Wednesday 24 June 2015

Rajin masak tak??




Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah bt. Siti Esah, Kasih hati hamba.
Payah gak Gee dah takde bulan puasa ni,.dulu arwah Gee ada macam2 masakkan kegemaran saya Gee masak tiap kali berbuka..Sesekali berbuka dulu Gee masak kari kepala ikan jenahak..perghhhhhhh menitik airmata makan,,sedap kawww!!!!
Gee memang suka n pakar masak, dalam 1 jam Gee boleh siapkan 6,7 jenis lauk siap untuk di makan!! Ko org mampu masak gitu!??..n semuanya mencapai citarasa saya, malahan keluarga n rakan2 kita org. Kena pulak datang "sewel" saya, saya nak Gee suapkan bila mkn..hahaha hehehe hohoho.
"Cm budak budak!" bebel Gee sambil suap saya makan. Saya hanya kenyit kenyitkan mata jea bila Gee kata gitu. Bayangkan dah la masakkan sedap, kena pulak bini suapkan...prghhhh "Ghairah Kekenyangan" namanya tu!!..
Kaedah ni elok di amalkan terutama bagi U guys yg masih baru berkawen, yg dah otai tu pun boleh juga,,hanya takut dialog otai tu berbunyi.." Eh, awak dah ilang tebiat ke?!! suap suap ni!"..
Tapi jangan la selalu nak suap gitu, sesekali jea buat, baru ada "Thrill"..!!
NAMUN..sebelum nak bersuap suap, PASTIKAN masakkan tu ada quality, sedap, dan Suami tu suka..Sekiranya Suami kita betul2 kata sedap n dia suka,,maka Mak Mertua u guys tentu2 sayangkan U guys. Kebiasaannya, Suami yg "cintakan" masakkan Isterinya, payah suami tu pandang wanita lain..kebiasaannya laaa..
So para Isteri Isteri sekelian, pastikan puan2 ni suka memasak, sedap masakkan tu dan ada quality. JANGAN MALAS!! Org yg nak makan tu namanya S.U.A.M.I..tau??!..SUAMI.!!!! ..InsyaALLAH.
- untuk mendapatkan buku "Warkah Buat Isteri" tu, hubungi talian 017 9395172..tqqq.


Tuesday 23 June 2015

Ramadhan n Ayam Crispy..


AssalammualaikumU guys..
Assalammualaiki Ya FAuziah..Isteri kesayangan hamba.

 Masih tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Bulan RAMADHAN dan selamat mengerjakan ibadah.  
Saya bermohon maaf jika selama perkenalan kita di sini ada kesilapan atau ada yg menyinggung perasaan tuan2 n puan2 dari saya..Maafkan lah saya..InsyaALLAH.

By the way, bulan puasa ni saya agak free sikit dari ceramah so waktu petang saya membantu adik saya berniaga ayam crispy tu di bazaar Ramadhan Pandan Indah..Datang lerr, boleh chit chat chit chat kejap..InsyaALLAH esok2 saya update entry cm biasa yea...

oooooo by the way again..I love U guys and Selamat berpuasa..
U guys love me??!!..hahaha hehehe hohoho.


Sunday 14 June 2015

JANGAN UNGKIT UNGKIT!!!!!!!


Assalammualaikum U guys
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri saya, sahabat saya and my buddy..

Hari Sabtu gini biasanya saya n Arwah Gee akan having lunch di Cozy Conner, Great Eastern Mall, Ampang. Having lunch dan kita selalu berbincang berkaitan perkara2 yg kurang dan perkara yg kita suka semenjak bergelar Suami Isteri.

