Wednesday, 30 May 2012

Hep! babab kang.

Salam again dear.....


Tu dok celik mata tak mau tido lagi u ni. N baru kena marah ngan I. Semalam u tido pukul 3am, lagi I pujuk lagi la u tak nak tido. Malam ni kena marah dah, muka u macam blur jea bila kena marah ngan I..I kata..Hep! babab nanti, pukul berapa nak tido? Esok u bgn awal u akan marah2 coz tak cukup tido..dah, dah, tido, tido....Geli hati pun ada tgk muka u blur2 kena marah cm ikan tembakul!! hahahahaha


Bukan I nak marah u betul2, nak u tido cm biasa n bgn esok  muka tu fresh n tak menggangu saraf2 otak u nanti. Kalau tak cukup tido cmana nak sembuh cepat so waktu tido u I kena jaga..I ambil masa lapan bulan untuk latih u tido mengikut masa yg sepatutnya...Sebelum tu u boleh tak tido selama 4 hari berturut2!! Selama u tak tido dulu, selagi tu la u bising sgt, tension giler I tapi I dok sabar jea. Sekarang ni memang I cukup jaga waktu tido u, tak mau jadi cm dulu lg.. aaa tak tido lg, babab kang! dah, tido, tido....muka u blur lagi..hahahahaha kelakar hahahaha..Pas tu I sambung pujuk u,,sayangg, tido la yea, dah lewat malam dah ni...sambil usap2 kepala u n kiss2 dahi n pipi u. Tapi tak mau lg u tido so i tinggal u kejap sorang2 jap lagi tido la u..Sekarang ni pulak ada masa sebelum tido kena pujuk, ada masa tak boleh pujuk u sgt nanti u tak tido...emmm. Kadang kala I faham kehendak u, kadang2 tak tau apa u nak pulak, pening gak I memikirkan. Tak pe, lama kelamaan I akan faham nanti, Insyallah.


Dear, u ingat tak U pernah tanya I satu soalan n I rasa mesti semua para isteri akan tanya soalan yg sama pada suami. U tanya sekiranya I punya rezeki yg lebih, nak ke I kawin lagi satu?! I terus gelak bila dgr soalan tu..Baru kawin u dah tanya soalan tu, apa la u ni. I jawab,, mana I tau coz jodoh tu kan rahsia Allah. I kata lagi, terfikir pun tidak. Then I kata lagi,, lelaki ni semuanya kuat2 tenaganya kalau bertumbuk boleh tahan la liat tapi kalau ngan isteri sorang ni tak yah nak bertumbuk,  suami dengar isteri membebel sudah cukup membuatkan tempurung kepala para suami retak!! Bayangkan kalau ada 2 orang isteri!!! hahahaha, betul tak wahai para suami sekelian? Hebat2 isteri kita ni kan hahahaha.....U diam jea tapi tersenyum puas dengan jawapan I.Tiba2 I tanya u pulak,, Nak tak I ajar u satu amalan supaya I ni akan sentiasa sygkan u sepanjang masa sampai akhir hayat seperti mana perasaan sygnya atau rasa bercinta kali pertama kita jumpa dulu? Insyallah ianya tak kan pudar walau cmana pun keadaan n kalau bergaduh, akan cepat reda..U terus jawab,, nak, nak...Baik la I akan ajar u tapi syaratnya u kena rajin membaca Asma Ul Husna. Semenjak hari tu memang u rajin la baca nama2 Allah tuu....Bila tiba masanya I pun ajar u amalannyaaa, Tiap2 hari u buat, agaknya memang u ikhlas, Allah makbulkan permintaan u tu..Sampai sekarang I bercinta ngan u biar pun keadaan u cm ni..Syukur pada Allah kerana berikan saya perasaan sebegini dan kekuatan untuk mengharungi ujianMu..


Barang siapa yg nak belajar amalan ni sila hubungi saya dengan izin suami masing2. Siapkan ayam golek 3 ekor n pulut kuning 1 baldi!! hahahahaha. Jangan marah aaa, gurau aje...( jap nak jenguk isteri saya )......


Dah tido pun puteri kesayangan I tu siap ternganga lg mulut dia. I cukup suka tgk u tido. Esok bila u bgn I akan hug2 u seperti biasa..Ooo lupa nak beritau u, tukang cat tak dapat nak mula kerja tadi katanya hari khamis nanti la.I ok jea as long kena siapkan secepat mungkin, nak kasi cantik lagi bilik u tu. Bulan bintang yg glow2 tu pun I dah dapatkan n ada tetamu yg hadiahkan  lepas baca blog kita ni...thank you. Tak sabar rasanya nak tgk hasil cat bilik u nanti. Hope u akan suka keadaan bilik u bila dah cat n ada glow2..


ok la dear, I pun nak tido dah, esok seperti biasa subuh nanti nak siapkan susu u. Gnite sayang. I love you. Esok2 I akan sambung lagi cerita cinta cinta kita n cerita romen.....tik kita..Ta ta ti ti tu tuuu....



Monday, 28 May 2012

I'm coming dear..

Assalamualaikum dear.


Seperti biasa u masih tidur n I baru beri ur susu. Rasanya dah seminggu I tak up date warkah ni buat u. Sorry ler dear, I sibuk jaga u n seminggu badan I pun tak berapa sihat, rasa sakit2 otot ni. Kena g urut badan ni ngan Abg Mus kat Sri Gombak..tapi bila dapat I g? Tak pe la buat sementara ni I leh tahan lg..


