KASIH KELUARGAnya. SENDIRI!!!..rasanya betul tak kalau saya gunakan perkataan BODOH tadi..??

Org yg berlaku curang ni, hidup dia sebenarnya dalam KETAKUTAN tapi dia tak sedar n tak rasa. Sebab sifat MENIPU tadi dah selubungkan dia dari rasa TAKUT. Klau tak takut, nape nak sorok2 atau berjumpa dgn "pasangan curangnya" jauh dari org yg kenal dia, atau jumpa di "kawasan yg tersembunyi" dari mata kawan2 dia, dari mata keluarga dia..dari mata pasangannya!!...Kenapa??..sebabnya dia TAKUT.!!

Bak kata saya tadi, hati dah jadi kawan baik ngan Nafsu Jahat, rasa2nya apa "kerja" dia ngan pasangan curangnya tu.? Dia org g dgr ceramah Ustaz Azhar Idrus sama2 ke?..or dia org g solat jemaah 5 waktu kat Masjid ke.? atau dia org g perbetulkan bacaan Quran sama2..

Wahai org yg berlaku curang, Kiranya..sekiranya ALLAH ada depan kamu di saat ini,, sekarang ni, dan ALLAH bertanya pada kamu.. "Adakah perbuatan kamu ini BETUL atau SALAH.?"..
Apa JAWAPAN kamu depan ALLAH..??????

Jadi jangan persoalkan kiranya ALLAH mengurangkan dan memberatkan segala rezeki untuk kamu nanti. Jangan persoalkan kiranya ALLAH memberatkan kamu dengan Ujian UjianNYA. Dan Jangan kamu persoalkan kenapa hidup kamu jadi susah nanti. Tapi persoalkan la diri sendiri,,Kenapa harus jadi Bodohhh....

"So Dear, awak jaga la Suami awak ni dari berlaku curang. Awak layan la saya baik2,,hias la diri cantik cantik dan sexy2 untuk saya, manjakan la saya sebagaimana saya manjakan awak ehhh.." tu la, punya panjang citer saya kat arwah Gee dulu semasa dia duduk di peha saya sambil suapkan saya makan.

Semoga ALLAH pertemukan saya dgn Gee, ISTERI KESAYANGAN saya semula nanti dalam KeredhaanNYA..aminn.

InsyaALLAH







Wednesday 17 February 2016

Batu karang..



Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah..Cinta Hati Hamba.


Terima Kasih atas doa U guys sepanjang saya di hospital kelmarin. Ni ok dah, Alhamdulillah. U guys, saya nasihatkan di sini, pastikan U guys ada Medical Insurance masing2..cost perubatan sekarg ni is not cheap anymore!!. And it cost me more then Rm20K untuk keluarkan batu karang tu!!! (Insurance yg bayar laa)..

Tu baru cost operation batu karang,, kalau batu bata.!?? mampus..

Terima Kasih jua pada semua adik beradik n "anak" saya yg turut menjaga saya di Hospital.
"Pas ni kawen!!, nanti senang ada yg jaga." bunyi adik beradik n my mom..."ok, ok, tahun ni Abil kawen ehh.." jawab saya. So saya akan mula mencari bakal ISTERI.!! Tapi bakal Isteri kena "bermadu" ngan my Dear Gee laa..Boleh?

InsyaALLAH, InsyaALLAH..I will make sure my bakal Isteri akan merasa ALL THE LOVE dari seorg Suami sebagaimana yg dia impikan. And I will show u what is LOVE all about..InsyaALLAH. (bunyi cm promote diri jea ni..hahaha)

Eh, actually, saya nak citer pasal hal lain ni, prihal Curang.! lain pulak jadinya..Esok esok kita bincang hal Curang ni..Antara perkara yg menjadi kebencian pasangan..CURANG.!!

Syok ehh curang curang ni?? esok saya jelaskan "betapa syoknya" curang ni..syok ehhh...!!???

ooooo by the way special thanks to my long lost love Friend, Miss Mona yg kerap bertanyakan kesihatan saya tu hari dan gift yg di kirim..Tqqqqq Chellamm..love u my friend.

so u guys, jumpa esok esok..InsyaALLAH.

-ada yg sudi jadi ISTERI saya..???? hahaha hehehe hohoho..-
-semlm dok tolong adik saya niaga di pasar mlm-










Thursday 4 February 2016

Kasi runtuh "Tembok" tu..



Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..kekasih hati hamba.


Bergaduh lagi me n Gee suatu ketika dulu. 2 3 hari tak berapa nak bercakap jadinya. 2 3 hari tu buat apa pun hati tu tak berapa semangat rasanya.

Masing2 pun degil nak mula kan conversation..Gee dgn merajuknya, saya dgn ego kelakian saya,,So mlm ke 3 tu sedang Gee baru nak lelap, saya tiba tiba masuk bilik n terus urut urut kaki dia..Gee ni kalau saya urut kaki dia, dia suka coz dia selalu rasa lenguh kaki.

"Angin badan banyak!. Makan biar ikut masa betul". kata saya sambil urut.
"Kerja banyak berdiri, lenguh la bukan angin la." Jawab Gee.

" Saya yg pandai mengurut, saya tahu la." bunyi saya lagi.."Yea la awak yg pandai." jawab Gee sambil jelir lidah kat saya..Saya senyum jea. Proses nak berbaik baik la ni..Dan malam tu sambil urut2 tu Me n Gee pun secara tak langsung bincang hal kita gaduh tu dan kita selesaikan mlm tu juga.. n sebelum terlelap, saya bisikkan ayat ni kat Isteri kesayangan saya tu.." Dear, NOBODY can Love u like I do.." Esok tu hati yg lemau kita sebelum ni bersemangat semula..

Kita ni Suami Isteri kiranya bergaduh maka secara automatiknya terbina satu "tembok" yg cuba menahan kita dari berbaik2 semula, "Tembok" ini menghalang kita dari berbincang, Tembok ini klau di biarkan dia jadi makin kukuh dari hari ke hari. "Tembok" ini yg kita tak sedar, ianya menjauhkan kita dari pasangan kita. "Tembok" ini la kita kena robohkan awal awal lagi..Cukup bahaya tembok ni kiranya di biarkan..oooo bahaya bahaya..!!

Dan rupa2nya kaedah nak runtuhkan tembok ni senang jea..Salah seorg kena "mengalah" dulu. Contohnya kaedah yg saya gunakan diatas tadi. Mengalah gitu bukannya kita lemah, mengalah gitu boleh membuka "lembaran conversation" kita Suami Isteri. Mengalah gitu membuat hati kita makin kuat terpaut pada pasangan kita...Ingat,! itu TEMBOK mesti mau kasi runtuh bilamana kita nak selesaikan apa apa masalah Suami Isteri ini.

Alaaa ngan kawan kawan senang pulak kita nak minta minta maaf kalau gaduh..siap cium2 pipi, peluk2 lagi minta maaf..
Ini kan SUAMI kita, ini kan ISTERI kita, takkkkan la ssusah sangat nak berbaik baik ngan kadar segera...InsyaALLAH.





Monday 1 February 2016


Assalammualikum U guys..
Assalammualiki Ya Fauziah..Cinta hati hamba.


Siapa Cinta hati  u guys. ??

Followers