Saturday 30 June 2012

What"s wrong Dear..

Assalammualaikum Isteri kesayangan saya.


Hug hug kiss kiss..Sekarang ni u masih tido lagi n today tak tau pukul berapa u akan bangun. Selalunya I boleh agak bila akan bgn tido..Why!? Aaa ni nak cita kat u kenapa I cakap cm tu. 2 hari lepas u tak tido satu hari suntuk!! puas I pujuk2 nak kan u tido but tak tido gak u ni. Bila malam u tak tido sampai esok siang tu, mula la u nak mengamuk jea kerjanya the whole day...mengamuk, mengamuk, mengamuk!!


Kalau org tak biasa menjaga u ni sudah tentu tension n bosan tgk u dok mengamuk tak nak tido. Mengamuk u sekarang ni tak de la sampai menjerit2 seperti awal2 dulu tapi u akan keraskan seluruh badan u termasuk la tangan, kaki dan kepala..satu hari suntuk u akan buat cm tu n suara ada bunyi sikit2..What:"s wrong sayang? Kenapa tak nak tido ni? Cm tu la I dok tanya u. Bila u tak tido n keras2kan badan macam tu, I pun tak dapat nak tido la jugak. Puas I check ur whole body, mana la tau kalau2 ada luka ke, semut gigit ke atau u buang air besar ke,,gatal2 badan ke..Setiap inci badan u I check siap bau bontot u lagi!Semua ok jea, suhu badan pun ok..Still u tak tido. Tanya kawan2 doctor I, dia orang pun kata pesakit brain damage ni memang akan buat cm tu n kerap menukar2 sifat n perbuatan, dalam erti kata yg lain, payah nak explain n tak tau kenapa. Dalam masa yg sama I baca doa2 yg sesuai n mengaji biar u dengar still cm tu gak..tak tido n mengamuk..


Siang semalam, I buat apa,,kemaskan u bersih2 tukar cadar walaupun cadar tu baru lg, tukar pakaian u, tempat tido pun i bersihkan sambil tu baca selawat Azamiah n baca Al Latif 1000 kali, baru la u macam rasa lega n mula nak relax...Nampak u mula cuba lelap2kan mata. Lega rasa I tenguk u mula nak reda...Pehh, penat giler I rasa, dah la I pun tak dapat tido, nak check u lagi n kemas2kan lagi..Penatttt dear I ni..Jangan buat cm tu lagi yea dear..Lagipun tak elok u buat mengamuk cm tu coz saraf brain u payah lagi nak pulih, dah la graf perkembangan u dah tak naik lagi, seminggu 2 ni I tak nampak lagi peningkatan positif u. Tapi tak pe I tetap teruskan usaha for u sayang..Hanya jangan nak mengamuk lagi yea syg. Hanya I ada tension sikit ler,,anyway I still love u dear..cm I selalu kata kat u, my love for u seluas langit yg u pandang. Pernah tak u pandang ke atas, langit tak de? tak pernah kan so cm tu la my love untuk u....Dear, dear, ada pembaca jealous ngan kita, dia org jealous kita cinta cinta cm ni..hahahahaha


Perut ni pun dah mula lapar, I nak makan dulu. Pukul brapa u nak bgn u bgn la sayang,,jangan langsung tak bangun sudah....ok la masterchef nak g dapur tgk apa lauk yg sedang di masak ibunda saya tu..Setiap weekend dapat la rasa lauk masak di rumah coz org tua I blik seremban dari kl. Weekdays I n my wife jea so makan luar jea la I ni..emmm ok la ok la membebel cm ni pun bukan kenyang..esok2 up date lagi..chau cincau...

Wednesday 27 June 2012

Masterchef u dear..

Salam Dear n salam pada u all..


Today I nak up date berkaitan komen masakan ibu mertua u la dear, ,Ibunda tercinta I ni ler. Today I memang rasa sgt2 letihh sehingga malas nak keluar makan. Secara kebetulan mak pun balik sban today n kakak Anisah pun ada petang tadi. Apa lagi mak pun masak la, masak rendang ayam, ikan masin n sayur sawi.....Kakak Anisah potong buah mangga,, Dan I jadi juri Masterchef.. hahahahaha.


