Wednesday 28 November 2012

Ghost Raider n the Geng..!

Assalamualaikum Dear.
Assalamualaikum u guys..


Doa punya doa, mohon punya mohon pada Allah dan pada Allah tempat mengadu hal, akhirnya Allah makbulkan doa yang di pohon..Punca sebenar ketidak selesaan u Dear yang dok aa,aa,aa kembali hampir seminggu tu I dah dapat jawapannya.....Semuanya kerana u sakit perut nak yak yak...2 hari lepas, selepas I mandikan u dengan doa mohon keluarkan punca sakit terjawab bila I nak pakaikan pampers u.

Setelah selesai I letakkan lotion badan, tukar tracky u and nak pakaikan pampers, I nampak cm yak yak u nak keluar tapi tak boleh, terus hati I berkata bahawa u dah tidak boleh meneran lagi....Apa lagi, suami u ni a.k.a. Dr. Pakar Abil, pakai sarung tangan, letak lotion sikit, I pun tolong u keluarkan yak yak u tu, Dont worry, I dah belajar cmana nak korek yak yak tu dulu masa di Hospital Ampang dulu..Rupanya punya la banyak, boleh buat kek !!...Maksudnya yak yak tak keluar n dok dalan usus u hampir 5 hari lamanya, patut la u sakit perut dan tidak selesa....Habis selesai I kerjakan yak yak u then habis kerja kemas u semula, U terus tido..deep sleep.! Masa tu punya la lega hati I ni bila dapat tahu punca sebenarnya. Alhamdulillah..Dari raut wajah u bila u tido tu pun I dapat gambarkan betapa leganya u rasa Dear..Baru la u dah tak aa,aa,aa lagi selepas tu....Syukur I pada Tuhan..Terima kasih juga pada u guys yang mendoakan. Alhamdulillah dan terima kasih.

Sekarang I dah tau yg u tak reti or tak boleh nak meneran lagi bila u nak yak yak,,so I pun terus meminta pandangan beberapa doctor n pakar perubatan untuk menyelesaikan masalah ini yg akan timbul akan datang..Puas bertanya sana sini dan semalam pegawai perubatan dari GH seremban pun datang, semuanya mengsyorkan I gunakan ubat Lactulose. Sebelum u tido I akan berikan ubat tadi sebanyak 15ml supaya nanti bila nak yak yak lebih mudah....Lepas zohor nanti I akan dapatkan ubat tu untuk u yea Dear..Dr. yak yak Abil is here, u dont worry syg..! Dalam masa yang sama, I akan cari jalan n cara bagaimana nak ajar u supaya boleh meneran lepas ni...InsyAllah I carikan caranya...

Memang I rasa berlega hati bila u dah selesa semula. U ni Dear kalau tambah sakit atau u tak selesa, I tak senang duduk, tido pun tak lena..selagi I tak dapat puncanya selagi tu la agak serabut sikit akal ni memikirkan..Now dah lega rasa I....U pun lega gak rasa kan...Alhamdulillah..

Nak beritau u Dear, dari minggu lepas ramai yang datang menziarahi u ni. Antaranya group superbike, wakil dari Yayasan Tuanku Jaafar (Matan Yam Tuan NS), Kumpulan jejak asnaf dari Pusat zakat dan Baitulmal...Dari pusat zakat pula, dia org ni ada sampaikan untuk kita VCD berkaitan kisah kita ni Dear. Cara mereka mengatur cerita kita tu,,memang TERBAIK la Dear..Nanti up date akan datang I akan uploadkan. Bagi u guys yg nak tgk rakaman VCD tu nanti, siapkan tisu banyak2, I pun bertakung air mata bila saksikan cita sendiri ni..N ianya mengambil masa hampir 15 minit kut....Siap ada lakonan semula, bagaimana u kena serangan asma pada tahun lepas tu..So nanti I kan uploadkan, InsyAllah...Comfirm ramai yang nangis siap kuar hingus laaa....

Ni I lampirkan beberapa gambar tetamu tetamu yang hadir menziarahi u Dear....



Group superbike bersama u yang dok aa,aa,aa....


Di antara superbike dia org, ada lagi gambar motor ni, tunjuk sebahagian jea...Purata kelajuan motor ni..300ksj..laju!! cm motor Ghost Raider tu..Bro, hati2 di jalanraya...
 Yang ni pulak, Group dari Pusat Zakat, Baitulmal, wartawan2...Senator Dato Najib dan tetamu2 lain..
 I ni Dear dok hidangkan nasi lemak seramai 15 org, ingatkan tak ramai, rupa2nya yg datang dalam 60 orang! Alhamdulillah, berkat doa kedua ibubapa I, makanan tu cukup siap ada lebih lagi untuk I..Hebatnya Allah kalau memberkati rezekiNya pada kita..
 Sebelum tetamu2 sampai, pihak zakat siapkan layar perak dalam rumah, cm panggung wayang! ada sedutan cerita kita berdua la Dear..pas dia org tgk tu, ramai yang kesat mata ngan tisu..! ngan I sekali..! uhuk uhuk uhuk...

Nanti rakaman tu I uploadkan yea..tungguuuu dengan sekotak tisu !! hahahaha hehehee hohohoho..
Setakat ni saja lapuran untuk hari ni, Buat isteri saya, I LOVE YOU buat u guys pun I love you...........................Oiii..! Nobody love me ke !? Merajuk kang baru padan muka u all semua.! ok ler, babai, c u kat next n3.....


Monday 26 November 2012

SIHIR..!!

Salam Dear..
Salam pada semua tetamu blog kami ini...

Aa, aa, aa, u Dear kembali lagi..! Sekarang ni pulak, u susah nak tido. U akan berjaga 2 hari n tido sehari. Asalkan bangun dari tido u akan aa, aa, aa semula macam sebelum ni...Berbagai usaha I mencari sebab musababnya...I tak jumpa jawapan, tanya pada pegawai perubatan, katanya agak susah nak menjangka tingkah laku dan perubahan pada pesakit2 cm u ni Dear...N pada rawatan syifa (Quran dan Doa2) belum dapat meredakan aa,aa,aa u tu....So I sabar jea n teruskan penjagaan u seperti biasa. Buat masa sekarang itu saja yg dapat I lakukan...Hope the best for u n me Dear.....

Sesekali tu ada juga I perhatikan u ni, mana la tau kalau2 ada gangguan gangguan sihir atau jin2 yang jahat2 ni...tak de pulak, semua ok..Agaknya u suka buat aa,aa,aa tu....Dear, Dear,,kadang2 tu geram gak I tgk u buat cm tu, rasa nak babab jea!! kadang2 tu I senyum jea...Ada masa I pujuk2 u pun tak jalan gak, masih  u aa,aa,aa...Tak de yg tau apa yg u nak sebenarnya sekarang ni..I berdoa jea pada Allah, dan pada Allah saja la sekarang ni I mengadu hal....Tawakal jea la, dalam masa yg masa I tetap menjaga u seperti biasa....Pada semua tetamu blog ni, saya mohon doa kalian, Tolong doakan moga Allah memberikan keputusan yg TERBAIK buat isteri saya dan untuk saya juga yea....Tqq.....Jadi tu la keadaan Gee yang terkini....aa,aa,aa, kembali n graf kesihatannya tiada peningkatan lagi buat masa sekarang...

Kang nak bersedih hati dok cita keadaan Gee ni, ramai pulak yg nangis pulak so mari kita mengulangkaji sedikit prihal Sihir ni, ok..? Pada suatu hari, apabila saya menjemput Gee dari kerja, beliau ada bertanyakan saya berkenaan sihir menyihir ni...(cm karangan sekolah!)...Katanya, suami kawan dia ni dah berubah laku sejak kebelakangan ni. Suami tu jadi murung, malas, bila waktu nak solat jea dia menyorok bawah katil..! So I tanya Gee." u nak bercerita ngan I ke atau minta pandangan?"..Gee kata. "Dua dua.".."Dear u ingat I ni bomoh ke..!" Bila I kata begitu, mula la Gee dok tersenggeh n Gee suka usap2 janggut I..Satu perangai Gee ni, kalau dia mula usap2 janggut I, tu tandanya samada Gee nak kan sesuatu atau nak minta tolong dari I la tu..Gee tau mana letaknya lemah hati suami dia..bila Gee usap janggut I, I mengalah la....Hanya Gee SAJA yg boleh buat cm tu, Itu satu kelebihan isteri I..

So, perkara tadi..I kata ngan Gee, "suruh la isteri dia panggil org yg pakar dalam bidang perubatan sihir ni..Saya bukan orgnya".... Sebabkan u dah usap janggut I ni, I bagi amalan untuk sihir ni. Bukan setakat untuk isteri org tadi, untuk u juga..Dear, selain dari solat yg kita jaga, Al Quran tu jangan kita tinggalkan, Asma Ul Husna jadikan makanan rohani kita dan amalankan selawat ke atas Nabi s.a.w. kita sebanyak 100 kali sehari. Boleh?....Sekiranya kita rajin amalkan perkara2 yg sangat mudah ini, InsyAllah org nak sihir kita payah, jin nak ganggu kita dia fikir 16 kali dulu...Kalau u tanya kenapa I selalu tekankan pada amalan Asma Ul Husna, jawapnya..Allah sangat2 suka, dan ianya ANTARA zikir2 yg Allah Cinta...Lagipun, kan mudah kita nak hafal n amalkan, manfaatnya, fadilatnya merangkumi semua hal..Contohnya, nak mendapatkan kasih sayang sejati, baca  'AL Wadud', tak nak dapat kecelakaan cm lemas, mati kemalangan, elak kebakaran atau kecelakaan yg sewaktu dengannya, baca la 'Al Wakil'..Ada hajat yg besar, kehendak yg baik baca la, 'Al Latif '....lagi satu, cuti2 hujung tahun ni, kita kan rajin keluar rumah, kadang2 berhari lamanya, rumah yg kosong dan gelap, jin suka tumpang, kalau dia berminat, Jin tu dok lama la kat rumah kita atau ada org nak sihir, dia akan tanam 'barang' kat rumah kita...cmana?...Jadi sebelum kita keluar rumah, kita baca la 'Al Wali ' sekurangnya 10 kali dan hebuskan kedalam rumah...InsyAllah, jgn kata kan jin, sihir, pencuri pun tak masuk dah...InsyAllah. Kalau terkena jugak, redha jea la...hahahahahaha...SEBAB tu la I selalu kata, amalkan nama2 Allah ni...Mudahkan..tapi berapa org yg amalkan, berapa org yg hafal, berapa org yg faham huraian maksud Asma Ul Husna tu...zikir yg mudah tak nak amalkan,,doa2 yg panjang lagi la tak nampak nak baca...!! Isi dada tu, baru la rasa gah rohani, bila rohani kita gah, gangguan dan sihir ni payah nak berkesan...Faham?