Yg kurang kita cari jalan memperbaiki so akan dtg jika berlaku kekurangan perhubungan tu boleh la kita settlekan cepat dan saya n Gee tak akan ungkit2 lagi. Tiap minggu gitu la jadual saya n Gee. Tu yg membuatkan hubungan saya n Isteri kerinduan hati saya ni jadi begitu rapat, begitu "Khayal", begitu syok dan begitu "ghairah".!!
 Eh, U guys nak tahu, pernah me n Gee gaduh besar gak walaupun dah bincang2 gitu (hebat cmana pun hubungan, gaduh mesti ada maa.)..Tapi tengah2 gaduh tu saya n Gee boleh gelak2 n then tak jadi gaduh, kejap jea bergaduh..pas tu peluk peluk dah, pas tu kita ehem ehem..hehehe. (syok rupanya gaduh ni.!! hahaha hehehe hohoho) ..Kenapa tak jadi gaduh yg berterusan?? coz kita suka berbincang cm saya citer kan tadi. Dan yg PENTING, JANGAN KITA UNGKIT, perkara yg lepas kiranya bergaduh lagi..INGAT!! JANGAN UNGKIT..!!!!!!!!

Ni bila dah kita maafkan pasangan kita tu kenapa perlu ungkit semula perkara lepas dlm "pergaduhan yg baru"..Then maaf kita tu apa gunanya??!! Asalkan bergaduh jea, ungkit, asal gaduh ungkit!! Bergaduh hanya 1 perkara jea tapi dok ungkit punya ungkit dah jadi 16 perkara!!..Tu yg buat pergaduhan tu jadi lama, jadi lebih "ganas" dan lebih BAHLOL!!! (bukan u guys, org lain la). 

Dan sebenarnya pasangan kita ni semua suka berbincang. Hanya U guys kena belajar cara bercakap, pengunaan perkataan yg lebih tepat, pergerakan tangan dan badan dan warna pakaian semasa berbincang..ehh penting semua tu. Nak citer panjg tak boleh kat sini, nanti mual pulak U guys baca..Next entry saya citer pasal "FOCUS GROUP" saya eh..

"Suami/Isteri saya susah bawa bincang.".. "Bincang pun tak guna En Abil, takde kata putus.".." Susah nak cari waktu sesuai nak bincang2 ni."..apa lagi dialog yg sewaktu dgn nya..
Apa gunanya jadi Suami, apa gunanya jadi Isteri kalau tak mau/susah berbincang??!!!..Bincang ni hanya perlukan Suara dan Mulut jea,,payah ke??!! OOOO kalau "french kiss" senang pulak, habis semua isi mulut ko org pakai!! 

U guys tau tak,Gaduh suami isteri ni ada terselit nikmat ALLAH,,kiranya kita ni matang dan ada ilmu, maka kita akan jumpa nikmat tu..Harap2 u guys matang laa. InsyaALLAH. 

- nak beli buku Gee? "Warkah Buat Isteri"..wsaap/sms 0179395172 yea..tqq u guyssss..

-(pic di bwh) Tiap tiap hari saya akan peluk Gee gitu semasa dia sakit dulu.-


Wednesday 3 June 2015

Bukan nenek ipar kita yg bagi!!!


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..Tak semena mena pagi2 ni terlalu rindukan awak Dear..dah hampir tempoh saya kut.!

"Ai, penceramah pun masak ayam crispy gak yea kat pasar malam.?".. " DIM, dah famous, jangan la sombong tak balas wsaap/pm fb saya.".. " Wahh en Abil dah cm artis dah sekarg niii.."..Saya hanya diam jea n senyum bilamana ada dialog2 gitu dari u guys..

Demi yg MAHA ESA bukan saya ingin jadi famous, demi yg MAHA AGUNG bukan saya ingin jadi sombong tak jawab wssap/ pm fb dari U guys..saya sorang, yg wsaap/pm ramai so tunggu ler saya jawab satu satu, yg pasti saya akan jawab.  but let me tell U guys a story..come rapat rapat, jgn peluk saya sudah.nanti Gee marah!! haha.