Dear, cuba u tgk, ok tak I jadi juri...apa pendapat u all pulak.....



Friday 22 June 2012

22nd June..

Assalamualaikum dear..


22 Jun.....Tarikh yang mungkin payah I nak lupakan. Tarikh serangan asma u yg kritikal. Tarikh I kehilangan belaian kasih seorang isteri. 22 jun bermulanya tarikh I mengharapkan u sembuh sepenuhnya. Bermulanya tarikh I menjaga u sepenuh masa. Tarikh yang menduga hati seorang suami....


Today genap setahun u terlantar sakit akibat brain damage. Dah setahun dear u bersama I dengan keadaan begini. Dalam setahun ni I menjaga u dengan penuh kasih sayang, kesabaran berusaha to bring u back.. U masih terlantar lagi. Sometimes I terfikir, berjaya tak nanti segala usaha I?. Adakah u berpuas hati dengan penjagaan I? Cukup ke curahan kasih suami ni pada isterinya? Allah beri ke kelulusan dugaan Nya pada kita? Semua jawapan tu I sendiri tak boleh jawap hanya Allah saja yang tau dear..


Selepas subuh n beri ur susu, I dok sebelah u memerhatikan wajah isteri saya ni yg sedang tidur. Memerhatikan seorang insan yang di pilih untuk menjadi isteri kesayangan saya. Setiap kali bila I perhatikan u dengan perasaan kasih yg teramat sangat pasti airmata menitis. Pada I, itu airmata kerinduan. Betapa rindunya saya pada awak ni. Kasih dan rindu ni makin menebal setiap hari walaupun keadaan n rupa paras u sudah jauh berbeza di bandingkan waktu u sihat dahulu. Pada I perubahan tu tidak dapat mengubah pangkat u sebagai isteri I. Selagi u masih di sisi I dan selagi u masih isteri I, selagi itu la I akan teruskan tanggungjawab I sebagai suami..Nothing can change that...InsyAllah....Hanya I nak memberitau u betapa I sayang n betapa I rindukan belaian u sebagai isteri I.. Ye la dear, baru 2 tahun kita dok syok jadi suami isteri, u pun sakit terlantar dah. Rasa belum puas n tak kan lupus kepuasan tu bila bersama u. Kadang kala hiba rasa di hati tenguk u yang masih terlantar dan tak tau apa pun yg berlaku. U kehilangan nikmat dunia. Seekor nyamuk yg menghisap darah u, pun u tak mampu menghalaunya..cmana tak sedih rasa hati I ni. Tapi nyamuk u tak kan terlepas dari I la, jangan kata nyamuk sekor tu jea, keluarga, sedara mara, sahabat handai nyamuk tu pun tak kan terlepas dari I!! Sapa suruh ganggu isteri saya, berani dia isap darah isteri saya aa!


Dear, walaupun sudah setahun usaha I belum berjaya lagi, jangan u marah I yea dan bersabar dear, InsyAllah Tuhan tu lebih mengetahui perancangan Nya. Dan I tak kan tinggalkan u keseorangan n akan terus berusaha dan tetap menyayangi u setiap masa. My love will be with u always..always.



Tuesday 19 June 2012

usik mengusik : Pt 2

Salam kembali Dearku syg....


Ultraman dah selesai kerja mengusik wife saya ni. Penat dah I. Tadi Ultraman g kat Bima Sakti dok cari barangan keperluan u n ubat ubatan...Sekarang Ultraman nak rehat n menonton Star Wars pulak....Ultraman pun boleh letih! hahahahahaha


Baru lepas beri ur lunch, susu and oat..Petang nanti nak lap2 bdn n urut2 u la..Sekarang ni u rehat2 la dulu coz u pun letih gak tadi kena usik ngan Ultraman...Hari ni tak tau la kenapa I dok geramm jea tengok u, tu yg kena usik tu. Rasa syok pulak usik u ni coz u tak melawan..Taat u pada suami ni yea walaupun kena buli..Ni la dia contoh isteri mithali, tak melawan kata n biarkan suami membuli..Bagus, bagus..Sayanggg la kat u dear...


