Saturday 29 August 2015

Degilnyaa!!!

Assalammualaikum U guys. 
Assalammualaiki Ya Fauziah, Kekasih hati hamba.

Baru balik dari gotong royong untuk Majlis SimposiumTarekat Tasawuf di Surau Kg Pondok Rasah (dekat umah saya di Sban ni) Magrib nanti. Mana2 yg ada masa tu jemput la hadir..

Sambil2 tolong tolong ada jugak suara bertanya " Abil, bila nak makan nasi minyaknya lagi??" .. " Coming soon!" gurau jawapan saya..Takde soalan lain sejak kebelakangan ni..Asal jumpa sahabat2 lama itu la yg dia org tanya..Dari ramai ramai tu, ada seorang Sheikh ni, Sahabat saya datang kat saya n membisik 

"ALLAH beri ganjaran dan Hadiah yg lebih pada amalan bagi org yg berkahwin..jangan la kita tolak." sambil senyum n terdiam seketika saya mendengar. "ALLAH sayangkan kau Abil.." sambung sahabat saya tu. Then terus saya kata padanya, "Doakan kebaikkan buat saya tuan."

U guys pun doakan saya eh, doakan moga ALLAH memberikan kebaikkan buat saya dunia Akhirat. aminn.

Sebelum balik umah saya ziarah kubur Isteri kesayangan saya tu, biasanya lepas hadiahkan bacaan Quran, saya borak2 jap ngan Isteri saya tu, InsyaALLAH dia dengar. Tapi hari ni saya tak borak sgt. Coz "termengelamun" layanan Gee dulu pada saya dulu.

Gee, seorg Isteri yg taat, seorg Isteri penghibur hati,Isteri yg suka n pandai masak (sedappp!!), Seorg Isteri yg senang mengikut nasihat Suami..TAPI ada degilnya kadang2 tu!! kerana degilnya tu la saya suka mengusik dia sampai dia merajuk! Pompuan memang gitu la fitrahnya, dari tulang yg bengkok kannn..ada degilnya!! Kadang kala Suami tu berkali2 cakap sesuatu perkara atau melarang sesuatu perkara, kejap jea bini kita tu ikut,,seminggu 2 dia buat balik..punya degil pompuan ni!! Contoh paling mudah..Isteri minta izin nak g suatu tempat, Suami pun tak berapa setuju,,Isteri tu akan tanya kenapa tak boleh? pasal apa? kenapa sebelum ni boleh? Isteri kita ni akan bertanya dan bertanya sehingga la Suami tu mengalah..Sedangkan awal tadi dia minta izin Suami ni, bila tak beri izin dia Degil gak dgn jawapan Suami!! Lain kali jgn tanya kau keluar jea la..Kreko plus sewel pompuan ni!! Hanya degil Isteri kita pada 1,2 perkara jea bukan semua..

Jarang kita jumpa pompuan yg tak degil, kebiasaannya memang DEGIL!! Itu la pompuan, itu la Isteri kita. Sebagai Suami kita kena sabar n pandai mengawal Kedegilan Isteri kita tu. Dan sebenarnya Kedegilan wanita ni hanya untuk mendapatkan sedikit perhatian, sedikit perhatian dari seorg lelaki yg bergelar SUAMI..itu jeaaa..

So kalau nak hilangkan kedegilan Isteri tu, Sesekali tu manja manjakan la dia. Apa la salahnya manja2kan Isteri sesekali sesekala..sedangkan Isteri kita ni manja kan Suaminya TIAP TIAP hari...betul tak??..InsyaALLAH.

Satu penghormatan bila dapat berjumpa n berbual bual dengan Wira Negara.


Friday 21 August 2015

Sesekali..praktikkan jea.


Assalammualikum U guys.
Assalammualaki Ya Fauziah, Isteri kesayangan hamba.


"Dear, apa benda yg paling awak tak suka klau saya buat?" sambil dok baring kat peha Gee makan kacang saya tanya.
" Kalau awak mengatal ngan pompuan!!" terus n tegas jawapan Gee..

"Ehhh, mana boleh cm tu Dear, awak bukannya tak tau yg Suami awak ni Hen..sem, jadi ramai pompuan yg suka so kena la saya mengatal.Rugi pulak klau saya tak mengatal.! Tgk muka awak hari2 pun kadang2 bosan gak." usik saya..

"Oooo gatal eh!! saya cabut  #*&*# awak tu nanti!!" sambil tolak saya dari pehanya..

Saya pun buat la guling2 kena tolak tu, then terus saya nyanyi lagu India(cm dlm tv tu) kat Gee. "Kaddal wandereci, asial woodiwanden.." lagu india classic tu yg saya nyanyikan..(Saya boleh berbahasa tamil n cina tapi tak la terror).

