Saturday 19 May 2012

Gosip gosipan

Salam Dear....Hug hug hug...


Hug punya hug u dah tido rupanya....Isteri I dah tido jom kita gosip gosip pasal dia yeeaahhh....U all nak tau 2 3 hari ni my wife lagi kuat merajuknya, pujuk pun ambil masa lebih lama. Malam pun kena tido sebilik dah, sebelum ni kalau I tido malam sebilik, my wife ni pulak tak tido2, so I tido la bilik sebelah...Sekarg ni siang ke malam ke kalau my wife nak tido kena la I tido sebilik....berbagai2 perubahan sejak kebelakangan ni pada isteri I. Seperti mahukan perhatian penuh dah....hopefully tu tanda tanda yg baik ler....Dear, u nak I pujuk2 u 24 jam pun I dont mind, I lebih suka..apa u nak I buat, insyallah I akan turutkan as long u rasa selesa n berpuas hati dgn jagaan I ni.....


Jom jom sambung gosip my wife ni lagipun dia bukan tau pun kita gosipkan dia..hahahaha. Nak mula mana gosipan kita ni...emmmm, aaaa...U all tau cmana i kenal my wife n jatuh hati ngan dia? Mula I jumpa my wife ni sekitar awal tahun 2008. Dia datang ke ofis I dgan seorang member I di jalan raja chulan, masa tu untuk menghadiri meeting perunding kewangan. Sebelum ni I paling ramai kawan perempuan, kawan jea nak cinta2 ni malas n tak berminat.Hati tu kadang2 nak bercinta tapi ada rasa takut pulak, tak tau kenapa..So,,my wife ni duduk diam jea kat meja my fren tu then I pun g jumpa my fren tu nak minta jadual mtg coz malam tu I jadi speaker...Bila sampai jea kat tempat my fren I nampak wajah isteri ni, hati ni bukan berdebar2 tapi rasa terhibur tiba2...I just pandang jea wajahnya n tersenyum,,dia rasa cm kurang selesa bila dia perasan I dok pandanggg dia. I tanya nama, dia diam jea lg, I tanya lg baru la dia jawab,,Fauziah..my fren tambah,,panggil jea Gee..my fren kenalkan nama I pada my wife tu..Terus I kata pada dia,,wajah awk ni look classic, jarang2 ada org yg raut wajahnya look classic..ur beautiful.!! agaknya kembang kuncup kembang kuncup punggung my wife masa tu..N dia masih mendiamkan diri..I kata lg,, I ni memang tak suka menipu and bukan saja2 nak memuji,,sebetulnya ur beautiful pada pandangan saya. kalau saya pandang awk lawa, semua yg ada di ofis ni tentu akan bersetuju dgn pendapat saya..N masih my wife diam jea lagi...U all nak tahu tu la pandang cinta I yg pertama. I boleh rasa yg I ni dah jatuh cinta pada dia masa tu....Ohh!! Cinta hati ku sayangg!!!!! I tak cakap la I jatuh cinta kat dia nanti dia ingat I ni gila ke,,control macho laaa...But mula saat I tgk my wife tu, hati rasa sentiasa terhibur. Pada I my wife ni memang lawa n punggung dia cm itik pulang petang! hahahahaha. Lelaki ni, tu la yg kita org suka tgk dari bujang sampai ler dah kawin,,tak boleh buat apa dah dah lumrah kelakian sebegitu( Bukan semua la, kebanyakkan jea) so para wanita jgn la ambil hati atau marah, biarkan dgn hobi kami ni, hobi tgk punggung namanya hahahahahahaha