Tadi lupa nak beritau cara ke2 yea u all...Semasa kita nak berhias pulak, apabila kita mengikat rambut, kita igtifar then kita sikat bulu kening sambil membaca Laillahailallah Hu Allah Hu Akhbar, pas tu bila menghias muka, selawat ke atas Nabi, bagi lelaki yg ada janggut, sikat sambil selawat. Semua bacaan harus la di baca ngan lembut dan yakin.....Ada tetamu dtg, jap sambung nanti.....


Kita sambung semula, so tu la dia amalan seri muka n bdn, selain tu sekiranya adab kita betul beramal, ada kelebihan lg satu,,org nak menipu kita agak payah dan kalau dia menipu pun kita akan tahu. Ok semua, tu la ulangkaji kita bersama buat hari ni..


Dah hampir pukul 7 pm dah ni, come dear nak lap2 u biar rasa selesa sebelum magrib. Nanti lepas magrib u dengar I ngaji yea mana la tau entah2 bila u sihat nanti (Insyallah) u hafal quran pulak!! Mana la tau kan...Sampai di sini dulu up date part two usik mengusik, esok2 I up date lagi warkah untuk u ni yea syg..Dah jom kita lap2 pulak....C u guys...pye pyeee ( bye bye la).

usik mengusik

Assalamualaikum isteri saya....cium, cium, hug, hug..


Seperti biasa nak up date kisah kita yg dok di lamun cinta ni la dear..Pagi ni puas u kena usik ngan I. Mana tidaknya, I rasa boring tak tau nak buat apa, semalam semua kerja rumah dah siap n dah mandikan u so this morning tak de kerja dah. Sekejap2 I intai  u masih tido lagi, tiba2 mood nak usik u tercetus apa lagi I terus baring kat sebelah u n hug2 u, sampai terperanjat u. hahahaha. I kata bangun la dear I boring ni...tengah tido I usik, mengamuk la u, lagi u marah lagi I usik!! Hahahahaha


Aaaa T-Rex dah datang nak makan u..Sambil kiss n hug u, I gigit u..Gigit tangan, perut, peha n punggung u yg sexxxy giler tu. Makan dia, makan dia,, Bau ketiak dia pulak, wangginyaaa then mari I gigit leher u pulak jadi Dracula hahahahahaha memang u rimas dok kena usik ngan I pagi ni. Usik punya usik I pulak yg penat. Ok la baring sebelah u pulak la n pujuk2 balik, seketika tu u pun sambung tido semula. Ai, baru kena usik seteruk tu u boleh sambung tido! Pukul 1 la u bangun nanti..Syok usik u ni coz u tak melawan, tanda suka la I usik tu. hahahahaha Kalau la u sihat n I dok ganggu u cm tu confirm u menjerit2 seperti biasa sewaktu u sihat dulu..Dulu memang I suka usik u cm tu pagi2 kena pulak u sibuk nak siap2 g kerja. Mengamuk u. Seronok I dapat buat u ngamuk..yeahhhh. Bila dalam keta u tak nak cakap ngan I, I pun nyanyi lagu cinta2 la untuk u mula la nak senyum balik tu. Sampai jea tempat kerja pujukkan terakhir sebelum u turun keta g kerja, I akan cakap " Thank you coz u buat I happy selalu'...U pun senyum n give me a kiss....Syok tak cm tu?? Nanti u dah sihat kita sambung lagi usik mengusik yea syg....Insyallah.