Dok terfikir juga kalau I jatuh sakit siapa yg boleh jaga u ni, maksud I jaga sepertimana I jaga u. Tu kalau sakit,,kalau I pergi dulu! I really hope org yg menjaga u  sekiranya I dah tak de  dapat menjaga u lebih baik dari I. Sure u akan tercari2 mana suara yg selalu u dgr tu, suara yg tidak pernah penat melayan u..mana perginya sentuhan yg selalu membelai dgn penuh kasih sayang,,mana perginya org itu..,mungkin itu yg u akan rasa kut, mungkin sahaja OR u  masih tak tau n faham apa2...Last weekend ur mom n adik beradik datang melawat dari paka Trengganu. So I pun dok ajar Dila ( adik Gee) cmana nak uruskan u waktu mandi, nak mula dari mana, nak syampu n facial cmana, lepas selesai mandi pakai tukar alas baru n pampers u cmana. Then I tanya dia boleh buat, dia senyum jea...I kata ngan dia, mu kena tau cepat coz kalau aku mati, kak yah( panggilan adik beradik untuk Gee) akan di hantar ke trengganu, mu yg akan jaga dia n jaga kak yah elok2. Kalau mu kasar ngan dia, aku keluar dari kubur n cekik mu!! Dan kali ni dia tak senyum tapi dia terus menangis..I nasihat dia, kena tau cmana nak jaga org sakit cm u, bukan I  minta nak mati tapi kita ni tak tau ajal kita bila datang mengundang. Dan I nak ur family nanti dapat memberi penjagaan u yg terbaik, lebih baik dari I jaga.I just nak prepare sekiranya perkara cm ni berlaku n jangan u risau sebab i dah aturkan semuanya sekiranya I pergi dulu..Dont u worry dear, hubby u ni will make sure everything in order sebelum I pergi..


Tu semua plan sekiranya I pergi dulu, minta2 Allah tu panjangkan umur I dlm keadaaan yg sihat n sembuhkan u dalam masa terdekat ni...aminn..


Ni nak cita about u last week. Minggu lepas tak tau apa yg membuat u menangis jea 3, 4 hari. asalkankan dengar suara I jea u nangis, asal dgr jea meleleh airmata u. Kenapa dear? lagi I pujuk, lagi la u menangis. Confuse I. Bila I tak de dlm bilik u, u akan keluarkan suara seolah memanggil I. Cepat2 I jenguk u then u nangis..Tu di antara sebab kenapa seminggu I tak dapat nak up date blog untuk u ni. Dok jea la mengadap u. Makin manja u sejak kebelakangan ni. Yg i ni dok laaa memujuk u. Kadang2 tu tgh I mop lantai u panggil, tengah i jemur baju u panggil,,aiyaa amoi, ini macam bila wa punya kerja lumah mau siapp. Tengah buat kerja cm tu boleh la I terus jenguk u, ni I tengah mandi, menyabun badan u panggil!! tak ke kelam kabut di buatnya. Bila I dgr jea I kata,, jap dear, jap dear I tengah mandi ni tapi u terus memanggil..Aiyaa. U akan reda sedih bila i pujuk sambil usap2 kepala u n sehari 2 ni kena nyanyi lagi..Cm2 lagu I nyanyi. Lagu twinkle2 litter star, ba ba black ship, rockka bye baby...semua tu u tak suka! tapi bila nyanyi lagu Tunggu sekejap( lagu P Ramli ) u diam pulak. Lagu terukir di bintang n lagu Lelaki ini..Tu u suka la, nampak diam jea. Bila berhenti nyanyi mula la u nak nangis blik.. Oii dear! menyanyi ni pun penat tau..Bila i rasa dah cukup menyanyi, I ngaji pulak sure u nak tidur lena..kalau terus mengaji tak nyanyi dulu u tak tido. Macam2 la u ni. U buli I cukup2 yea. Walau cmana pun, I tak pernah nak marah atau bosan ngan u ni...nak tau kenapa.. Coz awak ISTERI saya. Seorang suami tak kan rasa bosan dengan isterinya. Suami isteri mesti tunjukkan perasaan syg setiap hari..setiap hari. Jangan di simpan dlm hati nanti ianya akan tenggelam, susah nak di timbulkan..Ini bukan nak mengajar tapi kita mengulang kaji sama2..


Lupa nak beritau u, esok bilik u akan di cat, so I akan alihkan u kat ruang tv sehari suntuk yea. Leh la kita tengok tv sama. kita tgk cita Star Wars nak? Best giler cita dia, ada Darth Vader, Luke the skywalker, Yoda, Jaja bing dan ramai lagi...tak kira la u suka ke tak, kita tengok jugak! hahahahaha......aaaaa tu u dah memangil I. Baru bangun la tu. Nak g hug2 u n pujuk2..tu la cara good morning u. Dah panggil lagi!..I datangggg sekarangggg....malam nanti kita sambung......yea dear I am comingggggg......

Sunday, 20 May 2012

Suamimu dear...

Assalamualaikum.. morning dear.. 
macam mana tidor malam tadi.. ada mimpi i tak ?
mimpi wet wet ke! hehhehehe

rutin tiap tiap pagi beginilah.. celik jer mata ini terus i check condition you.. check your body.. just to make sure everything is under control.

macam yang i mentioned before, i sudah tiap tiap malam tidur sebelah you. sebelum nih kan i tidur bilik sebelah.bukan apa dulu mula mula i tak boleh nak tidur sebab u takkan tido bila i ada.

nowdays sudah banyak berubah.
Sebelum nih kalau i usik you.belai belai you. mulut you
mesti bising.. mungkin tak selesa.. yelah i tak pasti
samaada badan you itu sakit atau bisa bisa bila disentuh.


 tapi sekarang , you sudah biasa dengan sentuhan dan belaian i. Setiap pagi juga i akan bau ketiak you.. wangi ke achem hehehe.. hahaha.. tapi i guarantee bau ketiak you memang sentiasa wangi, sebab i akan sentiasa pastikan keadaan kulit you elok terjaga. I suka bau ketiak u!!! yahoooo...