Baik la, kalau dah terkena sihir, selain dari kita berubat ngan tokoh2 yg pakar dalam perubatan ni, cmana kita sendiri nak berubat atau kata org hapuskan sihir ni..? Macam ni,, Sekiranya kita terjumpa "barang" sihir, samada di tanam kat rumah, (kebiasaannya la)..atau di letakkan berdekatannya kita, contohnya di meja tempat kita kerja (dengki pasal kerja)..atau jumpa kat mana2 yg kita tahu ni la barang dia..aaaa..Ada dua cara...1.Kita ambil "barang"tadi dan letakkan dalam bekas yg boleh di tutup rapat,(berkunci lg bagus, jgn kasi terlepas keluar) eloknya campurkan sedikit garam kasar yg telah di bacakan 3 Qul. Then kita buangkan di sungai yg mengalir n baca la 3 Qul sekali lagi..maksudnya kita buang la sihir tu...Cara ke2.. Ini ramai yang suka ni,..Jumpa jea barang tu, terus masukkan dalam tin yg boleh ditutup. Tutup rapat2.!! Mohon pada Allah, lindungi kita dan jangan la sihir ni berulang lagi...baca la 3 Qul..then kita bakar tin tadi buat sementara, kita panaskan dia .Hahahha hehehee hohohoho  Org yang jahat tadi, yg dok suka sangat aniaya org lain, dok suka sgt sihir org lain,,akan terasa berbahang badan dia bila tin berisi "barangan" si jahat ni terbakar..!! aaa rasakan, sedapkan!..tak yah g sauna,!...Kaedah ke 2 ni bagi mereka2 yg benar sakit hati saja..Tetapi sebaik baik iman seseorang itu, jangan la kita bakar tin tu, kita buang jea la kat sungai, kita maafkan jea.....kalau nak panaskan sekejap tin tu dengan niat supaya si jahat tadi berhenti buat syirik pada Allah dan aniaya org lain, apa salahnya kan...hehehehehehe....Setelah tu, lepas solat kita zikirkan ayat 137 surah Al baqarah, Kalam yg berbunyi Fasayaqfi kahamullah (pertengahan ayat 137, buka dari awal ayat) sehingga habis ayat 137 tadi...Boleh faham tak?..Cuba kita baca tafsir ayat tersebut, tgk apa maknanya....(.Apa lagi tunggu!! bukak la tafsir Quran tu!!)...Hanya jangan kita baca terlalu banyak kali pulak, coz zikir ni agak panas sedikit, baca 70 kali cukup la..nanti kita boleh rasa anak2 peluh keluar dari badan kita..cuba try..!...PERINGATAN..serahkan urusan sihir tadi pada Allah, jangan sesekali kita bayangkan muka org jahat tu sambil bakar tin atau sambil zikir ayat tadi...Kalau mati org tu sebab kita bayangkan mukanya, kita tanggung dosa..! Serahkan saja pada Allah niatnya...

Kalau kita tak jumpa "barangan" tu cmana nak buat Abil oi..?..Klau tak jumpa, cukup kita zikirkan ayat tadi selepas solat hajat...tapi jaga niat tu..jangan kita membalas dendam..cukup kita serahkan urusan tu pada Allah. InsyAllah. Org yg sama takkan buat lagi sihir menyihir ni...Jadi tu la ANTARA amalan2 yg ada, yg ringkas, boleh di amalkan oleh semua...Selain dari amalan2 tu, kita ni pulak secara fizikalnya kena la jaga badan tu, biar tegap sikit, biar kuat sikit zahirnya,,pun sihir n jin ni payah ganggu. Cm kita la, kalau kita tgk org tu fizikalnya nampak gagah sikit, berani tak nak ajak bertumbuk?..pas tu dada ni kita sentiasa pada Allah dan ada amalannya terisi di dalam,.. emm lagi la payah nak di sihirkan..InsyAllah...OOOO lupaaa..sekiranya diri kita rasa di sihir, perubatan awalnya adalah...Buat tak tau jea, jgn ambil serius..Betul..! tu perubatan awalnya..Faham...!

So and so, tu jea la share, ulangkaji kita hari ni, tak mau panjang2..boring org nak baca, I pun boring nak taip lama2....pengerasnya untuk share ni, tolong hantarkan DURIAN kat I, musang king ke, D24 ke, 101 ke....hahahahahahaha kempunan durian I ni...durian kampung tak berapa minat..hehehehehe...Oii dah la penat menaip ni, siapa yg tak faham call I jea la yea,,,ok Dear, ok Guys I nak kemas rumah ni, esok ada tetamu dari pusat zakat nak datang ziarah... Org cm I n Gee ni penerima zakat!!U guys dah bayar zakat lum!? hehehehe....Dear, guysss, rajin rajin la beramal yea....bye bye...

Thursday 22 November 2012

Berilmu n sexy !!

Assalamualaikum  Pn. Fauziah bt. Muhamad..
Assalamualaikum  Tuan/Puan u guys..............

Alhamdulillah, akhirnya u dapat melelapkan mata, tidur la...jam 11 malam semalam..Setelah hampir 2 hari tak nak tido!!..Ni nanti lewat petang la u akan bangun, kebiasaannya cm tu..Masalahnya pulak, yg I nak kemaskan u tak boleh, selagi u tido Dear. Kang I kemas kang, u mengamuk la pulak ganggu u tido..Cmana?! Tunggu la u bangun nanti.....

Dear I masih tido lagi,, so adalah lebih baik kita ngata ngatakan dia!! hahaha hehehe hohoho...Suka gosip gosipkan Dear I ni...alaa, lagipun warkah ni untuk dia kan, nanti (InsyAllah) Gee baca gak n mungkin Gee dapat recall semula memori dia kan...kannn Dearrr..cayanggg dia...Sapa tak sayang bini oiiiii...manyak lugi kalau tatak sayang mini (bini)..Mini pun tatak sayang laki pun lugi oo..Ini hali, hali Khamis lagi mau kuat kuat sayang lu org,,nanti malam lagi mau kuat sayang!! tau ka..?...Hey, hey, laki mini saja,,tatak kawin punya tak boleh aa!! Lose(dosa) Besar!!..Hantam sama kayu nanti!!...Olang olang surupa sama saya,,kita sabar saja loo...Tapi kita laki mini mau selalu sayang kuat kuat, nanti petang balik lumah kasi kiss sama laki/mini aa..cakap sama dia, I Love U, hali hali ini macam bikin...jangan kedekut kiss kiss aa, free saja, tak perlu bayar....Kalau mau bayar pun, cakap sama dia, nanti malam bayar laa!! hahaha hehehe hohoho...

Tu cita bagi yang kawin n masih bersuami isteri...Yang dah tak bersuami isteri ? (duda/ibu tunggal)...Kita sabar la dulu, bawa2 bertenang...Bagi yang berstatus seperti dalam kurungan atau sewaktu dengannya, cm I ni hehehe..Banyakkan bersabar, focuskan lebih sikit pada kerjaya kita, focuskan lebih sikit pada amalan2 kita..Sibukkan diri tu dengan jadual2 hidup seharian. Focuskan cmana nak tambah duit lagi, niatkan usaha tu kerana Allah dan niatkan untuk anak2..(yg ada anak la)..Al Quran tu hari2 baca, InsyAllah ianya akan banyak membantu...Nasihat ni untuk diri sendiri sebenarnya..hahahaha...Dunia sekarang ni, kita perlu berkamampuan dari segi financial, sekiranya financial kita ok, bagus, kita tak perlu susah2 nak mencari teman penganti, Teman tu sebaliknya akan mencari kita, tak kira la lelaki ke pompuan ke...kena pulak, selain dari financial kita ok, pegangan agama pun lagi ok..emmm ramai la mata yg memandang nanti,,InsyAllah. So bagi yg dalam kurungan di atas tu, focuskan dulu dalam 2 perkara tadi, biar maju ke depan sedikit, kalau banyak lebih baik...Jangan selalu kita mengeluh nasib yang menimpa kita. Lagi kita mengeluh, lebih lagi sakit di hati, bila sakit di hati, akal kita tak gunakan,,mula la tindakkan kita mengikut perasaan / nafsu..Buat sebegitu, mundur hidup kita!!..nak macam tu!!? Hentikan dengan segera bermadah madah sedih or berpuisi2 sedih..aaaa lagi satu hentikan dari mendengar lagu2 sedih,,penting ni!!..Lagu2 sedih ni kalau kita rajin mendengar, suka mendengar, minat mendengar dan tersentuh hati mendengarnya,,,,satu hari PASTI kita akan perolehi cerita lagu tu dalam hidup kita,,yg part ni untuk semua! (kurangkan mendengar la)...