Few days ni I tak up date coz I luangkan masa membaca blog2 pembaca2 kita semua ni. Dia org ambil masa ke blog kita so I pun buat benda yg sama la n sign in jadi folower tapi ada yg I tak reti cmana nak sign in coz tak de gambar2 folower, maklum la I ni baru belajar nak jadi blogger cm u all semua. Terkial2 mencari mana nk sign in. Nanti tolong ajarkan yea..But mana2 yg komen tu I rasa I dah balas. N ada yg tanya berkenaan tips seri wajah,,emmm I pun ada komen nak beri tips tu..Ok la, senang jea amalan ni, 1. Mengaji selalu, sedikit sehari pun tak pe tapi kena tatap quran tu walaupun hafal. Jaga adab. Contoh penjagaan adab quran ni selain dari bersuci sekiranya kita letakkan quran tu atas rehal n ianya agak jarak sedikit dari kita duduk, Jangan..Jangan kita seretkan rehal tu, biadap namanya ngan Kalam Allah! Kita angkat dan dekatkan ngan kita yea. Nak baca muqadam pun tak pe hari2 syaratnya tatap muqadam tu. 2. Adab solat jaga, tu u all faham la. Hanya nak ingatkan,,bila kita bentang sejadah then  arah tak tepat pada kiblat, Jangan, Jangan kita betulkan arah sejadah tu ngan kaki!! Sungguh biadap kita dengan Tuhan namanya. Guna tangan, Kita nak mengadap Tuhan kan, jaga adab. 3. Amalkan Hasma Ul Husna tiap hari. Kaedah amalan seri wajah ni ada 2 ( actually banyak cara) Pertama sewaktu kita mandi, lepas niat mandi, niat la nak cantik. Bila mandi setiap jirusan air kita Igtifar dalam hati sahaja tengah sabun pun sama. Bayangkan kotoran zahir batin terkeluar ikut air mandian. Then 3 jirusan terakhir, igtifar, Baca Lailahailallah Hu Allah Hu Akbar n selawat. Baca dalam hati sahaja n jaga adab mandi.. Nak cepat kesannya, rajin2 solat taubat 2 rakaat. Insyallah, Tuhan izinkan.Senang jeakan. Insyallah kita di pandang berseri n tua kita tak nampak jelas. Dan juga org sekeliling suka mendengar bila kita bercakap......Eh ok la penat menaip patuk ayam ni..Sekali lagi I nak beritau, I bukan mengajar tetapi kita ulang kaji sama2....


I nak g kacau my wife lagi la, sambung kemudian yea,,,Dearrr,, Ultraman datanggggg.........Ooppss cara kedua tu esok2 la i beritau,,sibuk ni, Ultraman ada kerja la...

Wednesday 13 June 2012

One more round dear.

Assalammualaikum Dear n salam syg..


Baru selesai beri ur susu dan u masih beradu lagi. Pukul 2 nanti susu and oat pulak. Hari ni nak up date perkembangan kesihatan u. 2, 3 bulan yg lepas perkembangan agak memberansangkan walaupun very slow n graf kesihatan u nampak positif. I pun rasa agak lega bila ada hasil atas usaha2 yg telah I buat. Berpuas hati la juga walaupun u belum sihat sepenuhnya. But, 3 hari ni graf perkembangan u I perasan mula mendatar n ada sedikit penurunan. Why? I tak tau...I semak semula jadual penjagaan u, semua ok, lebih teliti n lebih usaha I ada la. Cmana I nak naik kan graf kesihatan u lagi ni? emmm tak pe, tak pe, let me check dulu.


Dear, Im doing my best. Sekiranya tahap perkembangan u mendatar n mula turun semula, I tak kan putus asa. I boleh mula balik n tambah lagi tahap penjagaan u..One more round dear, One more round lagi...U sabar tau n yakin la kat husband u ni, insyallah. Bila tengok keadaan u ni semangat I ada kurang sikit semalam, rasa cm...alaaa letihnya usaha punya usaha tapi tak naik lagi graf u..Di sebabkan I ni suami u n Man Of Power u, I tak tak putus asa. I perlu bersemangat semula. Audience kita semua ni pun dok beri sokongan tanpa henti. One more round sayang!..