 Rambut you juga akan i sikat secantiknya.. walaupun sudah pendek .tapi tak bermakna i akan biarkan begitu saja.. i juga akan urut urut kepala you setiap bgn pagi .. biarlah urat kat kepala tuh berjalan .. agar you akan rasa fresh ..

i juga akan bermanja manja dengan you lepas bangun tidur.. macam waktu you sihat dulu. i ingat lagi dulu kita dah janji nak keluar pagi pagi ke pasar contohnya.. you dengan eksitednya bangun sesudah subuh.. u kejut kejut i, tak jugak bangun.. setengah jam.. satu jam.. satu setengah jam..dua jam.. sampai you .naik fedup kot.. kesian you.. sampai naik merajuk.. sudahnya kene jugak beli kasut untuk kasi you sejuk..





ini gambar extra..(both of us lum mandi lg).. untuk tatapan para pembaca yang saya sayangi dan hormati sekalian. terima kasih atas doa dan sokongan moral anda semua.. bila membaca blog kamu semua. banyak yang saya pelajari . membuatkan hati saya juga terhibur, itu juga yang saya harapkan bila anda semua membaca blog saya ini. Terima kasih dari kami berdua.

Saturday, 19 May 2012

Gosip gosipan

Salam Dear....Hug hug hug...


Hug punya hug u dah tido rupanya....Isteri I dah tido jom kita gosip gosip pasal dia yeeaahhh....U all nak tau 2 3 hari ni my wife lagi kuat merajuknya, pujuk pun ambil masa lebih lama. Malam pun kena tido sebilik dah, sebelum ni kalau I tido malam sebilik, my wife ni pulak tak tido2, so I tido la bilik sebelah...Sekarg ni siang ke malam ke kalau my wife nak tido kena la I tido sebilik....berbagai2 perubahan sejak kebelakangan ni pada isteri I. Seperti mahukan perhatian penuh dah....hopefully tu tanda tanda yg baik ler....Dear, u nak I pujuk2 u 24 jam pun I dont mind, I lebih suka..apa u nak I buat, insyallah I akan turutkan as long u rasa selesa n berpuas hati dgn jagaan I ni.....


Jom jom sambung gosip my wife ni lagipun dia bukan tau pun kita gosipkan dia..hahahaha. Nak mula mana gosipan kita ni...emmmm, aaaa...U all tau cmana i kenal my wife n jatuh hati ngan dia? Mula I jumpa my wife ni sekitar awal tahun 2008. Dia datang ke ofis I dgan seorang member I di jalan raja chulan, masa tu untuk menghadiri meeting perunding kewangan. Sebelum ni I paling ramai kawan perempuan, kawan jea nak cinta2 ni malas n tak berminat.Hati tu kadang2 nak bercinta tapi ada rasa takut pulak, tak tau kenapa..So,,my wife ni duduk diam jea kat meja my fren tu then I pun g jumpa my fren tu nak minta jadual mtg coz malam tu I jadi speaker...Bila sampai jea kat tempat my fren I nampak wajah isteri ni, hati ni bukan berdebar2 tapi rasa terhibur tiba2...I just pandang jea wajahnya n tersenyum,,dia rasa cm kurang selesa bila dia perasan I dok pandanggg dia. I tanya nama, dia diam jea lg, I tanya lg baru la dia jawab,,Fauziah..my fren tambah,,panggil jea Gee..my fren kenalkan nama I pada my wife tu..Terus I kata pada dia,,wajah awk ni look classic, jarang2 ada org yg raut wajahnya look classic..ur beautiful.!! agaknya kembang kuncup kembang kuncup punggung my wife masa tu..N dia masih mendiamkan diri..I kata lg,, I ni memang tak suka menipu and bukan saja2 nak memuji,,sebetulnya ur beautiful pada pandangan saya. kalau saya pandang awk lawa, semua yg ada di ofis ni tentu akan bersetuju dgn pendapat saya..N masih my wife diam jea lagi...U all nak tahu tu la pandang cinta I yg pertama. I boleh rasa yg I ni dah jatuh cinta pada dia masa tu....Ohh!! Cinta hati ku sayangg!!!!! I tak cakap la I jatuh cinta kat dia nanti dia ingat I ni gila ke,,control macho laaa...But mula saat I tgk my wife tu, hati rasa sentiasa terhibur. Pada I my wife ni memang lawa n punggung dia cm itik pulang petang! hahahahaha. Lelaki ni, tu la yg kita org suka tgk dari bujang sampai ler dah kawin,,tak boleh buat apa dah dah lumrah kelakian sebegitu( Bukan semua la, kebanyakkan jea) so para wanita jgn la ambil hati atau marah, biarkan dgn hobi kami ni, hobi tgk punggung namanya hahahahahahaha


Then selepas mtg tu I pun dok cari my wife tapi tak jumpa coz dia terus balik rupanya,,terkilan rasa..Selang beberapa minggu lepas tu dia dtg lagi, masa tu I tgh solat magrib kat tepi meja I, selesai solat, hati I terhibur kembali nampak dia...Kali ni I terus g borak2 ngan my wife n I minta no fon. Semenjak pada tu kita selalu la berhubung, ada masa terluang kita keluar bersama g makan2 n jalan2....Satu hari tu I pun luahkan rasa cinta pada my wife ni dan I tak bertepuk sebelah tangan rupanya..Semasa kita ni di lamun cinta, I ni dok cari keburukkan wife I..sifat baik semua org ada n pada I semua org tu baik, hanya sifat buruk ni jarang2 org tonjolkan sebelum kawin, betul tak? Pada I sekiranya sifat buruk ni I boleh terima n I rasa I boleh ubahnya kemudian hari,, I akan teruskan hubungan ini and of course I nak jadikan dia wife I....Sifat baik dan buruk ni semua org ada sebab nafsu yg Allah cipta tu sama sahaja. Terpulang pada kita sifat2 manakah yg patut kita pilih untuk di jadikan kehidupan kita. Dan kita mesti mengawal sifat2 buruk kita dengan sembhyg, rajin2 mengaji, rajin2 g masjid...cari sifat buruk pasangan kita tu, sekiranya sifat buruk yg dia pilih tu kita boleh terima dan boleh kita ubahkan menjadi baik then teruskan lah ngan hubungan tu.( Ni tips pada yg belum kawin ) kalau tak boleh terima then sendiri mau ingat laaa....So begitu la I kenal my wife, masa lum kawin tak la romantik mana pun I ngan dia, biasa2 jea, Selepas kawin baru la kita beromen......tik ngan pasangan kita,,Baru la syokk. Kang klau I cita bagaimana kita bercinta cara detail panjang lak karangan ni jadinya so ringkas cita I berkenalan selama 10 bulan then I pun masuk la meminangggg...


