Friday, 28 February 2014

Ulangkaji lagi..

Salam Jumaat u guys..Assalammualaika ya Fauziah bt Siti Esah, Isteri kerinduan saya.

Citer arwah Gee lagi...Pada suatu hari,, dok borak2 ngan Gee otw balik kg Trengganu, Gee tanya I, "Darling, selama kita kawen ni ada tak awak tipu tipu saya.??" Jawab I "Ada. hehehe, tipu sunatt." sambil gelakkan dia. " Awak tak baik tipu2 saya ni, saya kan Isteri awak, jgn la tipu."

"Yea la Dear, maafkan saya. Saya takkan tipu awak lagi walaupun perkara2 yg remeh. Dan sekiranya saya menipu awak pasti akan awak tahu, InsyALLAH."... "Cmana saya boleh tau pulak.??".. "Kiss saya 10 kali dulu sekarg!! baru saya ajar!"..Puas dapat kiss ngan arwah Gee sambil memandu!! hahahahahaha

Semenjak Gee amalkan "Al Wadud" tu, tiap hari Gee akan amalkan Asma Ulhusna (99 nama ALLAH). Memandangkan istiqamah tu I pun tunjuk la amalan agar Gee akan tahu sekiranya sesiapa yg MENIPU dia.
Gini Dear, tiap selepas Subuh, lepas Asar n lepas Isyak zikirkan nama ALLAH ni,, "Al Batin". InsyALLAH hati awak akan terasa berat bila saya bercakap bohong n hati awak terasa susah nak terima klau saya menipu.InsyALLAH....Semenjak dari tu hari memang I takde cann ler nak tipu bini!! aduhhhh..S

Thursday, 27 February 2014

DIM

Assalammualaikum U guys..

Hari ini ada sedikit paparan kisah saya di...http://www.sinarharian.com.my/nasional

Tuesday, 25 February 2014

Entry ulangan lagi..

Assalammualaikum U guys..


Salah satu kegemaran I dulu ni, Mengusik si arwah Gee sampai dia merajuk.Kadang kala terlebih usik (tak sengaja)..Gee tak bercakap n marahkan I..Salah I kan. Keesokkan hari bila tgk Gee tenang sedikit, I akan terus HUG dia,of course la Gee akan cuba menolak,,org tengah merajuk/marah lagi.

I kuatkan sedikit pelukkan tu, and kata padanya "Dearr, awak tak boleh marah merajuk gini pada saya tauu. U know why?? cozzz,,Nobody, NOBODY CAN LOVE U LIKE I DO!! InsyALLAH, I will love U for the rest of the time.." Lepas cakap gitu, Gee pulak yg HUG I hahahahaha Hilang marah n merajuk dia.

Semasa Gee sakit dulu pun kerap I ulang kata2 yg sama dan Gee akan kelihatan lebih tenang bila mendengar.

Isteri kita kan, toksah nak malu malu la para suami oiii..Kerapkan HUG dan guna ayat2 jiwang sikit untuk ISTERI kita. Bukannya orang lain, itu adalah ISTERI kita.!!

Love to HUG n jiwang2 with my late Gee.

Monday, 24 February 2014

DIM sana dan sini.

Assalammualaikum U guys..
Assalammualika Ya Fauziah bt Siti Esah..Ptg kang saya datang jenguk awak yea..


Last Saturday I di Masjid Senawang Seremban, melibatkan diri dalam Mini Karnival anjuran Jab. Mufti N. Sembilan. Tengahhari tadi I ke Bangunan Karangkraf di sek. 15 Shah Alam menghadiri jemputan wawancara untuk Sinar Tv Online. Bila bersiaran, I kurang pasti. Pihak media akan inform kemudian la tu.

Sekarang ni I di rumah..badan mula rasa macam nak demam la pulak!! Rasa macam jea laa..
Sekiranya ada arwah Gee ni, boleh ler manja manja sikit kann...hahahaha hehehehehe hohohohohoho..

Amacam, ada rupa cm Ustaz?? hahahaha macam jea laa...

Bersama wartawan Sinar dan camera man...

Saturday, 22 February 2014

Everyday is LOVE.

Assalammualaikum U guys..


Kebiasaanya kita dengar rungutan Kasih yg dah jarang2 di pamerkan dari pasangan masing2. Terutamanya pada yg dah agak lama berkawen. "Aku tahu suami/isteri aku syg aku tapi dah jarang nampak dia tunjukkan, tak macam mula2 cinta cintun dulu." Rungutan sepi yg selalu kita dengar.

I kata ngan arwah Gee ni dulu "Dear, awak jgn ada kata kata gitu yea. Meh saya ajarkan satu kaedah ni, kaedah yg sgt2 ringkas n pasti awak akan sukaaaa buat. Buat la tiap hari yea Dear."