Berkaitan perkembangan u ni menurun bukan la u tambah sakit ke, demam ke..basicly u nampak ok jea. Tindakbalas u I tak nampak peningkatannya. Sebelum ni kalau u dengar suara I, u cm mencari2 I di mana coz u tak nampak. Bila saraf otak u rosak sebelum ni ia melibatkan saraf penglihatan u sekali so buat masa sekarang walaupun mata u celik tapi u tak nampak. Bila I beri arahan sebelum ni, seperti I suruh u mengeleng kepala sebelah kanan atau kiri untuk mengikat rambut u, u akan mengeleng tapi sekarang ni u dah tak buat. I kena tolak sedikit kepala u baru u geleng tu pun kejap jea. Then kaki u yg dok membengkok tu sekiranya I urut dalam 2 minggu dia lurus la but now kaki u tak mau lurus dah, dok bengkok jea..Lagi satu, sekarang ni u kuat terperanjat. That is not good at all.! Coz bila u terperanjat ia menganggu perkembangan saraf otak n tak baik untuk jantung u. Tapi nak buat cmana kan, u pun bukan tahu apa yg u buat..Fuuhhhh..dear, dear. Walaupun I terasa penat tapi I akan teruskan usaha jaga u syg.


2 malam lepas, I dok mundar mandir depan u, fikir apa nak buat lg tiba2 u gelak. Terperanjat cimpanzi I!! I pun check what is going on..Check punya check, u dok gelak2 tu bukan la pasal kena rasuk ke atau ada gangguan lain, mungkin hati u tgh happy pasal apa I tak tau atau u dok main2 ngan malaikat kut..I pun tumpang happy sgt, tapi I menangis gak coz tu la cara yg boleh u rasa happy,,I tak mampu nak buat u gelak dear. Nak buat u tersenyum pun I tak mampu syg..Kadang2 I rasa, terkilan dan bersalah sgt bila u dah terlantar ni,,maafkan saya, maafkan saya. I really MISS u......Saya terlalu rindukan awak...


Dear, I nak beritau u ni.....Sekiranya kita tak de rezeki bersama lagi di dunia ni, samada I atau u pergi dulu, I akan cari u kemudian hari. I selalu mohon pada Allah moga kita mendapat rahmatNya dan I mohon agar Allah memberi u pada I semula. I want to be with u for the rest of the time nanti. Jangan risau yea syg. Insyallah I akan usahakan sampai akhirat...Hiba I rasa sekarg,,hiba I, dear...I nak berhenti di sini dulu dear nanti I sambung semula....



Tuesday 12 June 2012

Terima kasih u all.

Salam dear, Salam u guys..


Today dear I nak borak2 ngan semua pembaca blog kita ni ler so nanti,,insyallah  bila u baca warkah ni, u pun akan kenal who is u friendss semua ni. Audience semua ni selalu mendoakan agar u sembuh dan doakan kebahagian u..U should thank them satu hari nanti, jangan lupa tau!


Sabtu lepas I ambil the whole day g kat blog u guys dan masa tu  baru la I ambil kesempatan jadi follower blog u all. I baca semua yg punya blog n links..Seronok baca blog u guys. I perasan u all gemar cita pasal makan. Dok tengok gambar2 makanan u all jadi kebulur I ni. Ada tu, asalkan up date jea, gambar makanan!! Kain tudung ni dah macam buka butik, perihal family masing2, berkaitan agama, ada jugak yg link kan dengan gambar2 mati bunuh diri, kena tetak!! aiyoo lenguh kepala lutut tgk oo...blog2 u all ni boleh tambah pengetahuam am I la, bagus. Bila I nak compare ngan blog I ni rasa malu jea..Maklum la I ni baru nak belajar pasal bloging2 ni. Sebelum ni memang I tak tau pun berkaitan blog2 ni sehingga la kawan I sorang ni syorkan I create my own blog dan dia la yg banyak ajar I pasal bloging. Nama dia Zuliana, lawa tapi terlebih berat sikit! hahahaha Zue jgn marah aaa gurau aje, anyway thanks yea Zue..Thank you.