Berbalik pada golongan dalam kurungan..Bila kita dah single semula (elakkan guna bahasa Janda! bagi yg wanita) perkara pertama yg harus di lakukan,. rapatkan lagi diri kita ngan Allah. Sebelum ni memang rapat la,,rapat2 kan lagi. Rajin2 kunjung ke rumah Allah tu..(masjid/surau). Aturkan jadual kita rajin2 g dgr ceramah n masuk kelas ngaji quran..Dalam masa yg sama ubah sikit penampilan diri, aaaa...Cara kita berpakaian ubah, biar look sexy!! but masih mengikut syarak berpakaian..Bentuk badan, ubah. Bersenam, hilangkan lipatan di perut tu!! Ini,. cuba kau org tgk perut tu..cuba kira berapa lipatan yg ada..agaknya kalau di luruskan kulit perut tu mau sampai ke lutut rasanya..! mana2 bahagian yg terlebih tu, usaha kurangkan.. Lagi satu, kadang2 tgk punggung dia, letak dulang tak jatuh!! Adjust bentuk badan tu, baru la ada perubahan diri nanti, baru la bertambah yakin pada diri tu...Faham!? Biar kita look sexy ler, ni masa untuk berubah, hidup baru, badan/pakaian baru....Then masa yg sama kita jaga pergaulan kita, tambah kawan2 kita yg rasanya lebih berjaya dari kita n lebih berilmu baik dari kita....Duduk dalam "kolam" kawan2/kenalan sebegitu, lama2 kita akan jadi macam dia org jugak..BERJAYA dan BERILMU..Bila kita bercakap apa yg keluar dari mulut kita semuanya bermanfaat,,cukup la kita nak mengeluh/mengadu nasib kita sebelum ni...CUKUP!! STOP!!..Cari jalan maju ke depan.!..InsyAllah, bila ada usaha kita seperti di atas, Allah PASTI hulurkan bantuan dan memberikan hasil yg baik untuk kita tetapi kena berusaha dulu la,,jangan risau u all, confirm Tuhan tolong cepat...Takut2 bila kita dah berjaya sikit, ada ilmu, bentuk n pakaian pun look sexxxyyy (as long jaga adab berpakaian) org yg tinggalkan kita dulu tu tanpa sebab yg munasabah, terhegeh2 nakkan kita balik!!hahahahaha...U all cari yang baru jea laaa..Dah ada perubahan zahir n batin nanti ramai la yg pasang mata, baik lelaki atau yg wanita...ooppssss..lupa lak, jaangan g cari org punyaaa!!! no, no, no...HEPPP!!!

Eh eh, lupa lak nak gosipkan isteri saya tu, patutnya kita dok ngata2kan my Dear ni, dak kelain pulak cerita si Abil ni..Nak cerita pasal Gee ni kang meleret panjang n3 ni..Actually nak citer pasal Sihir coz Gee pernah tanya I dulu berkaitan sihir ni..Next n3 la yea,, Dear sayang, next n3 I cita pasal sihir menyihir ni dan cmana nak pulangkan balik!! hahahahaha tak baik kan kalau kita pulangkan balik, nanti kena tegur ngan NABI s.a.w....Up date akan datang kita cerita pasal org jahat hati ni...arrgghhh tuiiii !! jahat!!..I bagi amalan kasi si jahat ni panas sikit,. boleh? Tapi sebelum tu, nanti kat rumah u guys buka Quran, Surah Al Baqarah, ayat 137. Baca dulu, nanti senang faham.....nak bagi si jahat tu panas tak..!? baca dulu...hehehehe jahat gak  si Abil ni ajar org balas dendam hehehehe ..bukan balas dendam la..nanti baca la n3 akan datang...

I nak tanya jugak ni kat u all....ok ke I buat sharing/ ulangkaji sama2 selama ni..Risau gak sekiranya ada yang marah ke, kecil hati ke, tak suka ke....Tolong berikan komen sikit secara IKHLAS...Dear, u pun nanti kalau ada yang u tak suka dalam n3 n3 blog ni u cakap kat I tau...Hati org kita kena jaga kan...Ok la Dear, and u guys, InsyAllah jumpa lagi di alam maya akan datang.........Alammm Mayaaaaa...eeeeeee takutttt...



Wednesday 21 November 2012

Mertua VS Menantu...

Salam kembali Dear, ..yang masih tak nak tido ni..!! aduhhhh..
Salam kembali u guys...yg juga masih belum tido sebab u guys kerja kan..?..

Allah Hu Akhbar...Berdoa kita semua moga Allah melindungi Saudara kita di Palestin dan moga Allah menghancurkan kekejaman Israel yang di laknat Allah....AL FATIHAH.


Mari kita sambung perbincangan Menantu - Mertua tadi.....Dear, u tido! jangan campur hal org2 tua nak mengulang kaji ni..tido, tido!! aa,aa,aa tak habis2 si Gee, isteri saya sorang ni....I pun no jalan n no road, nak buat u tido Dear....

Ok, berkaitan menantu n mertua tadi..Memang betul masih ada lagi ujud permasaalahan di mana kadang2 menantu perempuan ni rasa tertekan bila mendapat Mak Mertua yang berkelakuan tegas atau dalam gambaran si menantu, mertua dia ni umpama mencari kesalahan saja.(mungkin tak banyak tapi masih ada la kut )  Akibatnya, menantu rasa tak senang hati, nak ngadu kat suami prihal mak mertua pulak rasa serba salah, jiwa akan tertekan bila berkunjung ke rumah mertua dan macam2 rasa di mana semuanya menuju ke arah suasana hati yg kurang senang bila berdepan mertua. Mertua pulak, agak kusam muka bila menantu ada, bila nak suruh menantu buat kerja pun, bunyi cm arahan dari komando pejuang Hamas, atau bunyi cm sindir2 jea.... Tambahan pula si menantunya berjaya 'mencuri' anak Lelaki kesayangan mertau ni tadi, emmmm lagi la.....Ada sesetengah kes serupa ni masih berlarutan bertahun tahun....Sebab apa jadi macam ni.? Mana silapnya.? apa penyelesaiannya.?....apa macam, ada bunyi macam prof. tak intro subjek ni..!? hahahahaha.....Mari kita ulangkaji sama sama...

Sebab tu la dalam n3 I yg lepas2 ada I tekan kan sebelum kawin dulu kita cari keburukkan bakal  pasangan kita. Sekiranya keburukkan tu kita boleh terima dan ubahkan masa depan teruskan hubungan itu, tetapi sekiranya tidak boleh terimaaa, sendiri mau ingat la...Bukan bermaksud mencari keburukkan tu untuk bergaduh,,ianya untuk kelancaran hidup akan datang. Tengok buruk pasangan kita, tgk pula keluarganya.. Bila dah nampak, fikir sendiri, boleh tak kita hidup ngan sifat2 sebegitu, kalau boleh, cari jalan bagaimana nak mengatasinya dari awal2 lagi...Itu sepatutnya di lakukan masa awal2 dulu sebelum menerima pasangan kita sebagai teman hidup...Ingat, sekali kita dah terima, selama kita hidup la kita akan mengharunginya...Ini pesanan bagi mereka2 yang berboyfren gilfren...Kira ada niat nak kawin ler, kalau setakat kawan2 jea it's ok, tak perlu g siasat secara detail keluarga kawan2 kita tu...

Bagi yang dah kawin pulak, dan mendapat situasi seperti di atas.....Relaxxxx...jangan sakit2 hati, jangan rasa tertekan sangat...kita cuba cari penyelesaiannya...Kita semua kena BACK TO BASIC. Mak Mertua kita ni kan WANITA jantinanya...So kita kena la sentuh hati dia..Pertama, apa yg kita perlu ambil tahu, adalah umurnya berapa dahulu...Sebab umur ni akan menentukan bagaimana kita perlu atau mana kuncinya untuk kita memujuk mertua kita agar lebih berlembut mahupun agar lebih menyanyangi kita...Contoh, sekiranya umur mertua tu dalam 58 tahun ke atas, perlu la kita lebih menyentuh hatinya. Kalau kita dok ngan mertua, pagi2 kita siapkan sarapan Mertua kita ni dengan tertib. maksudnya, biar la sarapan tu nampak berhias cm kat masterchef tu, dan biarkan nampak berbeza sikit persembahan sarapan untuk mertua kita tu dari yang lain. Kan tersentuh hatinya nanti bila mertua tu terasa dia la yg paling di hormati dan dia yg special dalam kelurga tu. Tambahan pula, kita bersarapan bersama mertua kita sambil kita mendengar cerita dia, walaupun dah 6000 kali dia dok ulang cita yang sama, dgr dengan khusyuk! Bila dah nak g kerja tu, selalukan cium pipi mertua kita. Buat tiap2 hari, kalau tak pernah buat, mulakan dari sekarang..Mungkin pada mulanya, mertua kita tu rasa pelik atau ingat kita ni saja2 nak bodek dia tetapi lama kelamaan dia akan terasa sangat rindu pada kita kalau satu hari kita tak cium pipinya...aaaa, percaya la ngan kaedah ni...