Maka akhirnya ke jinjang pelamin la kita berdua..Kan ada gambar nikah I n my wife I lampirkan sebelum ni ( memori ), cuba u all tgk, cantik kan my wife...Tu la penghibur hati I..buah hati pengarang jantung, isteri, sahabat n tempat I bermanja....tapi kini, ujian yg kita tempuh I hadapi dengan sabar dan kadang kala di temani airmata mengalir tanpa di sedari....Dalam doa untuk kesejahteraan isteri I, tak I  tinggalkan doa untuk u all semua, terutama pada yg telah berumahtangga...semoga Allah senantiasa memberkati, mencurahkan rahmat dan memberikan kesihatan yg baik sehingga akhir hayat U all..aminn, aminn, aminn. Terima kasih sekali lg pada semua yg mengikuti blog I n all the members/ followers, thanks...Those yg ada blog tu, memang I selalu gak baca blog u all..To tuan tanah: Lynn (all about us) I baca blog u n thank you.

so jam pun hampir pukul 1,,ngantuk dah,,esok I akan sambung lg,,nak tgk cmana i bergurau2 ngan my wife, tunggu esok I up date lagi. Insyallah....G"nite u guys n yg dok luar negara, g"day and g"evening....good good........good!


Sunday, 13 May 2012

Masa kita berdua

Assalamualaikum n good morning dear...

This morning u bangun awal tapi  tu u tido semula lepas I urut2 kepala and tengkuk u pelan2 tadi...senyum I tgk u lelap,,Dulu waktu u sihat bila bangun u akan siapkan my breakfast atau siap2 kita bfast kat luar..G bfast pun u akan mekap sana mekap sini, yg I dok menunggu ni dari lapar boleh jadi kebulur!! Tu la isteri kita kan, dah lumrah dia org ni suka mekap2 tapi bila nak ke jamban tak pulak isteri kita ni sibuk nak mekap dulu. Hahahahaha

Waktu I keluar g bungkus makan tadi, terkenangkan masakkan u. Apa saja u masak memang sedap bagi I, best, tumbs up. U leh masak apa saja bak kat adik ipar I tu, kak gee ni resepi bergerak. I akui la u memang pakar masak ler.U all nak tau setiap malam minggu menu makan akan berubah, biasanya western food. U akan masak steak atau chicken chop siap ngan mash potato, fries nad vege...coz malam tu I akan luangkan masa tgk english premier league( hidup Man U) so dinner pun london style! Hari ahad biasanya I tak kan minta u masak la sebab ahad hari kita berdua saja, tengahhari kita akan ke cheras makan ayam kampung, peliknya u tak makan pun ayam tu, u akan ambil ikan bakar..Bab makan isteri I ni lain sikit, cm tu gak kalau u selesai masak, macam2 lauk, cm nak buat kenduri tapi u akan minta i belikan ayam goreng mamak, tu la lauk u suka makan,,pelik. Sup2 ni u suka la juga. emmm.... Then tiap petang ahad kita akan ke Port Dickson, jalan2 kat teluk kemang tu tak mandi la jalan2 sambil beli2...tu yg dia suka, asyik membeli jea kadang2 u pun tak tau apa yg u beli asalkan membeli. Nasib baik tak de jual kasut kat sana!! Sebelum balik kita dinner kat ikan bakar mesra, makan sana pun best gak sampai toke kedai tu dah tahu apa kita nak order..Ahad memang hari kita spend time berdua sahaja, cm belangkas berkepit ke hulu ke hilir...Beessttttt. But now pun ok gak coz kita ada di samping each other 24 hours.....Insyallah dear, insyallah satu hari nanti kita akan ulang semua perkara tu....

I ni dok cita yg indah2 jea bila ngan u, yg kurang indahnya pun ada gak sekali sekala, terutamanya bila waktu awal2 perkahwinan. Ye la I dah lama membujang, umur 40 baru kawin so nak menukar jadual dari org bujang ke suami org ni masa tu la datangnya ujian org dah kawin. Biasa sebelum ni tak de pulak org tanya pukul berapa I nak balik bila I keluar, dah kawin u akan tanya pukul berapa nak balik nanti? I akan jawab, Bila i sampai rumah, i akan beritau pukul berapa I balik...aaaaa memang u marah masa tu,,masalahnya dear, cmana I nak tentukan tepat waktu I balik, sekiranya I kata pukul 10, I sampai pukul 11, u marah gak..The point is I tak biasa nak tipu2 u, so tu la jawapan I pada u setiap kali u tanya..Tu masa mula2 kawin, bila u dah faham n u tau I g mana, dgn siapa, u pun tak tanya lg,,malahan I akan ajak u bersama..Kita ni suami isteri jangan biasakan menipu each other walaupun perkara yg remeh..Contoh kita nak g jemput isteri kita, kita belum start enjin keta pun n dah lambat,,bila isteri fon dan tanya kita kat mana, biasanya kita jawab On The Way!! tu menipu namanya. Apa salah kita kata baru nak keluar ni n sorry la syg today lambat sikit yea...kang dah sampai jemput dia, cepat2 bg french kiss n say sorry,, tak la isteri kita membebel..!! Kalau dia tetap membebel gak..buat tak tau jea sambil nyanyi lagu Negara Ku..hahahahaha..ingat, sekiranya kita menipu,kita akan mencari seribu penipuan lg untuk menutup 1 penipuan...