"Ehh, g sana la!" Gee tolak saya lagi bila nyanyi2 tu saya dok guling2 balik n mengesel2 kat dia. Tapi bukan la Gee tu marah betul2 kat saya bilamana saya kata saya nak mengatal ngan pompuan lain, Gee tahu saya suka usik dia. Tu la kerja saya bila takde kerja..ngusik si Gee.
" Jangan marah lerr Dear cinta hatikuuu." sambil saya dok baring semula kat peha Gee n usap2 dagunya..
" Eh diam la!" konon2 nak merajuk la Gee ni..hahahaha konon!!

"Punya la cantik n sexy bini saya ni, pas tu terror masak pulak, taat kat Suami pulak, GARANG la pulak, pulak la pulak..takde masa la saya nak mendua duakan awak. Awak kan Isteri saya, ngan awak jea la saya mengatallll.." konon pujuk Gee la saya masa tu..Then kita sambung borak sambil Gee cabut uban saya.

Punya la seronok bila kita ada Suami, bila kita ada Isteri. Praktikkan "keseronokkan" gitu bila masa terluang bersama sesekali. Keseronokkan Suami Isteri yg sedia ada ni Kita kena praktikkan, jgn kita tak gunakan ia coz lama kelamaan rasa kasih, rasa tanggungjawab akan tenggelam dan akhirnya akan "Terkunci". Nak cari kunci untuk buka balik bukan senang! Tu yg biasa kita tgk org yg dah bertahun tahun kawen kurang "hidup" perkawenan dia org. Sunyi sepi jea. Perkawenan tu "murung" kebanyakkan masanya.

Apo cerito eh, murung yo..cm mati pucuk perkawenan eh tu. Kawen ni banyak guno eh..Guno kan bini tu, guno kan laki tu. Baru la boto (betul), baru la ada ummpp namo eh..

So U guys rajin rajin praktik kasih n tanggungjawab yg sedia ada. Kita praktikkan/usahakan TUHAN pun "pandang" doa kita. Cm kata saya sebelum ni..Jangan simpan buat Jeruk!!!
InsyaALLAH.
Cinta hati hamba..



Thursday 13 August 2015

Pondok Rasah, Seremban.


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, cinta hati hamba.


Berdekatan dgn rumah saya di Rasah, Seremban ni ada sebuah Surau, Surau Kg. Pondok Rasah. Di Surau ni la di antara tempat saya di "besarkan". Bahkan sampai la hari ni saya masih ingin membesar di sana. Masih lagi saya belajar bab Fekah, Tauhid, Hadis, Quran dan sebagainya terutama dlm bab Tasawuf di sana. 

Surau tu di dirikan sekitar tahun 1930an lagi. Tahun berganti tahun maka Surau tu dah terlalu usang walaupun byk usaha membaik pulih telah di buat. So akhirnya Surau tu telah di ganti dgn bangunan yg baru di tapak yg sama. Dah hampir siap TETAPI budget yg kami ada tak cukup..so kami (pihak Surau) memohon la jasa baik dari U guys ni kiranya ada kelebihan rezeki boleh la menyumbang. Info sumbangan tu ada di pic/poster di bawah..Harapan kami moga moga dgn sumbangan U guys boleh la Surau tu siap pada ujung tahun ni sepenuhnya mengikut jadual, InsyaALLAH.

Ucapan TERIMA KASIH dari kami atas sumbangan U guys..Nanti U guys boleh google la kiranya nak tahu lebih lanjut sejarah Pondok kami tu yea..InsyaALLAH

.

Friday 7 August 2015

Kembang kuncup rasanya...


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Siti Esah..Cinta hati hamba.

"Dah 2 tahun lebih Gee meninggal, kau masih suka citer pasal dia. Bunyinya cm kau takkan kawen lagi jea.." borak sahabat saya baru2 ni. 
" Kan banyak pengajaran yg baik Gee tinggalkan untuk aku. Aku share jea ngan org lain, mana tahu ada yg sesuai boleh buat teladan, Gee pun boleh dapat pahala.InsyaALLAH.".."Dan terus terang aku katakan, aku masih dan tetap sayangkan Gee seperti dia masih ada di depan aku dan sekiranya aku ada jodoh lagi nanti, bini baru aku tu kena "bermadu" ngan Gee." sambil gelak saya terangkan pada sahabat2 saya tu..

Kalau ada yg mampu nak bermadu ngan Gee maka dia la orgnya yg akan saya pilih. Mampu!?? hahaha hehehe hohoho. Dah saya katakan byk kali Gee tetap di hati saya dan di hati saya she will be. Itu la keistimewaan yg saya berikan pada Gee. Kerana Gee adalah ISTERI saya di sini dan IsyaALLAH di 'sana'..aminn.

Namun gitu, SEKIRAnya ada jodoh baru ALLAH tentukan, of course ler akan saya berikan penjagaan n kasih saya sebagai Suami dan dont worry, saya takkan bandingkan ngan Gee..Jodoh kan pemberian ALLAH, hadiah dari ALLAH, jadi wajib la sang Suami jaga elok elok semampunya..Eh U guys ni citer SEKIRAnya tau, bukan saya dah ada calon. Keterangan yg saya berikan pada sahabat2 saya tu tadi.