Then selepas mtg tu I pun dok cari my wife tapi tak jumpa coz dia terus balik rupanya,,terkilan rasa..Selang beberapa minggu lepas tu dia dtg lagi, masa tu I tgh solat magrib kat tepi meja I, selesai solat, hati I terhibur kembali nampak dia...Kali ni I terus g borak2 ngan my wife n I minta no fon. Semenjak pada tu kita selalu la berhubung, ada masa terluang kita keluar bersama g makan2 n jalan2....Satu hari tu I pun luahkan rasa cinta pada my wife ni dan I tak bertepuk sebelah tangan rupanya..Semasa kita ni di lamun cinta, I ni dok cari keburukkan wife I..sifat baik semua org ada n pada I semua org tu baik, hanya sifat buruk ni jarang2 org tonjolkan sebelum kawin, betul tak? Pada I sekiranya sifat buruk ni I boleh terima n I rasa I boleh ubahnya kemudian hari,, I akan teruskan hubungan ini and of course I nak jadikan dia wife I....Sifat baik dan buruk ni semua org ada sebab nafsu yg Allah cipta tu sama sahaja. Terpulang pada kita sifat2 manakah yg patut kita pilih untuk di jadikan kehidupan kita. Dan kita mesti mengawal sifat2 buruk kita dengan sembhyg, rajin2 mengaji, rajin2 g masjid...cari sifat buruk pasangan kita tu, sekiranya sifat buruk yg dia pilih tu kita boleh terima dan boleh kita ubahkan menjadi baik then teruskan lah ngan hubungan tu.( Ni tips pada yg belum kawin ) kalau tak boleh terima then sendiri mau ingat laaa....So begitu la I kenal my wife, masa lum kawin tak la romantik mana pun I ngan dia, biasa2 jea, Selepas kawin baru la kita beromen......tik ngan pasangan kita,,Baru la syokk. Kang klau I cita bagaimana kita bercinta cara detail panjang lak karangan ni jadinya so ringkas cita I berkenalan selama 10 bulan then I pun masuk la meminangggg...


Maka akhirnya ke jinjang pelamin la kita berdua..Kan ada gambar nikah I n my wife I lampirkan sebelum ni ( memori ), cuba u all tgk, cantik kan my wife...Tu la penghibur hati I..buah hati pengarang jantung, isteri, sahabat n tempat I bermanja....tapi kini, ujian yg kita tempuh I hadapi dengan sabar dan kadang kala di temani airmata mengalir tanpa di sedari....Dalam doa untuk kesejahteraan isteri I, tak I  tinggalkan doa untuk u all semua, terutama pada yg telah berumahtangga...semoga Allah senantiasa memberkati, mencurahkan rahmat dan memberikan kesihatan yg baik sehingga akhir hayat U all..aminn, aminn, aminn. Terima kasih sekali lg pada semua yg mengikuti blog I n all the members/ followers, thanks...Those yg ada blog tu, memang I selalu gak baca blog u all..To tuan tanah: Lynn (all about us) I baca blog u n thank you.

so jam pun hampir pukul 1,,ngantuk dah,,esok I akan sambung lg,,nak tgk cmana i bergurau2 ngan my wife, tunggu esok I up date lagi. Insyallah....G"nite u guys n yg dok luar negara, g"day and g"evening....good good........good!


22 comments:

  1. semoga Abil terus tabah ye menjaga isteri tercinta: )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina Do Do Cheng kita lagi...Kong Zi Fatt Choi and thank you..Insyallah sy akan tabah menjaganya.

      Delete
  2. gembira dan terharu, bercampur aduk bila membaca blok kali ini.kebahagian selalu diharapkan sampai ke syurga tetapi tidak terduga ujian berada di pertengahan. air mata sebagai teman untuk meluahkan perasaan.teruskan pengabdian kepada Ilahi agar tenang sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 perasaan bila membaca blog saya yea..Ujian Tuhan kita mesti reda coz apa yg Tuhan beri itu la yg terbaik.

      Delete
  3. Patutla ada orang tu dah tak tido dalam bilik dia yg panas macam saunaaa tu lagi dah!!hahahah..bilik kak gee mmg terbaikk..sejuk..bersihh..sapa2 pun musti nk tido dalam tu..sorry kak gee..tis week sy xleh cium pipi kak gee sbb sy demam..nanti jangkit dgn kak gee..

    - cjeah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halloo.bilik abg tu hanya untuk lelaki sejati jea yg boleh tido tau..tapi klau sapa2 berhajat tido sambil bersauna sila lah dtg....jemput tido, jemput tido..

      Delete
  4. k.geee tgk abg abil, dia gosip pasal k.gee... hehe.. xpe nnt sy akan ngadu ngan akak setiap kali dia gosip psl akak ok.. erkk tp sampai ke aduan sy ni kat akak, xsampai pun xpe, janji doa saya utk akak sampai.. :)

    -malysa-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo malysa nak nadu kat Gee yeaa...nanti abg kata kat Gee, Malysa yg suruh gosip2 hehehehe...aa aa tak tahu!!