Ni tadi I baru beri ur susu n masih tido lg dengan mulut ternganga macam org kerja kontrak! hahahaha..tak pe dear u rehat2 la dulu. Oooo teringat pulak, ada satu hari tu u minta I pula siapkan bfast u on the bed, I kata ok no prob. so pagi keesokan hari tu lepas subuh i cepat2 ke Mc Donald beli bubur kesukaan u tu n I siapkan atas katil sebelum u bgn...Bila u sedar u look very happy, bila u tanya I ke yg masak?? I pun tipu sunat,,I kata lepas subuh I masakkan bubur tu..bila u rasa jea terus u tau asal usul bubur tu dan pandang I sambil tersenyum...hahahaha i gelak,,yg penting I dah siapkan bfast u on the bed...suka kan??...Anything for u la sayang, anything. Insyallah...

ok la dear sebelum u bgn ni baik I kemaskan rumah dulu n nak basuh cadar u. nanti kita berceloteh lagi yea dear.....cayanggg bucuk bucuk.......









I love you..

Assalamualaikum syg..

Guess who...ur hubby ni. Dah few days I tak up date warkah buat u ni coz dok sibuk habiskan masa ngan u n ada beberapa urusan yang perlu i selasaikan anyhow I akan teruskan dengan warkah u ni selagi I mampu insyallah bila u dah pulih seperti sediakala nanti u luang la sedikit masa membaca cerita  dari suami u ni yea.

Sebelum i teruskan cerita kita, I nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca blog I, pada semua member2 blog, atas sokongan yg tak putus2 dari u all. N to those blogers yg dok promote blog I, thank you so much. THANK YOU TO ALL OF YOU....yg ada blog tu, I ada juga tgk2kan. Blog u guys memang best!! pasal family, g cuti kat bali la, jalan2 cari makan, cerita cerinti, best, best,...dan ada suka kentut, kentut buat dia lega..tu betul buat I gelak,,macam2...thanks u guys, thank you again......

Back to warkah ni. Dear sejak 3,4 hari ni I tgk u diamm jea, maksud I lebih diam dari sebelum ni. Macam u dok fikir something, pada I terlalu diam. Why dear? Dah 2 malam tak sempat I pujuk u, u dah tido. Biasanya kena pujuk rayu dulu then u pun tido, ini tidak..siang pun cm tu. Bila u bangun tido pun u diam jea, u dah tak panggil I ngan bunyi tu. N dah 2 malam gak I tak lena tido, kejap2 I jenguk u. Tak sedap hati pun yea juga I ni.But kalau mandi n tukar pampers tak de apa perubahan...tetap marah jugak!! Puas I fikir kenapa, macam2 cara I buat nak tgk reaksi u,, I nyanyi, joget MC HAMMER, tarian india,,bercakap bahasa cina u tetap cm dingin jea, biasa u akan beri reaksi but this time u just diam jea langsung tak de tindakbalas..Kenapa sayang? Jangan la buat I risau. I nak keluar pun 2,3 hari ni pun berat hati jea walaupun tinggalkan u sekejap, cepat2 I balik. U merajuk ngan I ke? I tak buat apa2 salah pun..I hanya menjaga u saja. Makan u I jaga, kebersihan u i jaga, rawatan u on time, amalan untuk u I buat, I hiburkan u, urut, facial,,kasih sayang tiap hari I curahkan pada u tak kurang sikit pun..ataupun mungkin tu perubahan sikap u jea kut,,I hope tu jea la kan sayang...Tapi berkaitan susu n makan u sekarang ni cepat pulak hadam, belum 3 jam perut u dah kosong coz i check selalu. Dan sekarg u dah pandai beri isyarat haus atau lapar,,part tu I suka sangat, ada la perubahan positif, hanya part u diam sangat tu I mushkil..Tak pe la dear, as long u nampak bertambah sihat, I am happy enough buat masa ni..Hope to get u back soon...

Dear pasal nak cat bilik u, selepas beberapa cadangan dari pembaca2 ni, i dah fikir n check2kan, so it going to be colour kuning pisang n pearl white. Ok tak? Sure cantik punya. Ada glow2 lagi kat ceiling tak de STAR WARS lerrr..Amacam u guys, ok tak?? Insyallah bulan ni I siapkan..aaa ada org kata nak ambil cuti ramai2, nak tolong cat bilik, jadi ke??? SO cat bilik kira settle dah, ni dok fikir bulan ramadhan dah hampir tiba, seronok kan. Bulan untuk kita semua. Selain dari amalan2 ramadhan, I nak lebih rajin lagi berdoa untuk u dear, harap2 Allah izinkan kita beraya bersama dalam keadaan u dah pulih sepenuhnya, insyallah..Tak nak la rasa cm tahun lepas beraya tanpa u,,cm tu la rasa kemanusiaan kita ni, semua nak elok jea but sekiranya tak kesampaian rasa semua tu, I tetap reda ngan apa2 pemberian Allah coz pemberian Tuhan tu adalah yg TERBAIK..Dear u pun sabar yea, cmana pun I tetap ada di samping u, I akan tunggu u sihat semula tau. Jangan la u risau2 bak kata I yg berulang kali,,selagi suami u ni hidup insyallah I akan pastikan u berpuas hati, I nak u tau bahawa u telah memilih suami yg terbaik buat u..just u bersabar aje dulu n jangan susah2 hati, I ada....Lepas ni I nak fikirkan pakaian untuk raya u pulak, nak dapatkan yg terbaik..Biar la i fikirkan dulu, nanti dah jumpa I beritau yea,,pilihan I sure u suka punya, kan I dah kata, dont worry.

Aiyaa taip punya taip cm patuk ayam ni, jam dah pukul 12 suku jap lagi nak siapkan susu u n i pun nak tido dah lepas tu, kang subuh nak bgn...Dear, syg cinta hati, pengarang jantung n paru2..I love u so much..much n so....ingat, nobody can love u like I do....Gnite dear..( u pun dah tido ni)..esok kita sambung.....


Tuesday, 8 May 2012

Harapan..

Assalamualaikum dear.....muuaahh.

Today hari mandi u lagi.Siang tadi lepas kemas rumah n basuh pakaian, i terus mandikan u.Wangi dah u. I bau ketiak u pun wangi semerbak dah. I trim rambut u lagi, rasanya rambut u cepat memanjang la. Hope it"s a good sign...lepas mengemas u selesai I pun duduk bersandar kat dinding bilik u melepaskan penat jap. Teringat pulak nasihat dari pn. Zarina and few doktok2 pakar berkenaan warna cat bilik u ni.