Then kita ambil tahu apa perhiasan yg mertua kita suka, atau kita paling suka..Contoh lagi satu, Biasanya kita kalau pakai beg tangan ni, lebih mahal dari mertua kita pakai, betul tak? Bila kita memakai sesuatu perhisan lebih dari Mertua kita, dia akan terasa bahawa anak lelakinya tadi melebihkan isteri dari ibu nya sendiri..jadi ketidakpuasan hati tu akan di lepaskan pada menantunya nanti....Nampak tak?..Bukan nak suruh selekeh jea bila jumpa mertua tu tetapi cuba sesekali kita hadiahkan, kita belikan beg tangan yg sama harga untuk mertua kita tu. Pas tu kita minta dia gunakan beg tangan tu tiap kali kita bawa mertua kita g jalan2 atau bercuti sama2...Bawa mertua kita g jalan2 cuti2...katakan ngan mertua tu.."Mak, jom kita g cuti nak. Lama kita tak bercuti sama mak, lagipun ada beberapa perkara nak minta nasihat mak la...jom la mak..!"...Bila org tua ni dengar pasal cuti, dia mula suka la, kena pulak dia dengar kita nak minta nasihat atau pandangan dia,,lagi la dia tak menolak dan tak sabar nak borak2 ngan kita....COMMUNICATION is very very important!! Kebanyakkan masalah boleh di atas dengan kita berbual sahaja. Namun harus ingat, sekiranya kita ingin menjalinkan hubungan yg lebaik baik ngan mertua tadi, kita harus banyakkan memohon maaf pada dia. Biar kita low down sikit..Sambil borak2 tu kita pegang la tangan dia..Wanita atau org tua ni, kalau kita sentuh hati dia, lemah dia ngan kita ni....Menantu perempuan ni sepatutnya lebih arif menangani Mertua yg cm ni, coz jantina kan sama, so u guys tahu kan apa yg wanita suka.....Tu antara contoh2 yg boleh di praktikkan bagi memenangi hati Mertua, yang lain2 tu u guys cari la kunci tu sendiri...harap contoh2 di atas dapat membuka idea2 u guys nanti....Banyak lagi contoh yg boleh di berikn, tapi nanti n3 ni panjg menjela pulak...Yang penting, SENTUH HATI MERTUA KITA TU.....InsyAllah selesai masalah....

Dan sebagai amalan tambahan pula, amalkan yg ni,(bagi yg nak mengamalkan la yea)...Rasanya I dah berikan amalan ni, tak pe sekali lagi.....Tiap malam Jumaat, sebelum tido atau sebelum ehem ehem...(ciannn I, setahun lebih dah)....ambil sekeping roti, tulis ngan jari nama Allah yg ke 29 mengikut turutan Asma Ul Husna, (nak sebut dlm rumi I tak reti, u guys buka kitab Asma Ul Husna tu, tgk sendiri)...AL ADL kalau tak silap ejaan dalm rumi,..lepas tulis tu makan roti tu...Sebelum tu fatihah sekali hadiah untuk Nabi s.a.w. then niat......Amalan ni kalau kita amal kan rajin2, apa yg kita cakap, org lain suka mendengar n akan mengikut kata...InsyAllah..(kata2 yg baik tau).....amalkan...

Cukup tak sharing kita ni, ada byk nak kata tapi tak suka la kalau n3 yg panjg2, nanti ada yg bosan kan kan...Harap kita ni ambil langkah yg bernas bila berdepan mertua kita. Jadikan diri kita ni anak menantu kesayangan dia..usaha dan teruskan usaha..Hebatnya kalau mertua kita sayangggg sgt kat kita, en. suami tu tak de can langsung la nak bercurang2an atau tambah2,,,sure kena basuh ngan mak dia sendiri nanti..hahahahahahahaha.....Yg sedang menghadapi situasi Mertua VS Menantu..sabar n relaxxx...cari jalan yg baik yea....

sampai di sini dulu la rancangan Warkah Buat Isteri..InsyAllah akan ke udara apabila dah up date lagi nanti...so guysss, see u soon...n Dear.... TIDO !!!!........






Terlalu,,terlalu LETIH !!

Salam isteri saya...
Salam  u guys.... 

Baru la terasa lega badan dan terasa cukup tidur I ni. For the past 1 week semua otot badan terasa sangat2 bisa dan mengeras sana sini....(aa,aa,..otot badan dan seluruh kaki SAHAJA yg mengeras!!)..Dan 1 minggu lepas I memang merehat2kan diri, jadual senaman I pun kena skip buat sementara supaya badan ni dapat berehat secukupnya. Jadual Gee seperti biasa hanya kurang melayan kerenahnya. Sorry Dear, I terpaksa berbuat cm tu coz seminggu yg lepas betul2 badan ni tak terdaya rasanya..

Our family doctor pun menasihat I supaya berehat, rehatkan badan. N kata dia menjaga pesakit Cm u Dear, kebiasaannya akan sampai satu waktu si penjaga akan terasa sangat2 lesu badan, pada masa itu, penting bagi si penjaga merehatkan diri secukupnya. So 1 minggu la I bermalas malasan, setiap kali jadual susu n kemas u I dah buat, I tido!! I golek2. Tv pun kurang tgk, laptop ni pun malas nak buka termasuk update warkah u ni, rumah I tetap kemas tapi sapu2 jea n mop, dan berbagai2 kerja malas yg I lakukan, bah kan nak mendukung u pun rasa tak daya dah, I sekadar dudukkan u di atas katil u jea buat sementara... sehingga la semalam baru badan I ni terasa bertenaga semula Zahir dan BATIN!!.......Juga, I minta maaf pada yg sms bertanya khabar atau minta pandangan, I tak balas lagi, InsyAllah akan saya balas nanti yea,,mohon maaf yea, harap dapat memahami keadaan saya setelah saya jelaskan di sini, bukan tak layan hanya badan saya terlalu terlalu terlalu letih seminggu yg lepas, sekarang ni ok dah...Man Of Power kembali lagi....

Keadaan u pula Dear, nampaknya Graf u mula turun semula. Rasanya kesihatan dalaman u tak berapa menarik n tiada perkembangan positif. Secara fizikal luaran semuanya ok. Esok pegawai perubatan akan membuat ur medical check up di rumah. Beberapa malam lepas, u tak tido n asyik bunyi aa, aa, aa, kembali. Bila I tengokkan, nampak semua ok tiada apa2 masalah hanya u melawan diri untuk tido, That's NOT good at all. Nasib baik la I dah biasa ngan kerenah u yg sebegitu dan masa yang sama I perlukan rehat yg secukupnya so terpaksa la I buat tak tahu n masuk ke bilik sebelah dan tido...Sorry again Dear, so sorryyy...Sekarang ni pun u belum nak tido lagi dari semalam but I dah mandikan u tadi n susu dah bagi. Tiada siapa yg boleh buat u tido so it all up to u now...Dear, tido laa..u akan bertambah lemah nanti, I ni yg menjaga u, I tau apa yg akan jadi kalau u tak tido..Sebelum ni pun dah beberapa kali I katakan kesannya kalau u tak cukup tido....Yea la, pesakit cm u ni memang begini la karaneh dia...Moga Allah memberikan keputusan yg terbaik buat u n me nanti, InsyAllah....Sabar jea la Abil dan teruskan menjaga Gee...InsyAllah, InsyAllah.....

U guys, minta maaf juga coz tak dapat blogwalking to u guys punya side seminggu lepas. Dan belum menjawab komen2 n3 yg lepas. Minta maaf yea. Komen tu nanti tetap I balas. Sebenarnya hari ni I nak share sedikit berkaitan Menantu dan Ibu mertua di n3 ni. Idea ni pun I dapat dari sms seorang pembaca yg minta pandangan n amalan yg dapat di kongsikan bersama...emm,, memandangkan n3 ni akan menjadi panjang so I decide nak sambung sharing Menantu dan Mertua ni dalam n3 akan datang, (alaaa, lepas n3 ni, I sambung ler...relaxxx...)..Seronok gak kalau kita ulangkaji bab ni kan..Biasa la sekiranya ada mak mertua yg nampak cm tegas jea ngan menantu perempuan dia, lebih2 lagi u all dah 'rampas' anak lelaki kesayangan dia...Bukan setakat nampak tegas jea org tua tu, menantu perempuan ni rasa cm semua yg di buat nampak salah di pandangan ibu mertuanya,,ni perkara biasa dan jangan kita nak peningkan sangat kepala tu..relaxxx...Prof. Abil akan mencungkil,, n sama2 kita mencari jalan penyelesaian nya...hahahahahaha...Macam Dr. rumahtangga pulak si Abil ni!! hahahahaha....InsyAllah kita ulangkaji sama2 selepas n3 ni..

InsyAllah by today I akan sambung n3 ni, sekarang ni Prof. Abil nak g jemur baju2, kain2 n bedsheet si Gee ni..N nak pujuk2 Gee jap suruh tido...U guys sambung balik kerja tu, jgn asyik nak curi tulang dan curi daging...nanti kita jumpa lagi......baaiiiiii....muahhh,,tu flying kiss la..!



Tuesday 13 November 2012

Cari kunci tu..!

Assalamualaikum Dear..
Assalamualaikum u guys....

Cuti panjang lagi ler nampaknya u guys ni tambah pula cuti sekolah. Selamat bercuti pada semua n jaga diri n keluarga tu elok2 masa cuti cuti Msia ni, tambahan pula musim hujan ni, hati hati di jalanraya, di pantai, di tepi sungai ataupun di tepi longkang.!....Saya,..masih bekerja n belum ada cuti, cuti tahunan pun tak de, cuti sakit pun tak de. Kerja mesti di teruskan......But for u Dear, it's fine for me...

Past 2 days ni, I bawa u jalan2 with ur wchair tu sampai u penat, layan u tgk tv sampai u tertido sambil duduk kat bean bag tu...puas hati u kan.,tu yang tido lena, bangun pukul 4,5 petang!!..As long ur happy, me pun happy.....or am I really happy..?.I am happy la Dear, dont worry...Just a bit letih jea.