Bila Gee jatuh sakit dulu, saya menjaganya seorang, tiada org yg menemani saya. My family akan balik di rumah seremban tu tiap weekend, keluarga Gee akan ziarah tiap 2 bulan coz dia org dari Trengganu. Dalam tempoh setahun menjaga Gee, hanya beberapa org saja yg datang menjenguk Isteri kesayangan saya tu.  And ada so call sahabat, saudara mara saya n Gee yg langsung tak datang ziarah, call pun tidak. Sedangkan tahun pertama tu la kami berdua ni sgt2 memerlukan sokongan..Do u guys know how does it feel??

"Dear, awak jgn terasa tau kalau takde org yg datang ziarah awak ni tiap hari tau. Jangan sesekali awak terasa sedih ke, hiba ke coz saya sentiasa ada ngan awak, sentiasa!. Saya tidak akan tinggalkan awak. Saya akan jaga awak sebaik2nya dengan semua, SEMUA KASIH saya only for u Dear. U know why..coz nobody, NOBODY can love u like I do.!".." InsyaALLAH, saya janji, saya kan buatkan awak di kenali dek semua org, ni janji saya pada awak." kata saya pada Gee yg dok terlantar sakit dulu. Dia pun bukan faham apa saya ckp coz Gee mengalami               "brain damage" kan..Gee hanya hidup ngan perasaan saja.

Satu subuh saya berdoa, doa dlm rasa sgt2 sedih.." YA ALLAH, kami berdua tiada tempat untuk mengadu selain padaMU. Kami kehilangan suasana Suami Isteri seperti org lain, kami sedang menghadapi Ujian dariMU, "Kerja" yg ENGKAU berikan pada saya ni akan saya laksanakan sebaik2nya semampu saya, maka itu YA ALLAH jangan ENGKAU tingggalkan kami ini, jangan ENGKAU tidak memandang pada kami ini terutamanya Isteri kesayangan saya itu. Berikan la saya kekuatan hati menjalani UjianMU, berikan la Isteri saya ketenangan hati. Ampuni la kami, sayangi la kami YA ALLAH...." 

InsyaALLAH, habis jea berdoa tiba2 hati saya rasa sgt2 tenang, rasa sgt2 mudah menjaga Gee, Gee pulak nampak jelas tenangnya berbanding hari2 sebelum tu..ALHAMDULILLAH. Seminggu selepas tu tiba2 ada wartawan yg dtg nak buat liputan..dan selepas tu tak berhenti2 wartawan dari akhbar2, majalah2, dari siaran2 tv dan radio buat liputan masing2..dan tiap2 hari org datang menziarah dari seluruh negeri, persatuan, NGo, pemimpin..dan dari so call sahabat kami tadi tu..emmm.

Sehingga hari ni masih ramai yg menghadiahkan AL FATIHAH / Tahlil buat Isteri kerinduan saya tu..Terima kasih U guys. 
"Dear, janji saya rasanya telah saya usahakan semampu saya, kiranya ada yg kurang maafkan la saya" itu kata2 saya pada Gee sebelum Gee meninggal dulu..

InsyaALLAH, sehingga "tempoh" saya sampai nanti, sehingga itu la saya akan cuba mendapatkan seberapa banyak "HADIAH" Al fatihah untuk Isteri saya di "sana"..

Tu la tanggungjawab yg TUHAN bagi pada seorg Suami, Isteri (bukan nenek ipar kita yg beri.!!)..WAJIB menjaga pasangan kita sebaik baiknya semampu kita dalam apa jua bentuk situasinya. Cintakan pasangan kita, kasihkankan pasangan kita, manjakan pasangan kita..kerana pasangan kita tu adalah HADIAH ISTIMEWA dari ALLAH sendiri...!! Sapa yg berani nak buang, nak rosakkan, nak abaikan HADIAH ALLAH ni..?? ada berani??!!

Dan siapa yg tak kenal Fauziah bt Mohamad a.k.a. Gee..?? angkat tangan..InsyaALLAH.

- hubungi 0179395172 untuk mendapatkan buku gee tu.."Warkah Buat Isteri"..tqqqqq.




Followers