Nasihat dia org supaya i cat semula bilik ni dengan warna yang boleh meransangkan sel sel otak. Ye la selain dari rawatan hospital n rawatan syifa", ini salah satu altanatif juga. Tambahan lagi kalau boleh mereka syorkan I attache kan TV di dinding mengadap u. Dengan adanya TV tu, boleh la membantu lg untuk meransangkan pendengaran n sel otak..Maksudnya memperbanyakkan rancangan pendidikan dan rancangan agama. kena pulak ada berbagai2 warna yg akan timbul kat kaca TV tu...Ni salah satu dari altanatif, satu usaha untuk menolong u kata mereka...Teringatkan kata2 tu I pun dok tgk jea dinding bilik u ni, warna apa nak di catkan? Masalahnya I ni bukan u tak tau,,Rabun warna!! warna merah I kata hijau, warna hijau I kata coklat!! hahahaha amacam, boleh I pilih warna?! Tonggang langgang jadinya nanti..I dok senyum sorang2 sambil tgk dinding. No prob. nanti I tanya adik beradik I, dia org pandai la pasal colour2 ni yg mana satu yg sesuai untuk u. Kecuali adik ipar I ni sorang, Suhaimi namanya, orangnya hensem, penuh gaya, berkelibar tapi sayang seribu kali sayang RABUN warna gak!!hahahaha.....Dear, sekiranya ni adalah satu altanatif, I akan usahakan secepat mungkin, insyallah..

I rasa bukan setakat cat n letak TV tu jea, memandangkan u pun dah lama tak tgk bulan dan bintang, ceiling ni I nak letak that glow2 thing tu, yg bila tutup lampu jea dia pun glow, ada bulan ada bintang, ada planet2.......... ada STAR WARS,, best ooo. u tak suka star wars tak pe la, biar la I letak, I pun nak tgk gak malam2...( siapa yg suka I letak STAR WARS sila tinggalkan komen anda di blog ini.).......Dear what ever it take to get u back, I akan usahakan. My dream is to get u back.. A dream that we dont fight for it, it will hunt u forever! I tak nak rasa kesal satu hari nanti kerana tak cukup berusaha untuk u..I really hope u puas dengan usaha dan penjagaan u..Jangan u persoalkan bagaimana I nak siapkankan semua tu, tau la I cmana I nak usahakan..Buat sementara ni hidup u hanya di dalam sebuah bilik,,I akan jadikan bilik u ni cm mahligai 5 star..selagi I hidup, selagi I hidup dear,,u dont worry. I nak buktikan kat u, yg u tak sia sia dapat suami cm I ni. Harap Allah pun dapat beri kita sijil lulus ujianNya..aminn.

Nampaknya kena I makan roti gardenia jea la for dinner, nak cat n beli TV..isk isk isk. oo cat kena beli yg tak de bau tu, takut nanti u semput la pulak..emmm..Tak pe dear, insyallah bulan ni I siapkan semua tu yea syg...I love u la dear darling...perut mula rasa lapar la, mlm ni nak mkn nasi lemak kukus APOLLO! citer pasal nasi lemak ni,, memang sedap, antara yg terbaik. Kalau u guys datang ke seremban, patut cuba nasi lemak ni. HQ dia di pekan Rasah, cawangannya di Rasah Jaya depan kedai Burger Station..gerenti sedappp ngan ayam goreng dia emmmm, menitik airmata kalau makan!! Tapi sebelum mkn nanti I kena pujuk2 dulu isteri I ni, kalau tak lambat dia tidur kang..Cm ni la tiap malam n setiap kali u nak tidur, I akan pujuk2 u, usap2 kepala u n cium2 u sampai la u lelap syg.

Pada para suami yg membaca blog ni, rajin2 la pujuk isteri kita sebelum tido, nanti bertambah la kasih sayang dan ianya akan berpanjangan..Mula la malam ni, jangan tunggu tunggu. ok la I nak pujuk u dah ni, nak pegang tangan u n cium2 tangan u,,nanti leh letak STAR WARS kat ceiling, ,cm u nak pujuk I beli kasut dulu...hahahahaha...ok la u guyss have a good night,,till then, Assalamualaikum.


Sunday, 6 May 2012

muuuaahhh dear...

Salam dear....


Today pukul 8am u dah bangun, biasanya lepas 11am baru u bangun. Sedang i nak basuh baju i dgr suara u cm memanggil i, so kena tinggal kan jap baju tu terendam coz kena attend puteri sentubung i ni. Sejak kebelakangan ni i lebih faham akan comunication bunyi u. Kalau u panggil i bunyi nya lembut jea kalau u merajuk bunyinya lain sikit, kena pulak bila i kiss pipi u, u elak2..aaa sah la tu merajuk! Tapi masa mandi or tukar pampers tu bunyi mengamuk!! Masa tu memang kita cm bergaduh suami isteri, bak kata i sebelum ni sedangkan lidah lg tergigit ni kan pula tukar pampers..hahahaha Walaucmana pun i masih bersabar. Pada i bila u marah tu bukannya u rasa sakit, hanya u tak suka keselesaan u tu terganggu.......aiyaa time susu n oat u ler, jap yea nanti sambung..