Ok guys Dear I tu dok bom bom lagi cm puteri sentubung n baru lepas susukan Gee...Mari kita bercerita cerinti..! Last n3 I kata nak beri cara yg sesuai untuk menambah isteri kan,,Fikir punya fikir punya fikir, tak jadi la nak share tajuk hangat ni n kemungkinan I bakal mendapat hadiah2 dari para kaum Hawa berupa, kayu beruti berukuran 2x4in yg akan singgah kat belakang badan I ni, pinggan mangkuk yg dah tak pakai lagi yg akan tercacak di kepala berkilat I ni,,dan kemungkinan kujungan2 ke rumah I ni dengan alunan bahasa2 yang manis2 yg bakal di lontarkan kat cuping telinga ni..!! Sungguh mengerunkan!! So tajuk tu tak jadi share la atas dasar keselamatan! hehehehehe.....Tapi n3 yg lepas ni,(Lapangkan hati isteri) I banyak mendapat komen melalui sms, minta pendapat I bagaimana nak meningkatkan agar si suami ni lebih rajin memuji si isteri...U guys (kaum Hawa la) suka rupanya sharing yg sebegitu yea...I rasa macam Prof. la pulak hehehehe..So kita sambung sedikit prihal kenapa suami, bukan boyfen yea,. Suami,,kenapa kurang sangat nak memuji isteri selalu. Boleh di katakan 75% suami yg berbuat demikian, kurang memuji ( Ini dari kajian I sendiri la selama 5 tahun kebalakangan ni ). Antara sebab utamanya, si suami ni sebenarnya berasa MALU hendak memuji isteri berbanding sewaktu bercinta/belum kawin dulu..Betull...Masa belum kawin atau kata org, belum dapat!( Dapat apa yea?hehehe ) memang betul, dulu belum kawin rajin gak dia memuji. Puji untuk mendapatkan si gadis tu menjadi teman hidup dia, Itu TUJUAN ASAL pujian di buat..Selepas menjadi isteri pujian tu secara automatik terkunci di kilang hati si suami. Bukannya bermaksud 'habis manis sepah di buang' bukannn...pujian tu hanya terkunci. Sedar atau tidak pujian yg terkunci di hati suami tu bukan dok diam jea, ianya membiak semakin banyak..! bertambah dan bertambah....Ramai yg tak sedar part ni.!

Di sebabkan ada lagi satu sifat yang di panggil EGO ni yg dok sorokkan kunci peti hati suami tu, maka suami tak dapat nak memuji. Kunci tak jumpa, cmana nak puji...Sayang sekali sekiranya si suami pulak tak nak mencari kuncinya..Contohnya cm ni...ni contoh saja tau.! Seorang suami yg tak mau mencari kunci tadi untuk melepaskan pujian yg sudah lama membiak tu, tiba tiba rasa menyesal, sesalan yg tak terhingga kerana tak memuji isterinya apabila isterinya telah di KAPANkan..Faham tak?....Masa tu la biasanya kita akan mendengar si pasangan ni merintih kehilangan org yg di sayangi selama ini, masa tu gak kita yg dok hidup sekelilingnya mendengar dia MEMUJI tak henti henti selama bila kisah arwah isterinya di sebut. Namun ianya sudah terlambat. EGO tadi akan memberikan kunci tu untuk di buka bila terjadinya perkara tersebut atau menjadi sakit seperti isteri saya tu. Ego si suami sekiranya suami tidak mengawalnya, ianya akan membawa padah, bukan sekadar pada kasih sayang, baik secara pergaulan umum, pekerjaan, mendidik anak2 etc etc... 

Tetapi ego ni memang sentiasa ada pada seorang lelaki, ada masa, ego ni baik ada masa ego ni menyakiti hati org lain, sebab itu  kerjan dia..  kena pulak ego di bantu oleh hasutan syaitan laknat. Sifat ego ni akan menutup pujian tadi dengan rasa Malu pulak. Sebab tu bila suami tak memuji, suami ni rasa cm tak bersalah apa apa, atau rasa "ok la tak puji isteri aku sebab dalam hati aku sentiasa memujinya..'.Pandaikan syaitan ni. Syaitan berusaha merosakkan rumahtangga ni tanpa kita sedari..So suami2 di luar sana terutamanya saya yg cap ayam jea ni, sama2 la kita berhati2 n sama2 la kita mengawal ego ni ke arah yang lebih baik.Buka la peti tu sesekali n lepaskan sedikit pujian tu buat isteri, jangan la malu2 dan jangan la kedekut sangat.......Buat isteri jea tau bro pujian tu..!! hehehe nanti jadi 80-20 pulak....( tak faham baca la n3 yg ada kisah 80-20 ni)

Jadi para isteri pula, jgn la ambil hati pada kami suami2 ni. Bukan salah kami., tu, tu, ego tu yang jahat...kita ni para suami memang baik2 belaka..!hehehehe...Para isteri jgn jadikan alasan berkecil hati atau merajuk terlalu sangat kerana suami tak selalu memuji u all. Sebenarnya di hati suami u all tu terlalu penuh dengan pujian terhadap isterinya, hanya suami tu rasa malu jea nak luahkan BUT..dengan kawan2 dia, selalu dia memuji isterinya sebab si suami tak berasa malu ngan kawan2 dia...Tu yang kadang2 bila kawan2 suami bertandang kat rumah, kita dengar dia org kata.."dengarnya awak ni sedap masak" atau.."betul la kata kau bro, bini kau ni memang terror masak la, rumah kau pun kemas jea."...betulkan kan...Sekali lagi, para isteri jgn berasa hati ngan suami tu tau, mereka (suami) ni amat amat menyanyangi u all...percaya la..kadang2 tu terlambat nak memuji saja (seperti contoh di atas).....Saya sebagai seorang lelaki n suami, mengalakkan sangat2 para suami ni ambil insatif sikit memuji isteri kita ni,,Ingat,,hadiah Allah ni jaga la baik2, lapang2kan hati isteri kita yg sentiasa tertanya tanya 'betapa hebatkah cinta suami aku ni kat aku..? "adakah aku ni masih di hargai?"...DONT TAKE THINGS FOR GRANTED bro...Puji la isteri kita., Antara.kekuatan isteri terletak pada pujian suaminya.....

Ok la tak nak cita panjang2 lagi dah, cukup la tu sampai di sini.. Me n Gee n Syg, eh eh silap ckp pulak hehehe, harap apa yg di kongsikan ni ada sikitttttttt manfaatnya buat ramai yang dok bertanya melalui sms tempoh hari....Gee pun dah bangun tu, I dah nak sambung lagi kerja2 mengemas Gee.....Jumpa lagi di siaran yang akan datang.....TATA TITI TUTU.........GAGA GIGI GUGU...........HAHA HIHI HUHU.........ok bai!!

Saturday 10 November 2012

Lapangkan Hati Isteri..

Assalamualaikum Isteri tercinta...
Assalamualaikum u guys u guys.....

At last dapat dah up load gambar lampu tido u yang romentik nii...tapi rasa cm gambar lampu tu jauh sangat la pulak...kira ok la tu, asalkan boleh tgk kan....cantik tak..? Jangan kata tak cantik, penat kumpul duit kat tabung buluh ni nak belikan u lampu tu Dear....Nampak tu cmana u tido kalau dah dapat jalan2 ptg ngan ur wheel chair..Ni namanya tido yang memuaskan hati u, ternganga jea....(gambar ambil waktu siang, bila malam lagi cantik suasana bilik Gee).

Keadaan kesihatan u mantain jea, graf u tak naik n tak turun...Hope for the best..Dan hope u suka ngan lampu tido u tu. I know Dear, u kalau I kemas2 bilik tido selalunya u akan rasa happy sangat, kejap2 u akan masuk bilik baring2...dulu la, sekarang ni u baring jea...tak pe Dear, anggap u rehat2 panjang jea la yea...I ada, u jangan rasa sedih sedih tau. I tak kan tinggalkan u Dear....

Suami2 ni kena rajin rajin lapangkan hati isteri kita ni..Jangan buat isteri ni sempit hati. Perempuan tak boleh bersempit hati, sebab hidup dia banyak perasaan kan...ada 9 perasaan.Sebab tu kalau kita perhatikan wanita ni (contoh ) sekiranya dia mula marah, marah betul dia, lepas dia reda, dia tak marah, marah tu berpindah menjadi merajuk, lepas tu dia jadi sedikit murung, pas tu dia jadi T REX !!...Sampai la yg ke 9 baru la dia ok sepenuhnya dari kemarahan tadi. Dan wanita ni tidak akan lupa langsung apa2 peristiwa atau sejarah kehidupannya, dia boleh ingat secara detail walaupun perkara tu dah berlalu 20 tahun lepas, sebab apa..? Sebab akalnya ada 1...9 perasaan, 1 akal itu la Wanita atau isteri2 kita...Biar pun ada 1 akal berbanding lelaki ada 9 akal, wanita ni amat cenderung kalau membuat satu satu kerja yg di berikan. Focus sungguh dia org ni..Sebab tu lagi kalau kita perasaan, perempuan ni kita cadangkan 1 perniagaan padanya, asalkan dia nampak boleh buat keuntungan, terus di lakukan, berjaya atau tidak itu dia akan tgk kemudian setelah kerja tu di lakukan...cuba kita cadangkan pada seorang lelaki pulak....mula mula sekali lelaki ni akan kaji keburukkan cadangan tu dulu, then dia pulak cadangkan supaya cadangan asal tadi di ubahsuai sedikit, then dia tentukan bagaimana pasaran cadangan itu tadi, then lagi dia bla bla bla, then bla bla bla lagi....by the time dia bla bla bla yang perempuan yg lakukan cadangan  tadi tanpa byk bla bala bla nya dah mula mengutip hasil cadangan tu...........9 akal 1 perasaan, itu lelaki.....( Mesti ramai lelaki yg agak marah bila membaca statement saya ni kan..)...

