Wednesday, 28 October 2015

Sometime, sometime and..sometime


Assalammualaikum U guys. 
Assalammualaiki Ya Fauziah, kasih hati hamba.


That day lepas ziarah pusara Isteri kesayangan saya tu, lepas lepas rindu la kononnya,, saya spend time membaca komen n sebahagian U guys yg minta pendapat saya..U guys know what...

Sometime ada perkara yg perlu kita fikirkan tapi kita tak fikir.
Sometime ada perkara yg kita perlu ucapkan tapi kita tak ucap.
Sometime ada perkara yg perlu kita lakukan tapi kita tak lakukan.

Sehingga la ianya dah terlambat untuk kita fikir, ucap dan lakukan. Setelah tu kita menyesal, kita rasa rugi dan rasa agak bodoh, kita mula la menunding jari pada salah orang sedangkan kita sendiri pun ada silapnya, kita mengadu sana, kita mengadu sini, then bila org nasihat kita, kita tak ikut. Dan kita keep on bercerita mengadu nasib malang kononnya, kita menyalahkan Jodoh yg Tuhan beri dan kita keep on bersedih ngan nasib kita. 

Ooo yg the best thing, kita kata "Saya will keep strong!!"..Persoalannya " Kenapa tak keep strong bila pasangan kita masih bersama kita dulu!!.."??? kenapa sekarang baru nk keep strong.?? Kan elok keeping strong dari mula hingga sekarang!

Kenapa bila bergaduh tak boleh bincang elok elok?? Maki hamun, ungkit ungkit yg lepas2, kau betul dia salah, dia betul kau salah.

Kenapa bila Financial pasangan kita pudar kita mula nak mengatakan dia tak beri nafkah, saya jea yg tanggung semua. Kenapa tak bincang elok2 cari cara KERJASAMA untuk upgrade semula financial tu..

Kenapa bila pasangan merajuk kita tak boleh nak pujuk?? Tinggi sangat ke maruah diri tu sampai nak memujuk payah?? Hebat sangat ke Ilmu di dada tu?? Cuba baca 3 hadis NABI saw nak dengar..Susah sangat ke nak memujuk ni??

Kenapa bila mintak buat air minum, kita kata "nanti dulu.".."Alaa awak niii"..awak buat sendiri la saya penat".."Buat air lagi,!"
Elok lagi suruh "bibik" kita jea yg buat, dia tak complain pun..kawen jea la ngan bibik tu, lagi elok layanannya kat kita.!!

Jawabnya, coz 3 perkara di atas tadi kita tak buat. Dah terhantuk baru la sedar sedangkan kita tahu klau tak buat gitu akan jadi gini, tak buat gini akan jadi gitu..

Apa laaaa salahnya kita cuba menjadikan ikatan Suami Isteri kita ni lebih baik, lebih meriah dan lebih ghairah, eh silap silap..silap taip..lebih Ceria. Ubah diri demi SUAMI, bentuk diri demi ISTERI..
Baru la nampak yg ko org ni 1 dalam sejuta!!

Saya bukan tegur U guys yg kat sini tau..ni teguran U guys yg tempat lain..haha hehe hoho..Ingat U guys jgn sampai terlambat nanti tau..InsyaALLAH.

- 31hb (Sabtu) ni jgn lupa program saya tu kat Tmn Melawati,KL.-

Sayangg Gee, emmm..ko ada!??

Thursday, 22 October 2015

1 in a million..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Cinta Hati Hamba.
INGIN JADI SATU DALAM SEJUTA?
Anda Ingin jadi isteri & suami yang terbaik?
Anda ingin mencipta hubungan yang harmoni yang menjurus kepada KEBAHGIAAN DUNIA & AKHIRAT?
Anda mengharungi pengalaman hubungan yg DINGIN bersama pasangan?
Sampai sekarang anda maseh SINGLE? sukar mencari pasangan hidup?
Dapatkan TIPS-TIPS POWER dari ABIL FIKRI AHMAD, penceramah selebriti dan Penulis Blogdan Buku "Warkah Buat Isteri"
Beliau yg terkenal , telah berkongsi pengalaman beliau di seluruh pelusuk negara kpd lebih 150,000 audience di kalangan kakitangan Agensi Kerajaan dan Swasta. Beliau juga sering djemput memberi perkongsian dalam radio IKIM, TV Al-Hijrah, Harian Metro, Sinar Harian dan TV3
Dengan jolokan D.I.M - Duda Idaman Malaya , Abil ingin berkongsi pengalaman beliau MENJAGA ISTERI KESAYANGAN BELIAU ( GEE ) yg mengalami penyakit kronik hingga ke hembusan nafas terakhir dan memberikan TIPS2 berkesan untuk menjadi pasangan yang terbaik
TERBUKA HANYA UNTUK 50 peserta shj.
Daftar Sekarang melalui:
Call or Whatsapp Yati 012 319 1695
Call or Whatsapp Aida 017 939 5172
JUMPA ANDA DI SEMINAR ASDS - Anda Satu Dalam Sejuta
pada 31.10.15 , 9.30am - 1pm di 341-A Akedemi PWA , Melawati Urban 1, KL. (TMN MELAWATI)
Jamuan Ringan disediakan . HANYA RM78/pax

Monday, 12 October 2015

Aku tau laa.!!


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah, Isteri kesayangan hamba.