To all my audience, I betul2 ingin ucapkan jutaan TERIMA KASIH atas sokongan, doa, sumbangan yg di hulurkan dan thanks pada semua empunya blog yg dok promote blog I ni..Terima kasih, terima kasih, terima kasih..Airmata I betul2 mengalir bila, u all beri  all the sokongan cm ni..Ramai di antara u all kata menangis bila membaca coretan warkah I ni,,Yg I ni pun boleh menangis gak bila mendapat komen2 n sokongan u all. I tak sangka ramai di luar sana yg mengambil berat tentang I n my wife di sini. Tak tau cmana I nak balas jasa2 u all. Buat masa ni hanya doa saja yg dapat I pohon pada ALLAH semoga u all senantiasa mendapat rahmatNYa..Terima kasih yea U all...Maafkan I kalau agak lewat jadi follower blog u guys. Mana2 blog yg I tertinggal just beritau, nanti akan I layari blog u. Sememangnya blog u all nampak lebih matang berbanding blog I ni yg baru berusia 2 bulan kena pulak I ni masih belajar lagi tentang bloging2 ni.


Bila I tengok blog n gambar2 berkaitan family seronok rasa di hati terutama pasangan yg baru kawin or dapat cahaya mata.Harapan I semoga u all berkekalan dalam kebahagiaan. Ingat,,selalu manja manjakan isteri tu, kalau dia membebel, peluk jea, settle...Isteri ni pulak jangan la lawan kata suami tu, suami kita kan kena la patuh. Aaa jangan lupa rajin2 bersenam, sihat tubuh badan, jangan terlebih berat nanti nak dukung payah pulak!! Kalau sakit cepat2 buat medical check up, jangan ambil mudah jea..I ni 2 bulan dok hospital dah jadi cm rumah dah,,macam2 jenis org sakit I tengok..Brain damage cm isteri I tu boleh di katakan secara purata setiap wad ada 3 kes. Setiap wad tau! bukan setiap hospital. Cuba g mana2 hospital di Malaysia ni n tanya misi2 tu berapa orang yg brain damage setiap wad?! U all, I ingatkan jangan ambil mudah bila sakit terutama yg muda2 n anak2 masih kecil..Frankly speaking, bukan mudah u nak jaga org sakit ni, bukan mudah. Kalau u tak reda ketentuan ujian Allah, bukan sekadar cakap jea tau, mesti betul2 yakin, kalau tak de keikhlasan yg betul2 ikhlas n kasih sayang yg jitu,,emmm tak tau la leh jaga ke tak nanti. Dalam proses penjagaan pulak, mental u all kena kuat la, kena cari la cara cmana nak kuat kan mental n semangat tu....not easy..Betul firman Allah, Dia tak kan turunkan ujian kalau hambanya tak mampu namun ada yg lari dari ujianNya. Tu yg dok baca kat akhbar kes bila dah sakit teruk, pasangan atau anak2 buat tak tau, anta kat rumah kebajikan, lari tinggalkan cm tu jea...actually, kemampuan tu ada, hanya tak nak berdepan bila kena uji...So, nak elakkan dari berlaku, jaga kesihatan, rajin2 beramal dan pastikan selalu dalam keadaan bersedia..Kita tido malam ni, belum tentu kita bangun esok pagi......I ni sekadar menasihati sahaja, jangan u all terasa yea..Dont angry angry bird! I love u all...U all love me tak??...oiii jawab la,,love ke tak?


Secara tak langsung, u all ni dah jadi sumber penghibur I, kadang2 tu tension gak, bila rasa tertekan I buka la blog I ni, baca komen2 u all n check my follower, so terhibur la juga..sometimes bila tak tau apa nak makan, pun i check blog2 u all terutama yg wanita2 ni, gambar makan, gambar makan, gambar makan..kuat makan rupanya! Cmana pun u all memang best la. bessttttt...


ok guys ni dah sampai masa untuk susu my wife. Kang cita panjang2 u all boring pulak...U guys, terima kasih la banyak2 coz terus beri both of us sokongan. Terima kasih semua. I LOVE U GUYS. Esok I cuba up date lagi yea....tata tata tata tata tata tata tata...............muahh( flying kiss).

Followers