Tiap pagi celik jea mata, samada I atau Gee bangun dahulu, perkara pertamanya kita puji ALLAH n selawat dalam hati. Then cium di tengah dahi pasangan dengan lembut n perlahan2 kata..ASSALAMMUALIKUM dan tatap wajah pasangan dengan senyuman. Itu sahaja kaedahnya.

InsyALLAH kaedah ni akan membuatkan peti Kasih yg ada kat lubuk hati kita sentiasa terbuka. Bila peti tu selalu terbuka maka tiap tiap hari la kita dapat tengok KASIH dari pasangan masing2. 

EVERYDAY IS LOVE.!!

Friday, 21 February 2014

Entry Ulangan.

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaika Ya Fauziah, Isteri kerinduan saya.


Pernah dulu di waktu sehatnya arwah Gee ni bertanyakan I "Darling, sekiranya u kaya raya dan mampu nak ke awak kawen lain.?" ( Madukan dia ).

Memandang sambil tersenyum pada Gee I kata "  Ya Umairah (panggilan kadang2 I gunakan untuk memujuk Gee dulu) Nak tak saya tunjukkan satu amalan, InsyALLAH amalan ni akan membuatkan saya bertambah CINTAkan awak dari hari ke hari sampai bila bila.?
"Nak, nak, nak" jawab Isteri kesayangan.

Gini Dear, Tiap kali saya minta awak buatkan air minuman, awak hadiahkan Al Fatihah sekali pada RASULULLAH s.a.w. then awak zikirkan nama ALLAH ini..AL WADUD dengan lembut berulang ulang, dari mula awak memegang cawan sehingga lah siap air minuman saya tu. Niat la dengan baik apa yg awak hajatkan untuk suami awak ni. InsyALLAH, akan ALLAH lontarkan keikhlasan dalam CINTA kita berdua ni..InsyAllah.

Tiap kali Gee buat air, I boleh dengar Gee berzikir. (senyum I sorang2)..Nampak sungguh Gee yakin dengan amalan tu. Sehingga kini juga I dapat rasakan hasil amalannya..InsyALLAH.

Tuesday, 18 February 2014

Girlfren DIM..!!

Assalammualikum U guyss....ss


Ini lah Girl fren saya. Jangan jeles aa...


video

Saturday, 15 February 2014

Bentuk lah dia..

Assalammualaikum U guys.
Assalammualaika Ya Fauziah bt Siti Esah..


Arwah Gee pernah bertanya I "Darling, awak suka tak saya jadi Isteri awak.?" I pandang Gee atas bawah, pas tu I pusing tgk punggung dia! hahahaha..Sebelum I menjawab, Gee kata "aaa jangan nak mengusik!! jawab ikhlas." "ai, belum jawab dah kena warning..? kata I.

"Sudah tentu I berpuas hati la Dear, lagi pun awak ni kan jodoh saya Tuhan beri. Mana ada jodoh yg Tuhan tentukan buat kita yg tak sesuai,,semuanya sgt sesuai untuk kita dan sudah tentu pasangan tu tempat kita berhibur hati. Lebih2 lagi awak ni suka membebel lagi la saya suka!! hahahahahahaha." jawab suami Gee ni dulu.

I jelaskan lebih lanjut kat Gee dulu..Gini Dear, setiap jodoh Allah berikan pada kita sebagai 'Hadiah'NYA di mana Hadiah itu sangat2 sesuai dan serasi buat setiap suami atau isteri.ALLAH tidak akan menzalimi kita atau nak kenakan kita, TIDAK sesekali!!. Apabila dah sampai kat tangan kita jodoh tu, ALLAH susuli pula dengan satu lagi kerjaNYA (Tanggungjawab), iaitu MEMBENTUK pasangan kita sebagaimana kehendak di hati. Agar kesesuaian dan keserasian yg ALLAH tentukan tadi nampak pada zahirnya. Masa ni Gee nampak cm cuba memahami penjelasan I tadi..I diam sekejap agar Gee dapat mengambarkan kata2 I.

Gee faham dan mengangguk2 sambil mulutnya berkata "ooooo". Yang seronoknya pembentukkan yg kita lakukan tu mengambil masa, sedikit demi sedikit kita dapat rasakan hasilnya. "Sikit sikit la best Dear! cm ringan2!! hehehehe" usik I.."Mula la tu mengarut kerja dia!!" sambil Gee usap janggut I ni. "Dear, suami awak ni dah gini gatalnya kat awak, nak buat cmana..hahaha" Macam kita ni la Dear, pada mulanya masing2 ada kelemahan dalam hubungan kita, tapi sekarang sikit sikit kita dah mula rasa serasinya kann. Tu yg timbulnya penambahan keseronokkan dari hari ke hari. "Pembentukkan" ini mesti dilakukan bersama2. Isteri nak suaminya begini, suami pula nakkan Isterinya begitu..so, bentuk la ikut acuan hati. 

