Wednesday, 24 August 2016

Sapa Wanita ni.?



Asalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, pengarang jantung hamba.
Minggu lepas, seminggu hati saya ni rasa kurang senang, rasa gundah, rasa tak bagus, tak tau pasal apa. Rasa cm nak meninggal pun ada!!.
Selidik punya selidik pun tak jumpa punca. Tiap masa doa/ngaji. Habis amalan saya usaha..tak mau gak hati ni lega. Tambah risau ada la..Isnin lepas sebelum tido saya doa, " Ya ALLAH, ampuni la dosa2 saya, legakan la hati saya." tu jea doa saya..
Dan saya bermimpi.........Saya berada di 1 tempat yg lapang tapi ramai org. Semua tak tau mana nak pergi. Saya lagi la blur time tu. Tiba2 datang seorg wanita bawa saya jln ke sebuah rumah. Simple jea rumah tu tetapi penuh dengan ketenangan. Saya rasa hati ni relax jea, tenang jea...Malangnya saya tak nampak wajah wanita tu. Namun dalam hati saya mengenali Wanita ni. Saya pernah rasa setenang gini dulu sewaktu Gee bersama saya. Then Wanita tu hilang gitu jea dan saya terjaga dari mimipi.
Terjaganya saya waktu tu, hati terus rasa tenang dah, hilang dah rasa gundah gelisah seminggu lalu. Tido saya mlm tu rasa sgt sgt puas, lena selena lenanya...
Dah 2 kali semenjak Gee meninggal, saya di datangi Wanita ni bila mana saya rasa so call 'di ganggu' atau tak tenang. Dan 2 kali ni la walaupun tak nampak wajah n susuk tubuh wanita ni saya di "kaburkan", Namun saya sangat kenal sentuhan dan ciri2 ketenangan yg Wanita ni "hulurkan"...sangat saya kenal...Hanya Gee yg selalu berikan saya gitu sewaktu hidupnya..
InsyaALLAH
.....gitu la cerita untuk hari niiiii....clap clap clap..Oii!! tepuk la tangan!!

Wednesday, 10 August 2016

Uniknya HADIAH ALLAH.


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta hati hamba.


"Darling, awak tak kuar ngan ikhwan2 pondok g minum malam ni?' tanya Gee suatu tika duluuu. Dalam hati saya tau dah, Gee mesti nak tengok drama ni.

"kang jap lagi nak keluar la ni. G minum kedai depan. Anything nanti awak call yea." kata saya..."Okkk darlinggg" jawapan ngan suara ceria Gee.

Gee tau saya tak berasa suka bilamana Gee kerap tgk cerita2 drama melayu ni. Bukan saya boikot drama2 kita tetapi ada sebab2 tertentunya.Memandangkan Isteri kesayangan saya tu nampak suka sgt so saya tak cakap apa la pasal dia nak tgk drama tu walaupun dia tak cakap. kang kalau tanya mesti dia berdalih kata bukan nak tgk drama..dah jadi menipu lak Isteri saya tu nanti so saya tak tanya lagi elok.

"Dear, kita ni kan kiranya selalu dengar lagu2 sedih atau kita kerap tengok cerita2 sedih dan kita hayati lagu/cerita tu, suatu hari nanti pasti kita akan terjerumus dalam kisah cerita atau lagu tu. Sebab takkala kita dok hayati, penghayatan kita tu secara tak langsung menjadi satu DOA." Doa" gitu la yg kita kena hindarkan." Dok tengah baring2 sebelum tido saya terangkan pada Gee.

Satu sifat Gee ni bila Suami dia ni sedang terangkan sesuatu, Gee tak pernah potong cakap saya. Dia akan dengar dulu. Dan khusyuk dia mendengar.

"Mana awak tau!?" atau "Yeaa Ke?".."alaa bukan selalu tengok pun." atau.." tu pun tak boleh tgk!.".."alaaa awak niii."...dialog2 gini tidak pernah keluar dari mulut Gee waktu sedang saya menjelaskan sesuatu..Ni satu sifat yg buatkan saya sebagai SUAMI sangat sangat sangat MENCINTAInya..

"Tuhan tak suka kita tgk cm tu yea darling?"Dah selesai baru la Gee akan bertanyakan kebenaran penjelasan saya tu. Penjelasan mesti ada berlandaskan "Dalil". So bla bla bla bla bla saya jawab soalan Gee sampai dia puas..Ni satu pulak perangai pompuan ni,, Suami pastikan jawapan kita tu mesti sampai tahap PUAS Isteri..

Dan sang Suami sekelian, mesti tau yg Pompuan ni kalau dia dah tanya sekali dan kita pulak dah jawab, JANGAN INGAT dah SETTLE.!! Esok2 dia tanya lagi kauu!! Dia org (pompuan/Isteri) ni ada 1st round, 2nd round dan 3rd round..!!!..(Oii ni bukan citer Mlm Jumaat punya round la, ni citer sifat Isteri2 kita..aduhhhh!!!)

Tu Sifat Isteri kita. Mesti ramai Suami dah lalui saat gini, Isteri dookkk berulang2 ungkit pertanyaan yg sama dalam hal2 yg dia rasa kurang puas..Biasa la tu Bro..layan jea la, ISTERI kita kann..hehehe Agak2 malas nak dengar soalan berkaitan yg sama, PELUK dia, dia tanya jea, Peluk,..dia nak tanya lagi PELUK lagi!!..dan akahirnya ISTERI kita tu akan...DAN MASIH bertanya!!! hahahahahahahahaha..Ini la 1 sifat Wanita yg TIADA Ubatnya..BERTANYA dan BERTANYA..Unik sungguh Hadiah ALLAH ni pada SUAMI..

Dan kita Sebagai pasangan SUAMI dan ISTERI, jangan sesekali berhenti dari MEMAHAMI. Selagi nyawa ko org bawa ke hulu ke hilir, Selagi tu la senantiasa pandang dan MEMAHAMI pasangan masing2..Suami dan Isteri ni adalah HADIAH ALLAH yang sgt2 UNIK....

InsyaALLAH..

-by t way, buku "Warkah Buat Isteri" rupanya ada lagi 16 naskah (ingatkan habis). so call cik AIda tu 017 9395172 untuk beli buku online. Tu jea yg tinggal 16 naskah.