Bukannya saya ingin menjatuhkan sifat kelakian, saya pun lelaki juga...apa yg cuba saya katakan di sini, dalam waktu sekarang ni / zaman sekarang ni, kita kena lebihkan kerja dari kita banyak memikir bagaimana kerja tu nak di buat. Kalau kita tak lakukan jea kerja tu, mana datangnya idea untuk meningkatkan kerja tu...faham tak..? Cadangan yg baik, kerja yg baik, kita buat jea. Jangan lupa rezeki kita bukan datangnya dari kerja yg kita buat, Rezeki Allah yg beri,,kerja tu sebagai satu penyebab jea untuk Allah beri rezeki...Biasakan kita tgk, kita buat kerja2 A, contoh la...tiba tiba rezeki kita dapat tak de kena mengena pun dengan kerja A yg sedang kita lakukan...biasa perasan tak..? See, Allah nak tgk kita buat kerja jea, nanti DIA akan beri hadiah....So lepas ni ada kerja yg halal,buat jea jangan nak fikir banyak..buat dulu baru tahu berjaya atau tidaknya.......Ehhh apa la yang I merepek ni...kalau memaksa akal ni mengeluarkan idea, ni jadinya,,dok merepekkk jea si Abil ni....Sorry la guys, dok merepek ni...

Nak cita sikit pasal u Dear sewaktu sehat dulu..I dulu suka puji puji u ni. Waktu awal2 perkahwinan bila i memuji, u rasa itu hanya satu pujian biasa yg selalu di lakukan oleh semua org...Untuk membuktikan I benar2 memuji, I tak kan puji u sekali tu jea dalam sehari,....Contohnya, satu pagi tu, u dah bersiap untuk g kerja, I baru lepas mandi, then I tgk u, ada kelainan sedikit, lebih cantik dari biasa, so I pun kata.."Cantik u hari ni, baju u pakai ni sesuai sangat ngan kecantikkan u."..pompuan biasa la, dia akan jawab..."Yela tuuu" sambil senyum...Dalam perjalanan ke tempat kerja, I ulang balik kata2 pujian u tadi...kali ni u jawab.."Mana ada darling, biasa jea la.." I kata " I tau u ni memang lawa, tapi today u nampak lebih lawa pulak, betul la Dear.."
"Ye ke?" u jawab...Selepas tu, bila lunch time I call u nak ulang lagi kata2 pujian tadi...kali ni u jawab ngan suara manja malu malu..." U niii,," Petang bila menjemput u, I akan berikan satu tenungan ngan senyuman, pandang lama sikit wajah u sebelum I hidupkan enjin keta n balik rumah, U mula rasa sedikit malu tetapi bangga, coz u tahu I akan ulang sekali lagi pujian ikhlas tu.....Malam tu bila kita nak tido, U tanya, " Awak suka tgk saya macam tadi yea, lawa cm tu, hehehehe.." Mesti la Dear, today u really look wonderful".....Terus u hug me dengan penuh kasih sayang seorang isteri untuk suaminya...dan kita.........(ala, keyboard ni rosak pulak....)...

Puji isteri kita ni biar berulang, isteri akan suka dan dia akan benar2 tahu yang suaminya memang ikhlas memujinya..lapang hati isteri kita nanti...Suami pun akan berlapang hati bila isterinya nanti akan memberikan layanan yg agak luar biasa pada hari tu....Sesekali puji la isteri kita tu, tak susah untuk kita menyentuh hati isteri.....Tu isteri saya pun baru bangun, kena cayang cayang dia dulu sebelum kemas2kan Gee...INGAT !, u guys, sementara pasangan kita ni masih sihat, jaga la perasaan dan jaga la diri pasangan kita tu elok elok...Yang ni I benar benar ingin mengingatkan jea....Ikhlas dari Me n Gee ni tau....

So Dear, u guys..selamat berhujung minggu, Bagi yg baru berumahtangga tu, Selamat Berbahagia hendaknya...i kan update lagi dalam 2,3 hari nanti....bersubjekkan bagaimana hendak kahwin 4 dengan kerelaan dan senyuman kesukaan isteri kita..!!! tunggukan siri hangat ini akan datang!!!!!........hahahahahaha heheheheheheeh hohohohohohoho.........cau cin cau campur lai che kang!! hahahahahahaha

P/S..to Anne.....YEA NA SERINGEA...!?

Wednesday 7 November 2012

Gee Mogok...! ayoyo..

Assalamualaikum n good morning princess..
Salam to u guys too...


Dearrr tido dear, pukul 1 dah ni, esok bawa u g jalan2 lagi yea, tido dulu, bom bom....Malam tadi dok pujuk lagi suruh tido. Ni bukan macam biasa punya pujuk suruh tido. Sekarang ni, semenjak ada wheel chair, u nak jalan jea, kalau tak bawa u jalan, malam tu memang u susah nak tido....pulakkk....Pening juga I ni bila ada wchair tu.

Sekarangkan musim hujan, biasanya petang2 hujan lebat so tak dapat la I nak bawa u g jalan2 kat taman ni. Jadi kita dok depan tv jea la..Tapi u macam tak puas hati, nak jalan2 gak.! Selagi tak berjalan2 selagi tu la u macam merajuk, bila merajuk u tak nak tido malam...ayoyo minachii, apa ini...Dear, takkan la nak bawa u g jalan2 dalam hujan, pakai payung pun basah nanti. Awak ni sekarang betul2 macam budak kecil dah..Budak kecik tu menangis kalau tak di bawa jalan2, awak tak nangis tapi awak akan 'MOGOK', tunjuk perasaan,, malam tak nak tido!! ( Panggil FRU bantai u kang! ) Bila malam u tak tido, u akan lelap bila siang,,masalahnya nanti nak mengemas or mandikan u payah pulak coz u tido siang, terbantut ler jadual I nanti.. Bila u tido tak boleh kacau, nanti mengamuk pulak..Tak mau la macam tu Dear, cian la sikit I ni...Pas ni tak mau cm tu lagi, mesti ikut jadual harian seperti biasa, sekiranya u tak tido malam,, tak de jalan2 ngan wchair lagi..!! Denda u...!

I perasan sikap u sebegitu sejak 3 hari kebelakangan ni. Bila tak berjalan2 petang, malam tu memang susah u nak tido, asyik keras2kan badan. Then bila I dukung u n letak kat wchair u senyap jea, siap meleleh2 air liur..eeee...Macam baby dah u ni..Sekiranya u nak tahu perkembangan u setakat ni macamana, macam ni la jawabnya. U and ur wchair..! Lepas pujuk dan beritau u kena denda tu, baru la u tido lena..Petang nanti I bawa u jalan2 yea...kalau tak hujan la..

Gee ni kalau tak cukup tido malam, dia akan demam, badan pun lagi cepat susut, sebab tu very the important pujuk Gee suruh tido malam..Keadaan Gee setakat ni seperti biasa, macam budak kecik..Ada, ada masanya seperti dia faham apa yg I katakan, namun kebiasaannya Gee tak tahu apa apa pun melainkan I sentuh dia...Dear, dear..tak pe la dear, selagi I ada ni, selagi tu la I akan jaga u elok elok..emmmm...Ok la, tak mau cita sedih2, nanti ramai pulak yang menangis kang...bila beri komen kang habis basah laptop I ni nanti...basah tu ok lagi, ni siap ada hingus!! cehh!.....Oh ya, sebelum I terlupa,,25hb ( Ahad ) ni di Astro Oasis channel 106( Entry Jameela ) tu, jam 7.30 malam, ada segmen I. Ni bukan live tetapi rakaman yang di buat sebelum ni..Ingat tak I pernah up date n3 pasal rakaman Astro sebelum ni..so 25hb nanti akan di tayangkan...Tu la dia info terkini lagi......Rasanya lepas ni dah tak de masuk masuk Tv lagi dah. Tu kira yang last la tu...Jangan lupa u guys, sebelum tonton nanti, Magrib dulu, pas tu g beli popcorn dan coke dok depan Tv....!

Dear, nanti kita tonton bersama sama yea...Bila masuk Tv ni nanti ramai ler yang doakan u dear, tu yang penting. U guys, doakan Gee yea, moga Allah berikan isteri I ni keputusan yang terbaik buat Gee and me juga dalam masa yang terdekat ni yea...Then bagi mereka mereka yang menyatakan I ni dah kaya dan famous cm artis bila tersebarnya cita me n Gee ni,,Ni jawapannya...Kaya? langsung tak kaya. Jangan ingat masuk Tv ni org bayar kita ribu2, atau banyak dapat sumbangan..lagipun bila no ac yg terpampang kat Tv3 sebelum ni mungkin ada kesilapan teknikal, no ac tu salah, jadi jangan la ingat saya ni dah kaya atau meminta minta nak jadi kaya atau ambil kesempatan atas isteri saya yang sakit ni....Bagi mereka2 yg berkenaan, ni saya nak beritau,,Kaya saya ni terletak di hati dan saya akan rasa kaya apabila isteri saya sembuh,,Itu kaya saya...Bukan la saya katakan wang ringgit tu tak bermakna, saya memang memerlukannya dan sekiranya saya katakan tak bermakna, bermaksud saya menolak rezeki Allah pada saya dan isteri....Biar la Allah sahaja yang menentukan kayanya saya, jangan kita pulak yg tentukan, itu merampas Hak Allah namanya..Dan saya dan isteri bukannya cm artis pun..Saya hanya seorang suami yang sedang menjalankan tanggungjawab yang di berikan Nya, itu sahaja. Sekiranya ada contoh yang baik, boleh anda mempelajari nya, sekiranya ada yang buruk, anda boleh menegur, tetapi jangan mengutuk atau memperli, itu sangat tidak baik. Rasa rasanya, kalau saya mengadu pada Allah, Allah dengar dan makbul tak doa golongan2 orang2 seperti saya ni...Anda pula (mereka2 yg berkaitan) kena pandai la cari peluang, tahukan doa2 golongan yg sedang di uji Allah, Allah lebih mendengar,, g cari, ziarah mereka ni, then mohon jasa baik golongan ni supaya mendoakan anda,,kan lebih baik begini, anda juga yang beruntung, betul tak?...Tidakkah golongan2 yg sedang di uji adalah antara jalan2 terbaik bagi anda mencari peluang kebaikkan..?....Kita ni kalau nak pandang sesuatu, pandang la dengan mata hati sekali..baru la bijak namanya mengunakan kelebihan yang Allah berikan pada kita. Kalau tak faham gak, bertanya..Harap anda2 yang tertentu berpuas hati ngan jawapan yang di berikan ni..Rasa2 tak cukup gak jawapan tu, boleh ziarah saya dan Gee di sini. Datang la...