Semenjak i beri oat n bubur u nampak lebih kenyang berbanding sebelum ni,,susu jea mana nk kenyg sgt. Sekarg ni lepas ur meal tu i selalu suapkan 3 ke 4 sudu air, nk u rasa puas kenyang coz melalui tiub tu terus ke perut, tau tau u kenyang jea..Ni u tengah tido, susu dan oat ni rasanya betul2 mengenyangkan. U ni bila nak tido jea dah tak kira malam ke siang ke, kena pujuk2 dulu baru u senang lelap..baru la dapat i basuh baju tadi n mengemas rumah. Kadang2 i rasa penat ooo cm terkejar kejar masa , by the time selesai kerja rumah, masa makan u pulak dah sampai..man of power u ni pun penat gak dear,,tapi no problem kita ni buat apa pun leh penat, so i anggap tu perkara biasa laa. Kalau tak buat kerja2 tu boring la pulak..emmm anything for u la dear. But today is my jogging day so nanti ptg i g jog jap, alaa kat padang depan rumah jea, u tinggal sorang2, jgn nakal2 tau..! Biasanya i akan ambil masa sejam tu finish senaman i, i akan pasang cd mengaji so u tau i keluar jap, tu pun kena beritau u n hug2 u sebelum keluar, kalau tak.. i balik nanti satu kerja pulak nak memujuk u lagi.....aiyaa amoi, lu bila mau pujuk saya, hali hali saya saja pujuk lu ooo tatak adil ini macam laa..tolong sikit laa amoii.


Dear for ur info, bila dah ada blog ni, ramai yg mendoakan u selalu. Dia org semua harap u sembuh cepat n selalu beri sokongan pada i..nanti bila u dah sembuh jangan sesekali u lupa ucapkan thanks pada semua pembaca ni tau. Doakan mereka selalu,, semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan keberkatan pada mereka n family mereka..Tapi ada juga yang sms i  kata dia org tak percaya , katanya i saja nak promote diri jadi suami mithali...emm macam macam adaa...i just baca jea n bls blik,,Apa yg saya buat ni hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan saya berusaha sedaya upaya untuk lulus ujian yg ALLAH beri. Bukan untuk org lain percaya atau tidak, coz warkah ni memang saya tujukan pada isteri saya bila dia dah pulih suatu hari nanti, insyallah. Dan rezeki saya terletak di tangan ALLAH...i tak rasa marah atau sedih pun ngan sms dia org ni. Cm tu la sifat2 manusia yg ada. Ni pesanan i untuk u dear..kita ni dalam hati memang penuh dgn sifat2 yg baik dan kurang baik,, apa yg akan buat kita berbeza ngan org lain? Bila kita sendiri yg pilih sifat mana yg harus kita gunakan..Contoh, bila org fitnah kita, sepatutnya kita marahkan,,cuba jgn pilih perasaan marah tu, kita ganti dgn sifat sabar atau sifat senyum jea lebih baik coz kalau kita nak marah, ianya tak mendatangkan apa apa manfaat, betul tak?! Kata org setakat cakap senang la....so jgn setakat cakap jea, cuba buat, practise,,practise make perfact..Jangan biarkan perasaan buat pilihan, gunakan akal bila pilih sifat mana yg nak di gunakan dan pastikan ianya baik n mendatangkan manfaat pada semua pihak. INGAT pesanan i ni yea sayang....


Asar pun lum solat lg ni, nak siap2 g jog lak nanti so dear sampai di sini dulu cerita cerinti taik mata buat inti,, esok2 i akan sambung lagi insyallah...love u dear, muuah muah muuahh muah muah muuaahh muaahh muaahh muaah muuaahh muuaahh muuaah mmmmuuuuuuaaaaahhhhhhhhhhhhh...........................................

Saturday, 5 May 2012

maafkan i dear..


assalamualaikaum sayang...n very good evening.

Dear, hampir setahun dah u belum nak sembuh sepenuhnya dan sehingga hari ni i masih menjaga u tanpa rasa jemu malah makin hari makin bertambah rasa kasih sayang i pada u..n selimut yg janjikan u pun i dah belikan, lembutt n nampak u lebih selesa bila di pakaikan. Makin lawa pulak u ni !! emmm

Lunch tadi i siapkan oat n susu untuk u, sebabkan agak pekat so agak slow la bila lunch u  melalui tiub makan tu,, masa tu i dok menung, teringat masa2 kita berdua waktu u sihat. Biasanya saturday ni u ada meeting kat ofis, bila u selesai about 2 pm i akan jemput u, cm biasa kita akan lunch di Cozy Corner di Great Eastern Mall. Bila kita berjalan u suka la pegang tgn i n jap jap u cium....( jgn terpedaya dgn cara tu wahai para suami,,ada makna tuuu). Seronok lunch ngan u ni coz both of us ada jea benda baru nak cerita n selalunya kita akan berbincang berkaitan hubungan kita seminggu yg lalu so kita akan lebih memahami each other..seriously memang i suka lunch with u every saturday, ada masa rasa tak sabar nak tunggu saturday......memang  mencintai u sepenuh hati i ler. After lunch biasanya kita akan ke Sogo atau Mid Valley sometimes g gak tempat2 lain, part ni selalunya u nampak lebih ceeriaaa sebab u nak beli kasut lagiiiii....tiap2 minggu u akan beli kasut tak kira la yg murah ke mahal ke asalkan dapat beli kasut!! tu belakang bonet keta isinya kasut u jea...sebab tu la tadi jalan2 pegang tangan siap cium2 lagi..yg i ni pun suka layan u bila u shopping kadang2 i yg pilihkan kasut atau pakaian u. Suami ni jangan buat tak tau jea bila isteri shopping, join sekali, tolong pilihkan so tak la rasa boring. Ada kalanya i tgk ada suami yg duduk baca surat khabar, isteri dia tgk baju sorang2...emm jgn la cm tu, at least kita g cari n pilihkan baju tidur untuk dia lagipun untuk pandangan kita gak malam nanti hehehehe...esok2 bila road tax keta nak mati para suami pulak pegang tgn isteri n cium2,, cium la sampai ketiak dia, sure dia bayarkan nanti!!

kenangan demi kenangan timbul di kepala ni, U ingat tak suatu hari di Mid Valley i panggil u, dear,dear. u tak dengar. Masa tu kita tgh tgk kasut u ler, i dah perkenan kat satu kasut ni so nak suruh u dtg kat i, panggil2 tak dengar,. i g kat u nak terus dukung u n bawa u kat tempat kasut tadi, org sekeliling dok tgk gelagat kita then dia org tepuk tangan...ingat tak? Semenjak pada tu u akan sentiasa alert bila i panggil u. hahahaha........ Cmana hati i tak rasa luka bila i tgk u ngan keadaan sekarg, mana perginya senyuman u tu, ke mana hilangnya manja u merajuk u tu??..All those beautiful moment. Mana dear, mana? Bila boleh kita kecapi semula semua tu..salah tak i ni menitiskan air mata? Selain dari Nabi SAW, i terlalu rindukan u.