Isteri/pompuan ni kan suka dirinya di puji dek Suami malahan kawan2nya pun. Nak bina, nak kukuhkan semangat Isteri, Puji la dia. Kekuatan Isteri ada pada Pujian dari Suaminya. Cuba puji Isteri bilamana dia pakai baju g kerja.."Eh, mana u beli baju ni? cantik giler u pakai.!" or " Tiap kali klau u masak, menitis airmata abg ni makan..sedappp"..sambil joget2 cakap tu..or " Mak oiiii!!! cantikkk sungguh bini aku pagi nii" sesekali puji gitu..cium cium pipinya byk kali..!

Kembang kuncup punggung dia kena puji dek Suami gitu dan masa yg sama semangat yg baik pada Isteri ni akan hidup dan akan bertambah kuat. Pas tu sure bini kita ni akan masak LEBIH sedap, akan berhias LEBIH cantik, akan menambah baik penampilannya LEBIH ghairah untuk Suaminya.

Walaupun Isteri kita tu "kreko" sikit coz biasanya dia jawab lepas di puji tu.."Tipu la abg ni".."elehh saja la nak puji tu kan.".. " Ni mesti ada apa apa ni.!"..Suami jgn ambil berat kata2 gitu SEBAB maksudnya Isteri tengah rasa MALU dan sgt2 suka Suaminya memuji...

Jadi sesekali tu puji memuji la di antara Suami n Isteri..ianya menguatkan Semangat, menghidupkan kasih yg dah mula tenggelam dan menguatkan batin,,eh silap taip lagi..kuatkan ikatan sesama U guys..InsyaALLAH..

-AL FATIHAH buat Isteri kesayangan saya, Fauziah binti Muhammad.-

Tuesday 4 August 2015

Me, Gee n Motor..


Assalammulaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Muhammad, Forever in my heart.

Satu ptg saya jemput Gee lepas kerja naik motor. Tak bercakap, malahan dah 2 hari tak bercakap..(Gaduh la, apa lagi.) Tiba2 saya brek, kononnya nak elak sesuatu la, Gee terus peluk saya, terperanjat. Dan masih tak bercakap.

Kejap tu saya brek lagi, sekali lagi Gee peluk dan Gee tanya "Kenapa brek?" Terus saya jawab "Nak memujuk awak la ni main brek brek."..Kali ni Gee peluk tak lepas2..Apa lagi main brek memanjang la saya lepas tu.!!Terima Kasih ALLAH, dan terima kasih motor! dlm hati saya berkata.

Antara kaedah/peralatan saya gunakan bilamana nak memujuk atau "intro" nak minta maaf kat bini..motor tu la, Sebelum saya nak mohon maaf kat Gee saya suka mulakan dgn intro, coz pada pendapat saya, memulakan dng intro2 sebegitu mudah sikit Isteri kesayangan saya ni nak terima maaf saya. Dan ianya sgt berkesan..Pas tu bila selesai bagi salam solat Magrib, lepas 3 kali Iqtifar tu, saya suruh Gee duduk sebelah saya (Kami berdua biasa solat sekali).."Dear, awak maafkan saya yea." mohon saya, Gee terus salam n cium tangan..Dah settleee..Mudah rupanya minta maaf ni kan..

Kebiasaannya lelaki ni payah sikit nak dengar dia minta maaf kat Isteri ni, maklum la Ego kann, tapi di hatinya memang sungguh nak mohon maaf. Nak menyebut "I'M sorry" tu punya la berat nak mampus coz of ego pun yea, coz of malu punya iya (termasuk la saya ni)..Eksen konon!!..sebab tu la saya akan memulakan dgn "intro" kemaafan tadi..bila saya rasa Gee pun dah bersedia maafkan saya, then saya akan sebut cm lepas solat tadi..Dan waktu selesai solat gitu la waktu yg terbaik nak minta maaf, kerana Hati kita biasanya dah tenang tiap kali habis solat..

Yg pompuan ni pun ada "Kreko" gak, kadang2 bila Suami minta maaf, dia pulak yg jeling muka, Isteri ni pulak nak tokok tambah merajuknya pulak, kononnya seperti nak suruh Suami tu merayu2 mohon maaf!!..Jgn la cm tu, terima la elok2 pas tu peluk terus Suami tu..kan "ghairah" buat gitu,,eh eh, silap taip hehehe,,kan baik buat cm tu bila Suami dah minta maaf..Mudahkan proses memaafkan tu, make it simple n nice..

Kalau rasa malu/ego nak terus minta maaf, cari la kaedah2 "Intro" seperti contoh citer di atas tadi..buat la dulu nanti U guys akan nampak kesannya..besttttt...

so U guys,, bila nak bergaduh laki bini lagi?? hahahaha Jgn gaduh2 besar yea, gaduh gaduh manja sudah laa....InsyaALLAH.


Motor yg banyak berjasa..sapa la yg nak duduk kat belakang ni lagi??..-



Followers