Cm tu la Dear antara golongan golongan yang I hadapi, tak ramai ler, segelintir sahaja....Yang ramainya, yang sentiasa mendoakan kebaikkan u dan memberikan keprihatinan pada u, itu paling ramai..Dan ramai juga yang menjadi "Bodyguard" u...Kalau I marah2 u, dia org tegur I, kalau I kata nak babab u, dia org ramai2 nak belasah I..! Memang tak de can ler nak dera2 u ni hahahaha..ramai na bodyguard Gee......Thank you guys coz jaga Gee bersama sama..Pada I dear, whatever keputusan Allah nanti, ianya adalah kerjasama dan usaha dari semua pembaca pembaca blog u ni...U should thank them, dear...Thank you guys,,thank you...ooo lagi satu, gambar Gee n lampu tidonya masih belum dapat upload lagi dari fon sewel I ni, harap bersabar,,bodyguard2 sekelian jangan belasah  I, bukan salah I, salahkan fon ni!! fon ni yang jahat!...hehehehe

All right, setakat ni dulu, I nak g mandi dan keluar sekejap dapatkan barangan keperluan Gee, sementara Gee masih tido ni....apa! ooo ketiak I memang setiasa wangiii...ehh betul la, kang suruh ciumdan bau kang u guys ghairah pulak!....percaya la kata kata I ni, KETIAK I WANGIIII.......dah, dah, dah, yang dok tengah kerja tu g sambung kerja,,curi tulang baca blog aa!! Boss, Boss, tengok ni, semua tak buat kerja, asyik baca blog org jea ni..Rotan dia Boss!!......hahahaha pandan muka, tak malu kena marah.......ok bai...


Sunday 4 November 2012

Rumah ada Jin.!! eeeee..

Salam sayangggg....
Salam u guysssss....


Lapar sungguh pagi tadi, maklum la org rumah I agak malas sikit nak masak asyik baringgg jea, weekend ni my mom pun tak balik Seremban dok tolong adik I berpindah rumah so beli bungkus jea nasi lemak (nasi lebih) berlaukkan ayam merah dan telur goreng....Dearrr, I dah mula bosan makan luar niii,,bangun ler, masak untuk iiii....I ni kalau nak masak sendiri agak malas sikit dan bukan pandai pun...Tapi ok gak beli makan kat kedai, anak dara yg kerja di kedai tu n toke nya lawa lawa!!! hahahahaha cuci mata sikit..

Ni Dear nak tunjuk u lampu tido bilik u yang baru I belikan di Ikea (minta tolong my sister belikan ngan my mom) cantikkk.....malam bila u nak tido I pasangkan,,romentik suasana bilik, kena pulak dengan warna cat dinding tu, pehhh....Nak upload gambar sekarang ni agak payah sikit la Dear, coz fon I ni rasanya dah "monopous", asyik hang jea pas tu bila ambil gambar, gambar tu tak de dalam galery,,ada hantu agaknya fon ni..Jap lagi I try to upload jika masih benggong gak memang fon ni akan makan dinding la jawabnya...

Back to cita lampu ni, bilik u tu tiap hari memang I pastikan kemas, bersih dan teratur. Raya lepas dah bercadang nak belikan lampu tido untuk u, biar u tido dalam suasana romantik. I pun dok asingkan budget sikit dalam tabung buluh tu, bila dah cukup baru la dapat beli minggu lepasss..Sebenarnya Dear, tak boleh gak kata lampu tu dari I sebaliknya dari pembaca2 blog u ni. Sumbangan yang di hulurkan dia org ni yang I dok asingkan sikit2...at last dapat la beli lampu....Terima Kasih u guys, moga ada keberkatan dan pahala yang Allah balaskan untuk u all semua yang banyak membantu kami berdua di sini...tq tq tq.....I ni suka tgk bilik u kemas n look nice. Nak u rasa keselesaan yang sempurna (semampu I ler). Tetamu yang datang ziarah u pun rasa selesa. Ni la dia nikmat nikmat dunia untuk u yang dapat I lakukan, supaya suatu hari nanti u akan kata betapa bertuahnya u bersuami kan Abil Fikri ini..InsyAllah..Dan suatu hari nanti jua la dapat I sendiri yang katakan " Saya telah membuat yang terbaik untuk isteri saya bila menghadapi ujian Allah dahulu." Semoga Allah memberikan kelulusanNya buat saya dan isteri, tidak lupa juga berkat dan pahala, bekalan di sana kelak, buat semua yang sentiasa berprihatin terhadap kami berdua di sini...amin amin amin Ya Allah.

Kita ni, mesti rajin2 kemas rumah, tak kira la bujang ke, dah kawin ke, atau status lain lain. (sila tik di kotak yg di sediakan, heheheheh)...Biar lantai tu nampak berkilat sentiasa, carpet tu kurangkan habuknya dari masa ke semasa, dinding rumah tu kena tegas sikit ngan anak2 jangan jadikan papan hitam cm kat tadika tu, habuk2 kat atas almari, belakg almari, habuk yg kat kipas tu, sawang sawang kat siling rumah, bawah katil, pastikan bersih sentiasa...Then sekurang2nya 3 bulan sekali tukar posisi ruang tamu, bilik tido, ruang tv,,nampak la kelainan sikit rumah kita...Kalau dah dok rumah kita 10 tahun, dan 10 tahun masih rumah tidak bertukar wajah seperti saranan di atas, tentu tentu kita rasa bosan. Isteri rasa bosan, suami rasa bosan, anak pun rasa bosan...asyikkk la pemandangan yg sama dalam rumah..boring oo...Dear, u guys,, tahu tak bila kita rajin mengemas dan mengatur barangan isi rumah tu,,Jin n syaitan ni tak suka duduk di rumah kita. Pening kepala bahlul bahlul tu..! Bila jin2 ni tak de, gangguan emosi kita berada di rumah pun kurang sangat2..Secara automatik aura dalaman kita bersemangat lebih, tenaga batin pun sihat walafiat...betulll, ni bukan cakap main2...Malam2 anak nak ke dapur pun langsung tak de rasa takut. U guys buat cm tu, ganggu dalam rumah pun tak de. Biar pun kita ni rajin beramal, mengaji (masa tu jin2 lari la kejap) tetapi rumah kita bersepah dan tak berapa nak bersih/teratur,,dia (jin) tu datang ler balik dok kat rumah tu semula sampai la bila2....Mudah la lagi jin2 yang jahat ni, tak kira islam (yg jahat) ke kafir, mudah sangat la dia mencari jalan nak porak perandakan kehidupan sesebuah kelurga tu apabila dia di dalam rumah, sebab dia dekat ngan kita, dia lebih nampak kelemahan kita, dia lebih dekat dan tahu macamana nak buat kita bergaduh, syak wasangka, anak2 jadi degil etc etc....So lepas ni kita jangan la beri alasan kerana keletihan bekerja, letih jaga anak2, letih jaga suami walaupun seronok!...sebab tu tak kesempatan nak jadikan rumah saya cm taman surga...! Tu namanya tanggungjawab Allah berikan apabila Allah bagi rezeki rumah untuk kita...Kemaskan rumah sentiasa dalam keadaan yang teratur. Alih alihkan kedudukan/pemandangan dalam rumah supaya kita yang tinggal dlm rumah tu tak rasa bosan....

Biasa tengok tak, tuala mandi lepas di pakai di gantung sana sini, biasa tengok? Pantang jea tgk kerusi, dia gantung kat kerusi, nampak tombol pintu, dia gantung kat tombol pintu!!,,ni yg di namakan tidak teratur...muka cantik/hensem..baju mahal di gosok kemas bila g kerja, percakapan hebat...tapi sayang,, bila kita g rumah dia,,sawang tu dah berusia belasan tahun, boleh buat herba ubat kuat, ubat tahan lama!! atas katil bukan setakat ada bantal jea, tuala mandi pagi tadi, kain sarung, underwear minggu lepas yg kata nak basuh dari hari ke hari tu masih ada kat situ,,agaknya kalau di amati betul2, atas katil tu jugak ada kunyit, batu lesung....Pasal tu la orang2 cerdik pandai dulu dulu ada kan kiasan/peribahasa...Indah Khabar Dari RUPA!!

Dalam kereta pun cm tu gak, dengan tisu atas lantai, bau susu anak, radio tu nak tekan play tak dapat coz penuh ngan habuk!..(bukan u guys laa, org lain..).......Tak mau la cm tu, sepertimana kita sendiri nak kelihatan kemas dan cantik, begitu la RUMAH kita termasuk la kereta kita.....Nasihat org konon si Abil ni, dia pun sepah gak kadang2 hehehehehe...pasal tu la I katakan, i bukan mengajar tetapi mengulangkaji sama u guysss....Nasihat pada diri sendiri n sharing2 bersama u guys....Gee tak perlu kemas rumah, sebab I tak bagi dia pegang penyapu pun,,,bab kemas2 rumah tanggungjawab I. I suka kemas rumah dari duluuuu lagi, mak I yang didik cm tu..Gee tugas dia masak n lipat baju, yang lain kerja rumah I buat...Baru la namanya CINTA kan isteri.....Suami2 ingattt....DONT TAKE THINGS FOR GRANTED....! Buat kerja rumah sama sama, ada anak tu heret sekali tolong kemas rumah...hukum anak2 kalau buat sepah, tegas sikit, esok2 dah besar jadi pengemas la anak2 tu....Cuti hujung hujung tahun ni mari kita mencantikan dan tukar2 posisi..( Aduhhh...tukar posisi sofa, tukar posisi bilik tido etc etc...bukan tukar "posisi" cm tu!!..aduhhh)...Rumah kita Surga Kita....hahahaha cm iklan la pulak...