Sekarang cuba fikir sejenak, patut ke kita salahkan jodoh, jodoh yg ALLAH sendiri yg kurniakan pada kita?? Gagalnya, berjayanya perhubungan itu bergantung pada kita. Hadiah kita dah dapat, terpulang pada kita bagaimana nak hargainya. Akal Tuhan bagi, ilmu pun Tuhan bagi, di tambah pula dengan doa yg Tuhan syorkan. Apa lagi nak!? Terutamanya sang suami, Ingat suami kepala keluarga! Isteri pula pemegang kepala! eh,eh silap lagi..Isteri pembantu kepala rumah tadi...hehehehe silap taip, keyboard ni kadang2 rosak hehehe jgn marah aa..hahaha hehehehe hohoho.

Bentuk lah pasangan kita mengikut kehendak hati yg baik. Sabar dalam proses pembentukkan hadiah kita, Sebab dalam kesabaran terselit sejuta keseronokkan yg hanya dapat di rasai oleh suami isteri tadi. Pada yg belum kawen, kawen cepat2 sekiranya nak rasa Rahsia Keseronokkan ini. ( termasuk la DIM ni!!, sebelum u guys tanya.) Pada yg mengalami kegagalan tadi, mohon maaf la pada ALLAH dan lepas ni pastikan berjaya!! Faham!?..

Sebelum I undur diri, U guys yg nak hadir Talk I di Wisma Sejarah Kuala Lumpur pada 22hb ni kalau malas nak call PA i tu, daftar la dengan I jea. Call la I yea. See u guys there nanti..U guys sayang lagi ke DIM ni??

Penghibur hati I..adik adik I...Kadang2 bagi pening kepala gak 2 org ni!! hahahahaha

Thursday, 13 February 2014

DIM n Shah Alam..peace yo!!

Assalammualaikum U guys..

Terima kasih pada semua yg dapat meluangkan masa bersama DIM ni last weekend semasa di Shah Alam. Sangat sangat saya hargainya....Love U gys..

Bersama Keyla  (Blogger yg selalu I panggil dinda dlm peti komen blog I tu) with Mr Hubby dia..


 Sebahagian dari pengunjung yg datang menjenguk I dan wakil dari Lunatots. Ada yg I tak sempat bergambar..aduhhh..sorry naa..
Permintaan dari event manager untuk I berikan sedikit Talk..Hajat org InsyAllah I tunaikan..

Tuesday, 11 February 2014

Lahir bila??

Assalammualikum U guys..

Just nak tanya satu soalan ni..U guys tahu tak tarikh lahir U guys dalam bulan n tahun Islam??.. Tahu?

Monday, 10 February 2014

Tiap minggu bersama Gee.

Assalammualaikum U guyssss...ssss
Assalammualika Ya Fauziah Siti Esah..moga senantiasa di Pangkuan ALLAH..aminn.


"En Abil a.k.a. DIM, masih lagi ke ziarah kubur arwah Gee? Ada masa ke menjenguk arwah sibuk2 ni??" Tanya org kat I baru baru ni..

Tersenyum I, so I pun jawab " Kasih saya ni pada arwah masih mengelegak cm air panas, InsyAllah hingga saya jumpa Gee nanti, InsyAllah.".."Cmana sibuk pun saya ni, sehingga ke hari ini, 'Isteri' saya tu tiap minggu,,tiap minggu akan saya ziarah."

Di situ la di antara tempat yg saya berehat takkala saya penat..di situ la di antara tempat saya mengadu hal. Dan tiap minggu itu la saya mengemaskan "rumah" Isteri saya sebagaimana kemasnya saya menjaga arwah Gee dulu sewaktu hidupnya...InsyAllah akan saya teruskan jadual ini sampai tiba waktu saya pulak. InsyALLAH.


Wajah terbaru "Rumah" Gee. Sentiasa I pastikan "rumah"nya kemas.

Monday, 3 February 2014

Dah Daftar Ke Belum..??


Assalammualaikum  U guys.


U guys Dah daftar ke belum ....or U guys tak suka I yeaa...!!

Berbicara bersama Abil Fikri..I la ni..

- Di Wisma Sejarah, Jln. Tun Razak..Bersebelahan Perpustakaan Negara Kuala Lumpur.
Pada 22 Febuary 2014 (Sabtu)

- Jam 9 pagi hingga 1 tengahari...Lepas tu U guys g la jalan2 / shopping

- Untuk Pendaftaran U guys call /sms /whatsapp Pn yatie 012 3191695, Cik Aida (PA saya)     017 9395172.

Ni first time I buat untuk publik tau..mohon sokongan U guys..ciannn I.
Intipati Talk bukan setakat citer I jea, Motivasi pasangan/keluarga..jati diri..tips2 amalan mudah dan perbagai topik...termasuk questions and answers..Datang la yea..Nak tengok sambutan kat KL ni cmana then InsyAllah I akan ke Utara pulak untuk Talk ni..InsyAllah.

Followers