" Hei pompuan, kau buat apa tu? Teman aku dinner jap lagi, boleh?" saya fon Gee dari ofis suatu ketika dulu.
 " Boleh la jantan oii, kau jemput aku kat rumah la" setuju Gee sambil kami gelak2..masa kejadian citer ni kami belum Nikah lagi..

Ada masanya sewaktu berkawan dulu kita saja saja gunakan bahasa gitu..Kita pun berkawan 10 bulan jea..pas tu jadi Suami Isteri.

" Saya kan,, lepas becerai dulu, saya rasa hilang arah. Tak tau apa patut saya buat, ke mana arah masa depan saya, cmana hidup saya ngan anak2 nanti, boleh ke saya survive..pandangan saya buntu..lost la kata org.".. Saya diam jea mendengar sewaktu memandu. Ini la kata kata Gee yg saya tidak lupa hingga sekarang. 
" Tapi bila berkawan ngan awak, "Kabur" pandangan saya tu mula nampak cerah. Semangat tu cm hidup balik." Gee sambung.

" Mulai dari sekarang, saya akan "Built u up", saya akan ubah awak, dan saya tak nk awak bercerita sedih2 lagi..Awak nak jadi kuat tak??..Gee mengangguk.."Then awak ikut apa yg saya suruh n ajar nanti yea." dan tu umpama janji saya pada Gee untuk membentuk dia...

Perkara pertama yg saya buat, saya ubah corak berpakaian Gee, pelbagaikan pakaian dan warna yg ada "auranya". Termasuk la tudungnya..
" Pakaian awak ni saya tgk walaupun ada cm2 tapi basiclly sama jea..kita ubah.!" kata saya.." kan lain lain corak baju yg saya ada." kata Gee.
"Ehh, awak diam la, saya yg nampak, saya tau la. Saya ni mewakili pandangan org sekeliling awak so saya tau la apa nk carikan untuk awak!! Awak tahu ke aura yg sesuai ngan awak??! bla bla bla.." sambil memilih baju untuk Gee saya membebel. .."ok,ok.." Gee ikut jea.

Yg kedua, Senaman!..Saya mula mengajar Gee bersenam. Senaman sambil berzikir. " Bersenam pun ada zikir eh??" tanya Gee dan sekali lagi saya jawab.."Ehh, awak diam la, saya umur 12 tahun mula bersenam ngan zikir2 saya tahu la kesan dia. Tu la awak, kecik kecik tak nak belajar!! Ikut jea la.!..."Ok ok" jawab Gee kena bebel lagi ngan saya. bukan setakat sehat badan, senaman membuang "Negatif" yg ada dalam hati dan otak tu!! Sihir pun payah nak kena!..U guys nak belajar?? Ikut saya Jogging baru saya kasi..

Alhamdulillah, lepas 2 3 bulan perubahan di atas, Gee nampak lebih ceria, fikiran lebih tajam, cara bercakap sedap di dengar dan ada ketegasan diri..Citer citer sedih pun jarang dengar dari Gee..

Ni perkara awal yg patut di tumpukan bagi mereka mereka status sama ngan Isteri kesayangan saya tu. Kena "built" diri dulu (Bukan bina badan jadi sado!)..Nak dapatkan confident diri dulu. Dalam masa yg sama focus dalam financial dan juga soal AGAMA  kena lebihkan lagi.!! Dalamkan lagi bab FEKAH..

Ini asyik asyik ko org ulang,,dokkk ulang citer sedih hidup ko org..Naik muak org keliling dengar!! Kalau kena org yg mendengar tu niat tak elok, dia cari kesempatan dalam kesempitan!!..(Banyak dah terjadi, aku tau la!!). FOCUS, FOCUS masa depan tu, Kegagalan hidup tu takyah citer ulang2, takde manfaat!..Mesti maju ke depan, BANGUN!! HIDUPKAN SEMANGAT!!...dan pastikan bertanya pada org yg sesuai membantu kita untuk ke depan. CUKUP dan STOP nak bersedih sedih..FAHAM!!?? Tak faham gak, datang ke Program saya awal bulan Nov ni di Taman Melawati..Saya akan tunjukkan jalan..Call atau Wsaap saya..016 2634258. (pendaftaran terhad 40 org jea.)

Dan pada org sekeliling, Jangan kita pandang rendah pada Ibu ibu Tunggal ni, JANGAN kita pandang serong pada Janda  dan JANGAN nak main mainkan hati dia org ni kerana mereka mereka berstatus gini, ALLAH SENTIASA LEBIH MEMANDANG DAN LEBIH MENJAGA  berbanding dari yg lain..!! InsyaALLAH.

Gee dan bodyguard dia!! haha hehe hoho

me n dato..


Sunday, 11 October 2015

ebook..percuma!



Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah cinta hati hamba.
U guys nak ebook free tak ?Tajuk nya : "3 Cara Mudah Menambat Hati Suami", hasil nukilan saya sendiri. Kalu nak cepat2 ya coz offer ni 3 hari sahaja sampai Isnin ni 12/10.
Sila tinggalkan email address U guys, whatsapp email address ke 012 319 1695
Saya akan send ebook tu terus ke email u guys.
**jangan lupa tag juga kekawan FB u olls yg suka ebook ni ya

Sunday, 4 October 2015

DIM nak tau jea..


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..cinta hati hamba.


Ni DIM nak bertanya dan saja mengatal nak tau..gini..


So...apa jawapan U guys..