Eh eh, dah, dah...cukup sampai sini jea..nak mandikan isteri tercinta di lubuk hati saya tu...OH!! Gee, cinta hati ku!!...jom sayang, time to mandi manda bersama Prof. Abil a.k.a Husband u...Ada siapa yang nak join mandi sekali..ada..?! I boleh tunjukkan cara cara mandi yang berhekmah..hehehehehe ...oiii. jantan tak boleh...yang belum kawin jea!!! hahahahahahahahha heheheheheheh hohohohohohohoho....sesekali gatal gatalan apa salahnyaaa........Opssss..Kalau Gee dah sedar, perenggan ni ke padam...kalau takkkk.....ok guys see u soon....Coming Dearrrr...!.............Sorry gambar lampu tido Gee tak dapat nak up load, fon dah rosak..esok esok I up loadkan pinjam fon adik nanti....byeee...


Friday 2 November 2012

Cekak Pinggang !!!

Salam isteri saya yang bucuk bucuk..
Salam pada u guys.....


Pagi ni sayang, u tgh tido lena I kacau u, kiss kiss hug hug, u buka mata kejap jea n senyum pas u u tido balik. U tido tu macam laa letih sangat2.. Cayang cayang bini saya nii...Then I keluar g beli roti canai 2 keping for breakfast...Dok tunggu roti tu siap, I baca akhbar Utusan, tu diaaa, muka depan kes kemalangan, 4 beranak terkorban..Allah Hu Akhbar! (Al Fatihah)....Kadang2 kita berhati2, yang langgar kita tu tidak, atau sebaliknya....Kita ni kena la berhati hati lebih sikit bila memandu tu...

Gee tido lagi, mari kita kutuk Gee,,yahooooo...Nak cita pasal Gee masa dia sehat dulu.. Gee ni kalau dia memandu keta, selagi meter tu tak cecah 1500 kilometer sejam, tak sempurna hidup dia hari tu,,laju! Tapi bila I dok sebelah, dia pandu keta,,mak oii! punya la displin, boleh dapat pingat Pemandu Malaysia paling berhekmah!! dengat sifat zuhud diaa,,semua berlakon jea tu. Selalu I tegur Gee, "Dear, jangan laju sangat, nanti kena saman buat penat jea kerja, cukup bulan dapat gaji bagi kat Jabatan Polis trafik, bayar saman."..Gee kata " Mana ada saya bawa laju, biasa jea.." Bukan I marah, I ingatkan jea. U nak bawa laju tu, bolehh tetapi berhati2 yea. Selalunya Gee senyum jea bila I tegur. Namum begitu, Gee ni cekap mengendalikan keta, itu I akui, memang terror dia. Selama ngan I tak pernah dia alami kemalangan, Alhamdulillah...Memandangkan kegemaran dia bawa keta laju bila I tak de, dan memandangkan Gee sejak sejak tu rajin amalkan Asma UL Husna, I pun berikan Gee 1 lagi amalan. "Dear, kita ni kalau tak nak mati atau dapat kecelakaan di jalanraya, mati lemas, mati terbakar atau seumpamanya, u baca nama Allah ni..AL WAKIL (wali ) nama yg ke 52 mengikut turutan kitab Asma Ul Husna tu". Baca berualang ulang kali bila memandu or bila senang2. InsyAllah.

Dengan kaum Hawa ni, suami jangan cakap keras2 atau tengking2 dia bila beri nasihat,,tak jalannn...Cakap lembut sikit dan beri dia sebab sebab yg masuk akal. Cm tadi, I tak kata, kalau bawa laju nanti eksiden. Alasan cm tu pompuan ni dah tau pun akibat bawa laju so tak payah nasihat dia cm tu, dalam hati dia kata " Cm la aku tak tau.." Sebab tu I kata ngan Gee nanti sia sia dapat gaji, dok bayar saman..So Gee ni akan lebih waspada bila memandu dan Gee terima alasan I tu..Semenjak tu juga rajin gak Gee baca amalan yg I berikan..Then lagi satu, suami sekiranya nak berikan apa apa amalan pada si isteri ni, cuba beri yang ringkas2 jea dan senang si isteri amalkan..Yang panjang2 ni kerja si suami....( Kenapa senyum..!?, amalan2 yg panjang2 laaa !!) I beritau ni sekadar cadangan saja, kalau nak ikut ok, tak ikut pun ok gak..sharing2 jea.

Sebab tu la I selalu tekankan pada Gee amalan Nama2 Allah tu, coz ianya senang di hafal, senang di sebut bila2 waktu, ringkas dan ianya antara zikir2 yang di cintai Allah. Kadang2 doa2 ni bukan semua org yang hafal, so cari yg ringkas dan mudah untuk isteri2 kita ni. Sambil buat kerja leh zikir, sambil bawa keta pun boleh,,sambil dgr lagu pun boleh....Nanti I berikan satu lagi zikir ringkas bagi isteri baca, satu hari nanti isteri kita tanya kita  " Abang,abng,,abg tak teringin ke berikan saya MADU sorang, Best la bermadu ni tauu, bila abg outstation MADU saya tu boleh la teman2kan saya g shoping shopingggg (dengan nada manja lagi tu )..".. NAK tak zikir tu!!?? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha... Agaknya sekarang ni kalau I ada berdekatan isteri2 tuan tuan, mau I kena tumbuk, flying kick, karate, smack down (cm gusti tu) dan berbagai bagai tindakkan yg sewaktu dengannya..!! hahahahahahaha.....Pompuan, pompuan,,Dia org ni memang pemurah, lembut hatinya, suka tolong menolong, bertanggungjawab, taat pada suami, kuat bersedekah...TETAPI kalau suaminya ada cubaan atau cukup ngan dia dapat bau jea si suami berniat tambah 1 lagi,, kesemua sifat2 terpuji dan yg bersopan santun tadi tu akan bertukar menjadi  RIMAU!! kalau masa tu ada seekor harimau depan dia pun, nescaya harimau tu pun sekali kena tengking, tak cukup tanah harimau tu lari..! Hebat isteri kita ni kan.....Maka dengan itu sayangi la isteri isteri yang sedia ada niii...

Then satu lagi perangai Gee yang selalu I tegur ialah...bercekak pinggang..masa bergambar kadang2 Gee cekak pinggang, borak2 dia cekak pinggang, masak pun cekak pinggang (kadang2 la)..Tu memang I tegur agak keras sedikit. " Fauziah, jgn cekak pinggang!". Kalau I membahasakan nama ngan Gee, dia tahu itu satu teguran yang mesti dia ikut pada masa tu juga. Gee takkan tanya kenapa, bila I menegur membahasakan nama dia coz dia tahu itu satu perbuatan yg sangat2 tidak baik dan suminya ni tidak suka sama sekali walaupun nampak remeh atau perkara biasa yg ramai org pun lakukan. Gee tahu I akan menjelaskan kenapa, bila selesai beri salam solat Magrib nanti. Sekiranya ada satu perkara penting I nak beritau Gee atau perkara yg perlu sangat I nak tegur Gee, I akan akan tegur dia selepas beri salam solat Magrib. I akan minta Gee duduk sebelah I selesai solat n I tegur/beritau, pas tu baru I berdoa sama2..Itu cara I. Berkaitan cekak pinggang ni, Jangan di buat walaupun sesekali, tak elok sungguh. Allah benci, rezeki susah nak singgah, hati jadi riak, rasa diri tu pandai sangat walaupun bodoh bergelombang, aib kita senang nampak dek org lain, bila tiba kesusahan payah kita nak selesaikan..aaa tu dia akibat kalau suka cekak pinggang!. Lagi satu, ilmu susah nak lekat kat hati. Ini la perkara yang selalu kita buat tapi kita tak tahu atau tak ambil kisah kesan2 bercekak pinggang ni...G tanya mana2 Ulama", elok ke bercekak pinggang,? betul ke kata si Abil ? yang hanya ada sijil SPM jea, tu pun gred 3, cukup2 makan nak lulus jea...Susah nak tanya Ulama", g masjid kediaman u all, tanya imam tu pulak...Ingat! lepas ni jangan cekak2 pinggang lagi walaupun sebelah tangan jea!....Tu sifat Iblis yang kena Laknat jea buat cm tu, jangan di ikut langsung!. Rasa2 nak susah hidup sila la buat......Ooiii kerasnya si Abil tegur...( Siapa suruh baca! )....Gee tu kalau kena tegur bab2 cm ni memang I tegas sedikit, supaya Gee tahu ini adalah satu perbuatan/perkara yg mesti di hentikan dia buat/ulangi lagi.

Lepas ni kita berlatih sama2 supaya tak cekak pinggang, boleh murid murid?....Sekali lagi saya ingatkan, saya bukan mengajar tetapi kita ulangkaji bersama2 yeaa...Ada pulak kang pihak2 tertentu nak tangkap saya pulak. Sekarang ni mengajar mesti ada sijil kan..kita ni SPM jea, hanya berdasarkan pembelajaran di pondok dan pengalaman hidup seharian jea...Jangan tangkap tau, nanti ciannn isteri saya tak de org nak jaga...Ulangkaji bersama2 pembaca2 blog jea, tiada langsung niat untuk mengajar..

Nampaknya Gee pun dah bangun, jadi sampai di sini saja ler dulu. Prof. Abil ada tugasan yang lebih penting bersama Prof. Gee. Banyak experiment kita perlu buat bersama sekarang ni terutamanya experiment "pampers" Prof. Gee. (kena tukar pampers bini la.). Semoga kita bersua lagi, me n Gee mengucapkan selamat berhujung minggu dan Selamat Pengantin Baru......ehem ehem, hujan hujan ni....

Followers