Dear, u jgn risau yea selagi i ada ni, i akan jaga u n i akan  curahkan kasih seorang suami sepenuhnya pada u sayang. Belum pernah sehari pun rasa syg i pada u berkurang dan rindu i makin bertambah hari demi hari. Maafkan i sekiranya coretan ini membuat u menangis suatu hari nanti tapi apa yg i luahkan ini datangnya dari hati yang ikhlas, datangnya dari hati seorang insan yang u panggil suami..............Dan maafkan i juga sekiranya ada kekurangan sepanjang penjagaan u. Maafkan i kerana u sakit begini,,,maafkan i dear. Pada semua yg memberikan sokongan pada kami di sini, saya bermohon agar sentiasa la mendoakan kesejahteraan isteri saya ini yea..Maafkan saya sekiranya ada coretan yg menguris hati sesiapa di luar sana. saya ingin ucapkan terima kasih pada semua yg mengikuti warkah buat isteri ni dan teruskan melayari blog saya,terima kasih sekali lg pada u guys.

ok dear, i nak g mandi dulu walaupun badan i ni sentiasa wangi, nak bg wangi lagi n nak solat maghrib. Nak berbicara ngan Allah,, esok i sambung lagi yea...........so jangan ke mana mana, tungguuuu sambungan siri yg di minati ramai WARKAH BUAT ISTERI...




Tuesday, 1 May 2012

Dari kacamata ku

Asssalamualaikum semua.

Selamat bercuti .. Apa aktiviti anda hari ini, moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik baiknya. for your info. hari ini blog ini tidak diupdate oleh abil tetapi diupdate oleh adik iparnya ( nama tak perlu di reveal / rahsia.hehehhe)

Abil sekarang sedang tidur. penat mungkin. yelah. bangun pagi pagi untuk beri susu kepada kak gee ( panggilan kami kepada fauziah ) setiap 3 jam nak kene bagi susu.. Hari ini, saya nak cerita pula pengalaman dan perasaan kami sebagai adik dan orang terdekat dengan kak gee dan abg abil.

Kak Gee yang saya kenal adalah orang yang sangat peramah , pandai masak.. itu memang tak dapat dinafikan.sebut saja nak makan apa,, tak sampai satu jam , siap terhidang.. macam nak makan kenduri dia masak. selagi ada sayur ,selagi ada bawang, selagi ada cili. pasti habis.. hehehehehhe..  tak agak agak..macam takde hari esok .

kalau time masak. dia mmg tak suka orang tolong dia, huh.. gembira betul kami. apa lagi sorang main hp , sorang tgk tv, sorang tido. sorang main facebook... dia sorang masak. mmg dia tak suka org masuk campur, bukan sengaja kami tak tolong eh.

tapi bila dipikir balik. mmg menyesal tak tolong dia, sebab tak dapat ilmu masak. kak gee ini saya ibaratkan sebagai resepi bergerak.  sekarang nak masak kene lah download dari my resepi ker .. mmg rugi tak menuntut dari dia dulu. tapi saya mmg berjanji. jika diizinkan tuhan kak gee sembuh. saya takkan benarkan dia masak lagi. saya akan sendiri masak untuk dia.. sebut jer. saya akan masakkan.

Bukan masak saja kepakarannya.. gubahan pun pandai. waktu dia bertunang dengan abg abil dulu.. dia lah yang buat hantaran.. gubah sana gubah sini..saya ingat lagi dia tunjuk gambar rumah dia yang penuh ngan English style decoration, yang vantage tuh.. dia mmg idamkan rumah idaman camtuh. insyaallah kak gee.  satu hari pasti terlaksana. kak gee cepat bangun yer.

since kak gee bed ridden nih. saya tgk abg abil dah tak serupa mulo.. dah tak macam dulu. asyik asyik termenung. muka mmg tak ceria langsung. yg paling terkesan waktu hari raya tahun lepas. mmg sebak sgt kami sekeluarga . kalau dulu abg abil mmg smart, kemas orgnya. sekarang mcm dah tak terurus jer.. tapi satu perangai perbersihnya mmg tak lari. ini untuk kebaikan kak gee juga. yelah sebab dia jaga sendiri kan. jadi dia kene pastikan kebersihan tahap tip top. takut asma kak gee kembali menyerang.

tapi yg saya salute. walaupun kewangan dia tak berapa nak mencukupi, tapi dia tetap pastikan keperluan asas kak gee sentiasa ada. walaupun kami adik beradik ada sedikit banyak membantu. tapi pasti mana nak cukup kan. Syukur lah. pihak JKM ada memberi bantuan sebanyak rm 300 sebulan. cuma dizaman sekarang nih, rm 300 untuk susu ,pampes dan ubat ubatan adakah mencukupi ?

haih.saya betul betul rindukan kak gee, dulu waktu sampai jer rumah . dari jauh dia dah jerit panggil nama anak saya. kalau dia gi shopping. pasti ada baju untuk anak anak saya . saya rindukan suara dia. rindukan masakan dia. rindukan perangai dia yang selalu merajuk ngan abg abil.. konon konon nak minta pujuk. tapi satu jer yg tak berubah kat kak gee nih  . kecantikannya, dulu dan sekarang dia tetap cantik.

huh,malas nak membebel lama lama ,nnt kata overshadow blogger pulak. maklumlah dia skang tgh tido lena, lepas pujuk kak gee yg tak tido tido dari malam tadi, maklumlah, kalau ramai ramai kumpul rumah mesti bising sikit. itu yg kak gee tak selesa kot.


sekian. moga coretan ini dapat menghiburkan anda semua.dan kak gee satu hari nanti.insyallah.