Thursday, 15 January 2015

016 263 4258...DIM.


Assalammualikum U guys.
Assalammualiki Ya Fauziah..em em em saya..

"En. Abil, kami tak cukup budget la nak jemput en. Abil dtg ceramah, cmana yea..?" pertanyaan org nak menjemput saya.

" Ai, sejak bila pulak kat dahi saya ada "price tag!" jawab gurau saya.

Saya tak pernah pulak nak memprice-tag kan diri saya bagi bayaran untuk menjemput saya berceramah. Memadai la dgn U guys punya budi bicara, kalau takde pun tak jadi masalah, cukup la bagi saya sekiranya dapat U guys menghadiahkan Al Fatihah buat Isteri saya tu..tu la "bayarannya. InsyALLAH.

Pada yg ingin menjemput saya berceramah boleh call saya -016 2634258..atau hubungi PA saya Cik Nor Aida 017 9398172.
(Promosi diri sendiri namanya ni!!)

Tajuk atau intipati Talk saya terpulang la pada U guys..

Tapi jgn pulak yg ada call/ wssup saya pukul 3 pagi tanya.."Abg dah tido keee??" "Boleh saya teman abggg."... akal letak kat mana tanya saya gitu! Aku ngadu kat Gee baru dia tahu! Biar Gee dtg cekik dia!!..

Gitu la update untuk hari ni, esok2 saya citer cmana saya bergaduh ngan Gee dulu...Oi.! teruk gak gaduh..esok2 jea citernya yea...bye.

Wednesday, 7 January 2015

Doa yg POWER!!


Assalammualaikum U guys.
Assalammualaiki Ya Fauziah..pencetus senyuman hamba.

Meh dgr citer ni..Sebulan lebih sebelum Gee jatuh sakit saya g Umrah, Gee tak dapat ikut coz asma yg Gee ada tak mengizinkan dia ikut serta pada waktu tu.

Ada kelapangan dari sana saya call Gee borak2..tiap kali borak Gee akan menyatakan betapa rindunya dia kat saya
. "Dah jauh2 ni rindu la Dear." kata saya.."Ehh, saya terlalu rindu laaa, kadang2 tu siap dgr lagu hindustan, siap nangis2 lagi tau.!" jelas Gee lagi.. "InsyaALLAH nanti saya balik kita "lepaskan" rindu tu yeaa.." pujuk saya.

Bila waktu saya balik, Gee tunggu di rumah tak jemput di airport coz siap2kan lunch untuk kita org yg balik Umrah ni. Sampai2 jea di rumah, masih ingat n terasa saya sampai hari ni....Gee dari dapur terus ke arah saya n memberikan 1 pelukkan erat sgt..Semasa peluk tu saya betul2 boleh rasa aura Ikhlas kerinduaan Gee, benar tulen Kasih Gee pada saya. Sampai ke jantung saya rasa pelukkan tu..Pelukkan tu bukan pelukkan nafsu tetapi tu la dia Pelukkan "The Pure Love" dari Gee...tak pernah saya rasa pelukkan gitu sebelum tu.

Kejadian pelukkan tu membuatkan saya bermohon terus pada ALLAH agar memperkuatkan kasih rindu saya pada Gee selepas ni sampai bila2. Dan jgn la hati saya ni jauh dari Isteri saya ini dan saya berjanji saya akan bersama Isteri saya dalam susah dan senang. (Saya ni jarang2 nak berjanji.)..

InsyaALLAH, mungkin atas keikhlasan kasih arwah Gee tu pada Suaminya ni Tuhan makbulkan doa saya..

2 bulan Gee terlantar di hospital, tidak pernah sehari pun saya tinggalkan dia. 2 tahun Gee terlantar di rumah, setiap waktu la saya bersama dia..just me n Gee.!...dan Alhamdullilah setiap minggu sehingga hari ni saya akan "bersama" Gee di pusaranya..

Antara doa doa yg "POWER" ni adalah doa Suami Isteri. Dan YAKIN bahawasanya ALLAH akan lebih pandang/ makbulkan doa tu. TETAPI kalau ko org dok bergasakkk jea kerjanya, dok tak laksanakan tanggungjawab, dokkk la tak pedulikan suami isteri kita tu...payah la nak dapatkan 'Makbul" tuuu...

Ingat!! Doa yg di salut bersama rasa Kasih, tu la doa yg ALLAH suka...Maka berdoa la yg baik2, Tuhan makbulkan...nak doa tambah 1 lagi pun bolehhhh...hahahahaha hehehehehe hohohohoho.....




Tuesday, 6 January 2015

Usaha la sikittt...


Assalammualaikum U guys..
Assalammualaiki Ya Fauziah, isteri kesayangan saya.

Semalam saya ziarah arwah Gee, sambil sambil menghadiahkan surah2 tu saya dok perhatikan pokok yg makin subur membesar (seperti pic di bawah) tiba2 saya cakap ngan Gee,
"Dear, kan elok kalau tumbuh pokok manggis ke mangga ke, boleh makan nanti.!"..hahahaha gurau saya secara spontan...Nasib baik takde org dgr, nanti katanya saya ni gila cakap ngan kubur!!

Tanggungjawab saya sebagai Suami bukan setakat Gee masih hidup sahaja malahan sehingga saya mati. Masa hidup pasangan kita, kita didik, kita bentuk, kita sayang kasih, kita susah, kita senang bersama..Matinya Isteri kita, kita BERUSAHA pula untuk dia mendapatkan Keampunan, dapatkan Rahmat, Keberkatan, Kasih dari ALLAH. Kita berusahakan agar ALLAH menempatkan dia di Syurga..bersama kita laa baru syok!..InsyaALLAH.

Tu la dia tanggungjawab!! Ingat para Suami sekelian, sekiranya lalai kita pada tanggungjawab, rosakkan tanggungjawab yg Tuhan berikan, maka kita telah "DERHAKA" pada ALLAH. !!! Berpegang lah pada tanggungjawab yg ada, lebih lebih utama semasa hidupppp lagi pasangan kita tuuu....InsyaALLAH.