      Delete
  5. Hai Assalamualaikum Abil,
    Huhu gitu ceritanya yek...berdebar jantung bila bersua si buah hati. Hem.. cam aku la jugak Abil.. dulu2 bila bersua dup dap dup dap dada nie.
    Sempat jugak bergossip ye.. tak apalah. Kalau isteri ko Gee dah sembuh nanti.. mau dia cubit2 ko kan. Seronok baca nukilan rasa ko Bil. Aku faham gelonjak rasa yang mana ko inginkan isteri ko sembuh dan dapat berbicara seperti dulu, insyaallah Bil. Ko tau seberapa banyak para sahabat yg singgah kat sini mendoakan untuk ko berdua.
    Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu ko yang memikulnya. Insyaallah mudahan Allah makbulkan doa semua sabahat kita untuk ko dan juga doa ko seorang suami yang memang stylo la bagi aku. Tabah, ikhlas dan bersemangat waja.
    Take care Bil and Gee... aku dan wife sentiasa dan selalu doakan untuk kalian. K Selamat malam.. eh pagi la Bil, dah kul 4pagi nie.. baru pas dodoikan bini aku ler. ha ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai isteri kita ni pun leh tahan gosip dia gak..hari2 dia org leh gosip. Bro sampaikan salam pd kenkawan tu n thanks doakan kami di sini.

      Delete
    2. Tulah Bil, isteri aku pandai simpan rahsia orang. Selalunya kwn2 akan story kat dia masalah dan minta nasihat dia. Kalau ada gossip dia dulu tau.. tapi selalunya aku tau dr org lain.
      Kawan2 aku krim salam " Assalamualaikum ". We should thanks to you, cause you have been a very good and charming husband. Eh speaking london lak.

      Delete
  6. Assalamulaikum Encik Abil & Kak Gee :) so sweet kisah perkenalan itewww...betul kata Abangklassik kat atas nie, setiap hari berapa ramai orang yg mendoakan Encik Abil & Kak Gee...tak putus2 :) terima kasih kembali kerana mendoakan kami sekalian...Aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalamm Liyana..I tak cita yg masa i borak2 ngan gee masa tu, i jatuh tergolek coz kaki kerusi tu patah sebelah, malu oo jatuh depan gee hahaha....n thanks Liyana. Kirimkan salam sy pada family u nanti yea.

      Delete
    2. Ahahaha...Ya Allah mesti malu giler kannnnn tapi Encik Abil mesti control macho masa tu dgn pipi merah padam and Kak Gee pun dah tergelak guling2 dalam hati :) Adoiyaiiii bila baca blog Encik Abil nie rasa macam kite dah kenal lama je...seronok dan rasa dekat dgn kehidupan you all.... :)

      Delete
    3. gelak dalam hati!! gee gelakkan i depan2 sampai keluar airmata...

      Delete
    4. Aku dapat bayangkanlah Bil, sebab aku pun pernah alami situasi tu. Tapi aku jatuh berguling.. ala2 cita hindustan. Aduss... pening pun ada ha ha ha. Kawan aku tgk sampai kena sawan ketawa tak berhenti. Malu giler tapi memang merahlah mula aku control cute. Aku pun cam tu Bil, borak macam dah kenal lama lak, cam kata Cik Liyana Shaz kita tu. As usual my pray with both of you sahabat.

      Delete
  7. Replies
    1. thanks Alifz...hope bro dah baca semua entri..

      Delete
  8. so sweet...kite sekadar merangcang...mengimpikan.hanya allah yg tau setiap perjalanan dn perancanganNya....semoga akan dapat di ulangi semula detik2 indah abg dan kak gie...jgn berhenti berdoa bang....aminnn..~aish~ekin~adif~

    ReplyDelete
  9. Sukarnya untuk mencari suami seperti en abil di zaman ini. Semoga terus tabah dengan ujian yang mendatang ini. Saya dan suami mendoakan isteri en abil cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti dulu. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa hai, ramai lagi suami / lelaki yg lebih hebat lagi di luar sana, cuba cari pakai binocular..

      Delete
  10. ternyata mmg cntik k.gee ni...gebu ja kan..tu yg en abil suka..moga nti k.gee kmbli sihat..msti lg romantik ;-)

    ReplyDelete

Followers